Pages

Ads 468x60px

Thursday, January 19, 2006

Tindakan Samy bakal wujudkan dikotomi - Abim

Tindakan Samy bakal wujudkan dikotomi - Abim

Thursday, January 19 @ 12:47:55 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Abim memandang serius kenyataan melalui
media Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu mengenai mesyuarat
di antara Menteri bukan Islam yang menggambarkan bermulanya satu
dikotomi antara menteri-menteri beragama Islam dan bukan Islam.

Setiausahanya, Khairul Arifin Mohd Munis berkata, selaku menteri
kabinet ruang perbincangan, rundingan dan ruang memohon penjelasan
yang wujud dalam institusi kerajaan digunakan untuk berbincang
mengenai isu-isu sensitif terutama melibatkan perlembagaan negara.
Menurut beliau, tambahan pula isu itu berkait rapat dengan kedudukan
Islam di Malaysia.

Justeru itu katanya, Abim menegaskan Perkara 121 Perlembagaan
Persekutuan perlu dipertahankan kerana perubahan pindaan dengan
memasukkan fasal (1A) pada tahun 1988 telah diluluskan oleh Parlimen.

Tambah beliau, ia diluluskan setelah pelbagai pihak mengadakan
seminar, bengkel dan kertas yang menghujahkan betapa perlunya Mahkamah
Syariah diperkukuhkan.

Beliau berkata, jika wujud sebarang kekurangan, pendekatan yang wajar
diambil ialah dengan melakukan penambahbaikan terhadap peruntukan
undang-undang sedia ada.

"Masyarakat bukan Islam harus mengikhtiraf dengan jelas bahawa hak
kebebasan beragama orang-orang bukan Islam tidak pernah terancam
seperti mana yang dipertikaikan. Sehingga kini mereka bebas
mengamalkan ajaran dan amalan masing-masing menurut lunas
undang-undang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abim berpendirian polemik yang berlaku harus segera ditangani bagi
mengelakkan barah besar dalam masyarakat yang boleh menggugat
keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Katanya, Abim juga menegaskan bahawa isu tersebut harus dihalusi dari
perspektif adakemik dengan menilai fakta, meneliti asas sejarah dan
memahami dengan jelas peruntukan undang-undang yang wujud.

Bagi mengatasi masalah pertikaian Perkara 121 (1A) terus berlanjutan,
Abim menyeru ahli-ahli politik, pimpinan NGO atau mana-mana individu
agar tidak membuat kenyataan tanpa asas sebelum melakukan penyelidikan
yang kukuh.

"Sudah sekian lama keharmonian dan kesepakatan yang telah dilalui oleh
rakyat Malaysia dinikmati bersama. Sikap dan toleransi yang tinggi di
samping pencapaian perlembagaan yang telah sekian lama telah
menyumbang kepada kewujudan keadaan yang ada hari ini," tegasnya.

Harapan Abim agar perbincangan dan pengutaraan isu itu wajar dibawa
pada forum dan saluran yang betul memandangkan isu Perlembagaan Negara
merupakan suatu yang besar dan ianya adalah sumbangan menjamin
keharmonian negara. - mks.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text