Pages

Ads 468x60px

Friday, January 20, 2006

Mahkamah Syariah: Rujuk mahkamah rayuan syariah

Mahkamah Syariah: Rujuk mahkamah rayuan syariah
Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my
HM 20/1/2006

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam menangguhkan
perbicaraan tuntutan harta sepencarian Zaidah Abdul Rahman, 44, dengan
bekas suaminya, seorang ahli perniagaan, Datuk Syed Azmi Syed Othman
selepas membuat keputusan untuk merujuk kes berkenaan kepada Mahkamah
Rayuan Syariah Johor untuk semakan penghakiman.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah Johor, Datuk Ali Ahmad, yang bersidang
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, membuat keputusan itu selepas
peguam, Ungku Mohsin Ungku Sulaiman yang mewakili Zaidah mohon untuk
mengetepikan beliau daripada menghakimi tuntutan perbicaraan kes itu.

Sementara itu, hakim dalam hujahnya sebelum menangguhkan perbicaraan,
menasihatkan pihak yang menuntut dan yang kena tuntut supaya tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah sehingga satu
keputusan diambil.

"Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan
yang diputuskan dalam mahkamah hendaklah berbincang dengan peguam yang
dilantik masing-masing dan membawanya ke mahkamah.

"Sebarang kenyataan yang dibuat di luar mahkamah semasa proses masih
dijalankan adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa mahkamah, hakim, peguam dan semua pihak
yang terbabit ada martabat masing-masing yang perlu dipelihara dan
dihormati.

Katanya, sebarang kenyataan yang dibuat di luar mahkamah termasuk yang
dihebahkan di media massa semasa prosiding adalah salah di sisi
undang-undang.

Beliau juga meminta semua pihak yang terbabit dalam kes itu
menghormati semua keputusan yang dibuat sebelum ini.

Teguran berkenaan dibuat kerana kes berkenaan yang masih dalam
perbicaraan pernah dilaporkan di media cetak.

(c)The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text