Pages

Ads 468x60px

Sunday, January 15, 2006

Pindaan perlembagaan tidak jejas kedudukan Islam

Pindaan perlembagaan tidak jejas kedudukan Islam

Oleh Fauzi Jaafar


KUALA LUMPUR 14 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang pindaan terhadap perlembagaan negara tidak akan menjejaskan kedudukan Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Menurutnya, pada masa ini, kerajaan sedang mendengar pandangan dan cadangan daripada semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung soal tukar agama.

``Biarlah kita (kerajaan) meneliti semua cadangan pada masa sekarang. Ini supaya kita dapat membuat keputusan yang boleh memberi kepuasan pada semua pihak tanpa menjejaskan kedudukan Islam di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Khas Setiausaha-Setiausaha UMNO Bahagian di Institut Budaya Baru Melayu (IBBM), Hulu Klang di sini hari ini.

Timbalan Presiden UMNO itu mengulas pandangan beberapa pihak termasuk pertubuhan agama yang meminta kerajaan meminda perlembagaan negara supaya Mahkamah Sivil boleh mendengar perkara mengenai Islam apabila seorang daripada pihak terlibat bukan Islam.

Ini berikutan kontroversi kes pendaki Everest, Sarjan M. Moorthy @ Mohamad Abdullah yang memeluk Islam sebelum kematiannya tanpa pengetahuan isteri beliau yang masih beragama Hindu.

Menurut Najib, dalam kes M. Moorthy, ia sudah diputuskan oleh mahkamah dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

Bagaimanapun, katanya, apa yang ingin dilakukan kerajaan ialah menangani sebarang masalah yang timbul dalam soal tukar agama pada masa depan.

``Apa yang penting ialah pada masa depan kita dapat menangani kes-kes seperti ini (tukar agama) dengan memberi kepuasan pada semua pihak,'' katanya.

UM Online 15/1/206

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text