KOTA BHARU - Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung di sini, digemparkan
dengan insiden pencerobohan oleh seorang individu tidak dikenali,
kelmarin.
Suspek dipercayai masuk melalui tingkap di aras dua bangunan itu sebelum menyelongkar almari tempat penyimpanan fail.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, laporan diterima daripada seorang kakitangan di mahkamah itu yang menyedari kejadian sejurus tiba di tempat kerja pada jam 7.30 pagi.
Menurutnya, pengadu mendapati pejabat di aras dua, lima dan enam dicerobohi dengan kesan umpil pada tingkap aras dua yang terbuka.
“Barang yang hilang di dalam pejabat berkenaan masih belum dapat dipastikan, namun pengadu mengesyaki motif suspek memecah masuk bertujuan mencari maklumat sulit,” katanya kepada pemberita, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal polis berdasarkan pelan bangunan mahkamah mendapati, suspek masuk menggunakan tangga yang ditinggalkan kontraktor di tempat kejadian sebelum menuju ke aras lima dan enam bangunan.
“Almari fail di aras dua dan beberapa bilik fail di aras lima diselongkar. Kamar ketua hakim dan bilik pegawai penyelidik di aras enam juga turut digeledah.
“Suspek dipercayai menyelongkar almari yang mengandungi fail dan tidak mengambil barang berharga. Namun, dokumen penting yang hilang juga belum dapat dipastikan,” katanya.
Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak banyak membantu siasatan kerana hanya menampakkan kelibat dalam cahaya malap sahaja.
Malah katanya, kesan cap jari yang ditemui juga tidak sempurna.
“Kami dimaklumkan kompleks tersebut mempunyai pengawal keselamatan yang membuat rondaan setiap dua jam bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.
"Semua lampu pula akan dipadamkan tepat jam 6.30 pagi, bagaimanapun mereka tidak menyedari kejadian yang mencurigakan itu,” katanya.
Susulan itu katanya, pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan dan suspek yang terlibat boleh ditahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan.
sumber: Sinar Harian
21/12/2013

No comments:
Post a Comment