KOTA BHARU - Mahkamah Syariah Kelantan sedia melaksanakan hukuman hudud
di negeri ini kerana kemudahan di bangunan baru Kompleks Mahkamah
Syariah di Tunjung di sini, cukup dan sempurna.
“Dalam keadaan sekarang, jumlah bangunan dan dewan yang ada, insya-ALLAH hudud boleh dilaksanakan. Mahkamah sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada halangan” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kompleks berkenaan di sini, semalam.
Hadir mencemar duli menyempurnakan perasmian kompleks bernilai RM25.8 juta itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau berkata, biarpun tiada ada sebarang bantahan daripada pihaknya berhubung perkara tersebut, pelaksanaan tetap tidak boleh dilakukan oleh mahkamah itu sendiri.
“Kita tidak boleh laksana sendiri dan mesti ada pelantikan dari kerajaan negeri. Undang-undang sudah ada dan hanya perlu lantik hakim-hakim khas untuk melaksanakan hudud itu sahaja.
“Dalam undang-undang hudud ada disebut perlu pelantikan hakim-hakim khas untuk melaksanakannya, jadi jika mahu kuat kuasa, maka jumlah hakim yang sedia ada perlu ditambah,” katanya.
Dalam pada itu, Daud berkata, tidak ada lagi kes tertunggak membabitkan umat Islam di Mahkamah Syariah negeri ini dan ia dianggap sebagai satu kejayaan.
“Kita sudah berjaya menyelesaikan sejumlah kes tertunggak sebelum ini dan sasaran kita pada masa depan ialah dapat menyelesaikan kes secepat mungkin. Paling lama pun akan memakan masa setahun,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad berkata,
pelaksanaan itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri dan
pelantikan hakim khas pula harus dibuat.
No comments:
Post a Comment