Pages

Ads 468x60px

Sunday, January 15, 2006

Jawi tangguh kebumi pendaki Gunung Everest

KUALA LUMPUR: Pengurusan mayat M Moorthy, seorang daripada 10 pendaki Projek Malaysia Everest 1997 yang meninggal dunia pagi semalamditangguhkan sehingga mendapat perintah Mahkamah Syariah berikutan dakwaanJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bahawa beliau memeluk agamaIslam pada 8 Mac lalu.Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali, berkata pihaknya menerima permohonanMoorthy pada 28 Mac tahun lalu dan meluluskannya tahun ini menggunakannama Muhamad bin Abdullah.? Bagi menyelesaikan isu cara pengurusan mayat, kita akan memfailkanpermohonan kepada Mahkamah Syariah esok (hari ini) untuk menjalanipengebumian mengikut cara Islam.? Sementara menunggu keputusan, mayat Moorthy disimpan di Hospital KualaLumpur (HKL) dan tidak diserahkan kepada mana-mana pihak,? katanya semalam.Beliau berkata, Moorthy mendaftar memeluk Islam melalui Kor AgamaKementerian Pertahanan ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia(ATM), tetapi Jawi menerima permohonan selepas sah dia mengucap kalimahshahadah.?Berdasarkan rekod, kita ada bukti kukuh dan akan kemukakan dokumen asalpermohonan Moorthy,? katanya. Moorthy meninggal dunia di depan isterinya, abang ipar dan seorang lagisaudara pada jam 11.10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selepasdimasukkan ke wad berkenaan kerana sesak nafas akibat koma pada 11November lalu. Anak keenam daripada 10 beradik itu meninggalkan seorang balu, S Kalimmal,30, dan seorang anak perempuan, Theneswary yang berusia sembilan tahun.Sementara itu, di HKL semalam, keluarga Kalimmal enggan mayat suaminyadikebumikan mengikut cara Islam kerana mendakwa tidak mengetahui Moorthymenukar agama.Kalimmal berkata, mereka sekeluarga terperanjat mengetahui perkara itupada 1 Disember lalu.?Beberapa orang dari Jawi datang ke rumah di Kuarters Tentera di Jelatek
memaklumkan bahawa dia sudah memeluk Islam,? katanya ketika ditemui dibilik mayat HKL.?Kami sudah membuat keputusan memfailkan permohonan kepada mahkamahsecepat mungkin bagi mengenal pasti status agama Moorthy supayapengebumian dapat dijalankan dengan lancar,? katanya ketika ditemui dibilik mayat HKL.Moorthy dimasukkan ke ICU selepas terjatuh dari kerusi rodanya ketikadalam perjalanan ke rumah kakaknya di Rawang. Beliau menyertai AngkatanTentera pada 1988 sebelum diserapkan dalam Unit Gerak Khas setahunkemudian.Beliau lumpuh sejak tujuh tahun lalu akibat penyakit ?cervical sick?selepas terjatuh ketika latihan ?somersault? di Kem Sungai Udang, Melakapada 14 Ogos 1998.Ketika Projek Malaysia Everest 1997, beliau turut membantu dua rakannya, MMagendran dan N Mohanadas menawan puncak Everest pada 23 Mei 1997.©The New Straits Times Press (M) Berhad",1]
ketika Moorthy lumpuh. Mereka datang semula ketika Moorthy koma untukmemaklumkan bahawa dia sudah memeluk Islam,? katanya ketika ditemui dibilik mayat HKL.?Kami sudah membuat keputusan memfailkan permohonan kepada mahkamah secepat mungkin bagi mengenal pasti status agama Moorthy supayapengebumian dapat dijalankan dengan lancar,? katanya ketika ditemui dibilik mayat HKL.Moorthy dimasukkan ke ICU selepas terjatuh dari kerusi rodanya ketikadalam perjalanan ke rumah kakaknya di Rawang. Beliau menyertai AngkatanTentera pada 1988 sebelum diserapkan dalam Unit Gerak Khas setahunkemudian.Beliau lumpuh sejak tujuh tahun lalu akibat penyakit ?cervical sick?selepas terjatuh ketika latihan ?somersault? di Kem Sungai Udang, Melakapada 14 Ogos 1998.Ketika Projek Malaysia Everest 1997, beliau turut membantu dua rakannya, MMagendran dan N Mohanadas menawan puncak Everest pada 23 Mei 1997.©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text