LAZIMNYA, urusan rumah tangga dikendalikan oleh wanita (sama ada isteri atau ibu), tapi bukan sesuatu yang pelik jika lelaki (baik suami atau bapa) diberi tanggung jawab itu ketika pasangan mencari nafkah di luar.
"Saya tidak menyalahkan orang lain yang memandang serong kerana konsep lelaki sebagai pengurus rumah tangga masih baru di Malaysia," kata Azim Johar, 45 berkelulusan akauntan yang diberi tugas mengambil alih jawatan suri rumah.
Mengikut beberapa pakar bahasa, istilah "raja rumah" mungkin perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan seorang suri rumah lelaki memandangkan "suri" dalam perkataan itu berasal dari perkataan "permaisuri" maka jika ia digunakan untuk lelaki istilah yang paling layak ialah "raja rumah".
Tetapi mengapa memilih untuk menjadi seorang "raja rumah" berbanding pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan?
"Saya pulang dari Ireland dengan ijazah perakaunan pada tahun 1991 dan saya mengambil keputusan untuk berkahwin dua tahun kemudian, juga dengan seorang akauntan. Episod ini bermula apabila kami menimang cahaya mata pertama dua tahun kemudian," kata Azim sambil tersenyum.
Semuanya berjalan lancar bagi pasangan itu sehinggalah tiba hari isteri Azim terpaksa kembali bekerja.
"Dia adalah seorang wanita yang mementingkan kerjaya, dan saya percaya kepada prinsip bahawa wanita, sama ada bujang atau yang telah berkahwin seharusnya mempunyai kerjaya sendiri dan berupaya berdikari.
"Tetapi siapa yang akan menjaga bayi kami? Kami begitu terdesak kerana kedua-dua ibu bapa kami meninggal dunia dan tidak ada saudara yang tinggal berdekatan. Kami juga tidak mahu mengambil pembantu rumah kerana ia akan mengganggu 'privasi' kami. Oleh itu, kami tiada pilihan lain selain menghantar anak kami kepada seorang pengasuh.
"Bagaimanapun ia hanya untuk dua hari dan selepas berfikir sedalam-dalamnya, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga anak lelaki kami. Sejak itu, segala-galanya berjalan lancar dan saya tidak pernah kesal dengan keputusan saya untuk menjadi "raja rumah"," kata Azim yang kini mempunyai tiga orang anak.
Konsep lelaki sebagai pengurus rumah tangga bukanlah sesuatu yang baru di negara lain seperti United Kingdom dan Jepun. Satu laporan akhbar baru-baru ini yang mengatakan bahawa kemahiran keibubapaan akan dijadikan satu kursus di kolej komuniti di seluruh negara.
Menurut laporan yang diterbitkan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris bertarikh 9 April, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kemahiran keibubapaan akan diajar di semua kolej komuniti di Malaysia.
Adalah penting untuk mempelajari kemahiran keibubapaan, kerana generasi muda suatu hari nanti akan menjadi ibu bapa dan mereka perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik.
Mustapa dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej-Kolej Komuniti Zon Utara di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.
Satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa 189,000 lelaki di United Kingdom, negara yang mempunyai penduduk hampir 61 juta, mengambil keputusan tinggal di rumah untuk menjaga keluarga.
Sesetengahnya adalah pengurus rumah tangga penuh masa tetapi ada juga mereka yang bekerja sambilan sambil menjaga anak-anak.
Seorang pakar motivasi Abdul Zubbair Kareem berkata: "Kenapa tidak? Asalkan sesuai dengan keadaan ekonomi".
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, selepas merasmikan Persidangan Wanita 2004 di ibu negara, baru-baru ini berkata, ramai pengurus rumah tangga mempunyai kemahiran dan kelulusan akademik yang baik. Bagaimanapun kerana tanggungjawab kepada keluarga, mereka terpaksa tinggal di rumah. – Bernama
komen & soalan: yg betulnya apa? isteri ambik tugas suami ke suami terpaksa ambik tugas isteri. Bagaimana hukumnya di sisi Islam, suami sepatutnya memebri nafkah kepada isteri, bukan patut wajib, melainkan isteri nusyus, so bila suami tak kerja, syik jaga anak, tak ade duit nak sara diri dan keluarga..adakah tertunai tanggungjawab suami menafkahi isteri dan anak-anak. ..? nanti kalau dah mula gaduh, bolehke suami tu datang jumpa mahkamah minta nafkah dari isteri yg tak beri peruntukan sepatutnya? atau bila isteri dah faham islam dan benci suami main dengan pempuan lain ke kat rumah atau suami kena fitnah, si isteri pun tuntut nafkah tertunggak yg menunnggak2.. mampu ke suami bayar?....esh macamana ni,,., Ini ke yg kementerian wanita kehendaki? kementeraian kelelakian macamana pula?

No comments:
Post a Comment