Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Mahkamah syariah tentukan kesahihan agama wanita

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan kesahihan penukaran agama seorang pekerja kilang wanita kepada Islam oleh bapanya semasa berumur tujuh tahun tiga bulan akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Bangunan Mahkamah Syariah Kota Bharu diceroboh

KOTA BHARU - Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung di sini, digemparkan dengan insiden pencerobohan oleh seorang individu tidak dikenali, kelmarin

Akta Mahkamah Syariah 1965 Jadi Penghalang?

“Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahasan di Parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak."

Mahkamah Syariah Akan Di Naik Taraf Ke LIMA Peringkat

"Ketika ini terdapat tiga peringkat iaitu Mahkamah Syariah Rendah, Pertengahan dan Tinggi. Jadi kami mahu naik tarafnya supaya sama dengan Mahkahmah Sivil"

Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan

Jangan lupa Mahkamah Syariah wujud lama sebelum Perlembagaan digubal. Apabila kita bercakap mengenai Mahkamah Syariah khususnya dan Islam umumnya, ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh semua orang, termasuk bukan Islam

Monday, June 09, 2014

Pindaan Undang-Undang Syariah: Syor hukuman lebih berat

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi | mnasaruddin@bh.com.my [9/11/2013]

Kuala Lumpur: Satu bentuk hukuman lebih menggerunkan wajar dikuatkuasakan segera selaras pindaan Undang-Undang Syariah yang akan dilaksana kelak.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata hukuman lebih berat perlu kerana hukuman terlalu ringan akan menyebabkan ia dipandang enteng oleh pesalah.

Bagaimanapun, katanya, bentuk hukuman baru itu perlu ada batasannya, dengan mengecualikan hukuman mati.

“Ia (hukuman baru nanti) perlu berupaya menggerunkan pesalah berbanding yang sedia ada, terlalu ringan sehingga dipandang enteng mereka (pesalah),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Thursday, March 20, 2014

Mahkamah syariah tentukan kesahihan agama wanita.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan kesahihan penukaran agama seorang pekerja kilang wanita kepada Islam oleh bapanya semasa berumur tujuh tahun tiga bulan akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel anggota, berkata adalah perlu bagi Mahkamah Syariah mengambil kira sama ada penukaran agama Siti Hasnah Vangarama Abdullah pada 1983 oleh bapanya sebagai sah di hadapan Mahkamah Sivil dan boleh menentukan tuntutannya berhubung dakwaan penukaran agamanya pada 1989 oleh pegawai Perkim dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya adalah terlalu awal di peringkat ini bagi Mahkamah Sivil untuk melayan permohonan Siti Hasnah.

Tuesday, December 31, 2013

Bangunan Mahkamah Syariah Kota Bharu diceroboh

KOTA BHARU - Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung di sini, digemparkan dengan insiden pencerobohan oleh seorang individu tidak dikenali, kelmarin.

Suspek dipercayai masuk melalui tingkap di aras dua bangunan itu sebelum menyelongkar almari tempat penyimpanan fail.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, laporan diterima daripada seorang kakitangan di mahkamah itu yang menyedari kejadian sejurus tiba di tempat kerja pada jam 7.30 pagi.

Sunday, November 17, 2013

Akta Mahkamah Syariah 1965 Jadi Penghalang?

SHAH ALAM – Kelantan tidak akan dapat meneruskan hukum hudud walaupun Mahkamah Syariah negeri itu bersedia melainkan usul tersebut dibahaskan dan diluluskan dalam Parlimen.

Penganalisis Perundangan, Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana terikat dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 di mana kuasa Dun dan bidang kuasa mahkamah syariah adalah tertakluk kepada akta tersebut.

“Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahasan di Parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak.

“Tidak kisah siapa (ahli Parlimen) bawa usul tersebut tetapi akta Parlimen ini perlu melalui Jabatan Peguam Negara dan nak lulus bergantung pada Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Thursday, November 14, 2013

Mahkamah Syariah Sedia Laksana Hudud.

KOTA BHARU - Mahkamah Syariah Kelantan sedia melaksanakan hukuman hudud di negeri ini kerana kemudahan di bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung di sini, cukup dan sempurna.

“Dalam keadaan sekarang, jumlah bangunan dan dewan yang ada, insya-ALLAH hudud boleh dilaksanakan. Mahkamah sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada halangan” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kompleks berkenaan di sini, semalam.

Tuesday, June 26, 2012

Mahkamah Syariah Akan Di Naik Taraf Ke LIMA Peringkat.

HULU SELANGOR - Kerajaan sedang dalam perancangan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat sekarang kepada lima peringkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Beliau berkata proses itu membabitkan pertambahan dua lagi peringkat iaitu Rayuan dan Majlis Rayuan Syariah.
  
"Ketika ini terdapat tiga peringkat iaitu Mahkamah Syariah Rendah, Pertengahan dan Tinggi. Jadi kami mahu naik tarafnya supaya sama dengan Mahkahmah Sivil," katanya pada sidang akhbar edia selepas merasmikan Retreat Pegawai Masjid Seluruh Wilayah Persekutuan Imam Muda Qaryah (IMQ) di Kalumpang di sini.
  
Jamil berkata bagi tujuan itu, beberapa siri pertemuan sedang dijalankan dengan semua Raja-Raja dan Majlis Agama Negeri di seluruh negara bagi mendapat perkenan dan persetujuan.
  

Thursday, April 12, 2012

Kerajaan kaji tingkat taraf Mahkamah Syariah

NILAI - Kerajaan sedang mengkaji untuk meningkatkan taraf sistem perundangan syariah negara ini dengan menambah peringkat mahkamah syariah daripada tiga kepada lima setaraf dengan sistem mahkamah sivil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah itu juga bagi memperkasakan lagi perundangan syariah di negara ini.

"Mahkamah syariah yang ditubuhkan sejak 1998 ketika ini hanya mempunyai tiga peringkat iaitu mahkamah rendah syariah, mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rayuan syariah, sedangkan mahkamah sivil mempunyai lima peringkat.

"Maka sebab itu, kita kini sedang berusaha untuk melakukan perubahan dengan meneliti selain mendapatkan persetujuan di peringkat negeri terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Penyelarasan Penguatkuasaan Fatwa Malaysia di sini hari ini.

Jamil Khir berkata bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipertanggungjawab meneliti dan mengkaji cadangan tersebut yang telah dipersetujui Pejabat Peguam Negara, sebelum dapat dilaksanakan.

"Jakim juga telah menjalankan jelajah ke lima buah negeri bagi mengadakan perbincangan berhubung perkara tersebut iaitu ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak berkenaan hal ini dan akan meneruskannya ke beberapa buah negeri," katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pihaknya sedang giat menjalankan usaha untuk menyelaras pewartaan fatwa di semua negeri bagi membolehkan undang-undang syariah dijalankan dengan lebih sempurna, efisen dan selaras.

Katanya langkah itu  dapat mengelakkan perselisihan dan persoalan yang timbul apabila penguatkusaan atau pendakwaan dijalankan. - Bernama

sumber : Sinar Harian
12 April 2012 

Thursday, September 15, 2011

100 pasangan Malaysia nikah di Siam sebulan

2011/09/14-Berita Harian

NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) menganggarkan 100 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan majlis itu setiap bulan bagi melangsungkan perkahwinan termasuk berpoligami.

Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia.

Thursday, April 08, 2010

Pelajar mengaku cuba berzina

SHAH ALAM 7 April - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pelajar tingkatan empat mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas tuduhan membuat persediaan untuk melakukan zina dua tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Mohd. Daud menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 19 dan 16 tahun itu sebelum dijatuhkan hukuman.

Beliau turut membebaskan mereka dengan ikat jamin RM3,000 berserta seorang penjamin setiap seorang sementara menunggu hukuman dijatuhkan.

Saturday, February 20, 2010

kes mal tertunggak

Berita Harian Online
105,300 kes mal masih tertunggak
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my

Kesalahan khalwat sebanyak 12,984 pula catat jumlah tertinggi di Mahkamah Syariah 2009

PUTRAJAYA: Sebanyak 105,300 daripada 176,305 kes mal iaitu membabitkan aspek kekeluargaan Islam masih tertunggak di Mahkamah Syariah seluruh negara sehingga hujung tahun lalu, dengan kes tuntutan cerai mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 18,264 kes.

 

Sample text

Sample Text

Sample Text