Pages

Ads 468x60px

Friday, July 13, 2007

Ejen nikah selatan Thailand dapat RM30,000 sebulan

Ejen nikah selatan Thailand dapat RM30,000 sebulan

Oleh Johari Shawal

KANGAR 12 Julai – Sebahagian besar ejen yang menguruskan pernikahan pasangan Islam rakyat Malaysia di selatan Thailand dikatakan 'hidup mewah' dengan setiap seorang daripada mereka didakwa mampu memperoleh pendapatan mencecah RM30,000 sebulan daripada aktiviti itu.

Di Perlis sahaja dianggarkan terdapat 50 ejen bergiat aktif menjalankan kegiatan tersebut terutama di sekitar Padang Besar dekat sini.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia di sini hari ini, 40 orang daripada ejen-ejen itu merupakan penjawat awam manakala selebihnya orang perseorangan.

Mereka membawa pasangan itu untuk bernikah di Klongget, Padang Besar dan Sadao yang terletak dalam wilayah Songkhla di selatan negara itu.

Setiap pasangan yang ingin berkahwin di Thailand dikenakan bayaran sehingga RM3,000 untuk upacara pernikahan yang memakan masa tidak sampai sejam.

Seorang ejen dikatakan berupaya memperoleh pendapatan sehingga RM30,000 sebulan dengan hanya menguruskan pernikahan sepuluh pasangan.

Ejen-ejen yang beroperasi di sini juga dikesan bergerak aktif di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan selain 'memasang kaki' di kalangan kakitangan kerajaan terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.

Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya 200 pasangan rakyat Malaysia bernikah di selatan Thailand setiap bulan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 100 pasangan pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak seratus peratus.

Seorang ejen pernikahan yang bergerak aktif di Perlis dan Kedah dan mahu dirinya dikenali sebagai Rashid berkata, dia mampu memperoleh pendapatan tinggi hasil daripada kegiatan mudah itu.

"Biasanya saya kenakan bayaran mengikut masalah yang mereka hadapi terutama jika mereka tidak membawa wali. Bayaran yang dikenakan ke atas mereka termasuk urusan pengangkutan ke tempat pernikahan.

"Bayaran maksimum untuk satu pasangan ialah RM3,000 meliputi upah untuk jurunikah.

"Ada juga ejen yang dapat menguruskan satu pasangan setiap hari. Bayangkanlah berapa banyak yang diperolehnya dalam tempoh sebulan," katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi ejen yang mahu dikenali sebagai Zainuddin berkata, aktiviti pernikahan di selatan Thailand sebenarnya agak bermusim.

1 comment:

elmyda said...

As'kum,

Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

Terima Kasih.

 

Sample text

Sample Text

Sample Text