Pages

Ads 468x60px

Wednesday, May 31, 2006

29 September Keputusan Dengar Tuntutan RM1Bilion

BH-31/5/2006


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, menetapkan 29 September ini untuk memutuskan sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tuntutan harta pusaka seorang jutawan membabitkan RM1 bilion.


Pada Jun 2004, seorang daripada defendan, Mohamed Ibrahim A S Dawood, memfailkan permohonan supaya kes didengar di Mahkamah Sivil seperti yang termaktub dalam Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendakwa, tuntutan Abdul Ravuff A S Dawood (responden) yang menghendaki harta Pasla Holdings diisytihar sebagai harta pusaka melanggar peruntukan Seksyen 16(5) Akta Syarikat.

Katanya, syarikat itu adalah satu badan yang hanya diiktiraf di bawah Akta Syarikat dan bukannya orang perseorangan yang boleh dipertanggungjawabkan dari segi hukum syarak.

Selain itu, Mohamed Ibrahim menghujahkan tuntutan Abdul Ravuff yang

memohon Mahkamah Syariah membuat pengisytiharan terhadap penipuan pindah milik saham yang dibuat Allahyarham Datuk A S Dawood Abdul Razak juga adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil (Jenayah).

Dawood yang meninggal dunia pada 3 April 1989 ketika berusia 67 tahun, dikatakan mewasiat 54 peratus daripada harta pusakanya (540,000 saham) diagihkan kepada 20 anak serta empat isterinya.

Perjanjian agihan harta pusaka itu didakwa dilakukan dengan isteripertamanya, Patama @ Amajibibi Daud Sah, pada 29 Julai 1981.

Abdul Ravuff, anak Dawood dengan isteri keempatnya, Aisha Beevi,mengemukakan saman terhadap Pasla Holdings, Amajibibi dan 22 defendanlain yang terdiri daripada adik beradik serta tiga ibu tirinya.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text