Pernikahan misyar usah dimanipulasi
BH-30/5/2006ISU perkahwinan misyar rancak diperkatakan dan pelbagai pihak berkaitan memberikan komen dan pandangan, sama ada pro mahupun kontra.
|
Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) menyarankan kepada semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga kerana pasti isu ini akan menjadi satu bahan percaturan yang dimanipulasi oleh golongan tertentu.
Kita tidak nafikan, sememangnya golongan wanita adalah kaum majoriti di negara kita.
Justeru, kita berharap pihak pemerintah dapat mengambil langkah bijak sekiranya berhadapan dengan keadaan sedemikian.
Kemungkinan, isu ini akan diperjuangkan habis-habisan, lebih-lebih lagi sekiranya hujah yang mereka gunakan adalah berkisar kepada hak mereka sebagai seorang wanita.
IKATAN STUDI ISLAM,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment