Pages

Ads 468x60px

Monday, January 16, 2006

Penyelesaian bidang kuasa kehakiman dibincang

KANGAR: Kerajaan akan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah bidang kuasa kehakiman dalam hal berkaitan agama bagi mengelak ia menimbulkan sebarang sentimen atau prasangka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, berkata masalah berkaitan agama itu boleh diselesaikan selepas dibincangkan secara menyeluruh dan terperinci."Kita akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyelesaikan masalah berkaitan agama ini, terutama yang menyentuh bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah."Secara tidak rasmi, memang saya sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai masalah berkenaan."Kita ada beberapa kaedah dan cadangan untuk menyelesaikannya tetapi saya tidak boleh memaklumkannya... kena bincang dengan Pak Lah dulu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Parlimen Kangar, di sini, semalam.Pada majlis berkenaan, seramai 6,500 mangsa banjir menerima bantuan barang makanan yang disumbangkan oleh beberapa syarikat dan orang perseorangan di negara ini.Radzi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai Mahkamah Syariah mesti diberikan kebebasan melaksanakan bidang kuasanya dalam membuat keputusan berhubung isu berkaitan Islam tanpa campur tangan Mahkamah Sivil.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz, sebagai berkata, soal memansuhkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan semata-mata bagi memberi laluan kepada Mahkamah Sivil mengkaji keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes berkaitan agama, tidak harus timbul."Hak Mahkamah Syariah mesti dikekalkan seperti sedia ada," katanya.Akhbar sebelum ini melaporkan Mesyuarat Meja Bulat Parlimen mengenai kuasa kehakiman dalam hal berkaitan agama di ibu negara, Jumaat lalu.

Pertemuan yang dihadiri beberapa Ahli Parlimen, peguam dan wakil kanan persatuan bukan Islam itu diadakan berikutan kontroversi sama ada bekas pendaki Everest, Allahyarham Mohammad Abdullah @ Moorthy, sahih memeluk Islam atau sebaliknya.
BH Online 9/1/2006

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text