Pages

Ads 468x60px

Sunday, January 15, 2006

Kahwin: Bekas pelajar dibenar berwali hakim

Kahwin: Bekas pelajar dibenar berwali hakim

Oleh: YULISMAN ASLI

PASIR MAS 14 Dis. - Bekas pelajar sebuah pusat pengajian tinggi, Nurul Fadila, 20, berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk mengahwini teman lelakinya dengan berwalikan hakim, setelah bapanya, Othman Besar, 54, enggan menjadi wali.
Kebenaran itu diberikan oleh Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud berdasarkan hukum syarak dan peruntukan di bawah Seksyen 13(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 negeri Kelantan.

Beliau berkata, kebenaran itu diberikan setelah pihak mahkamah membuat pertimbangan sewajarnya ke atas permohonan Nurul Fadila dengan mengambil kira semua keterangan dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan kes berkenaan.

Dalam penghakimannya, Mohd. Hafiz berkata, pihak plaintif telah mengemukakan surat akuan daripada pihak majikan teman lelakinya berkenaan status jawatan dan gaji seperti diminta sebelum ini.

Sementara pihak responden iaitu bapa plaintif, turut mengemukakan satu perakuan dokumen daripada individu tertentu berhubung tempat tinggal dan perangai kawan-kawan teman lelaki anaknya itu.

Mohd. Hafiz berkata, setelah meneliti perakuan majikan lelaki berkenaan, maka pihak mahkamah berpuas hati dengan status bakal suami plaintif yang mempunyai jawatan dan berpendapatan tetap.

Bagaimanapun katanya, surat perakuan yang dikemukakan oleh responden atau bapa plaintif pula adalah pengakuan semata-mata tanpa ada bukti sokongan.

Jelasnya lagi, tindakan plaintif memaklumkan hasratnya untuk berkahwin melalui ibunya adalah wajar kerana sebagai anak dara, plaintif dipenuhi dengan sifat malu dan sopan santun.
Malah katanya, mahkamah percaya sebagai seorang terpelajar, plaintif sudah tentu mengenali hati budi dan perangai bakal suami atau teman lelakinya itu yang dikenali sejak tahun 2002 lagi.
Sehubungan itu katanya, responden patut menerima hakikat ini dan akur soal adat tidak perlu dititik beratkan sangat kerana bakal suami anaknya orang luar, dan yang lebih penting ialah kemudaratan lebih besar yang mungkin akan berlaku jika dia tidak bersetuju memberi wali kepada anaknya itu.

"Jika dihalang, dikhuatiri mudarat lebih besar boleh berlaku, benda-benda tidak baik boleh berlaku kerana plaintif berada jauh daripada pemerhatian responden" katanya yang memberi tempoh 14 hari untuk sebarang pihak mengemukakan rayuan. Bagaimanapun katanya, mahkamah turut mengambil kira soal maruah responden sebagai bapa seolah-olah dibelakangkan oleh plaintif.
Sebenarnya dalam hal ini kata Mohd. Hafiz, responden tidak mahu pembelajaran plaintif terabai dan hidup sia-sia kerana plaintif juga perlu ingat bahawa kerukunan dan keberkatan suami isteri dan rumahtangga bergantung kepada restu ibu bapa. Sementara itu, Nurul Fadila ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, dia akan berbincang lebih lanjut dengan ibunya, Rosnani Che Hassan, 50, sebelum sebarang keputusan menetapkan tarikh perkahwinan dengan teman lelakinya itu dibuat. Bagaimanapun bapanya, seorang pemandu teksi yang bertegas akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah serta meminta Nurul Fadila\ yang kini tinggal dengan ibu saudaranya di Rantau Panjang, pulang ke rumah mereka.

``Jika dihalang, dikhuatiri mudarat lebih besar boleh berlaku, benda-benda tidak baik boleh berlaku kerana plaintif berada jauh daripada pemerhatian responden,'' katanya yang memberi tempoh 14 hari untuk sebarang pihak mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun katanya, mahkamah turut mengambil kira soal maruah responden sebagai bapa seolah-olah dibelakangkan oleh plaintif.

Sebenarnya dalam hal ini kata Mohd. Hafiz, responden tidak mahu pembelajaran plaintif terabai dan hidup sia-sia kerana plaintif juga perlu ingat bahawa kerukunan dan keberkatan suami isteri dan rumah tangga bergantung kepada restu ibu bapa.

Sementara itu, Nurul Fadila ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, dia akan berbincang lebih lanjut dengan ibunya, Rosnani Che Hassan, 50, sebelum sebarang keputusan menetapkan tarikh perkahwinan dengan teman lelakinya itu dibuat.

Bagaimanapun bapanya, seorang pemandu teksi yang bertegas akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah serta meminta Nurul Fadila yang kini tinggal dengan ibu saudaranya di Rantau Panjang, pulang ke rumah mereka.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text