Pages

Ads 468x60px

Saturday, January 14, 2006

Masih banyak kes tertunggak

Masih banyak kes tertunggak


PUTRAJAYA: Usaha Mahkamah Rayuan mempercepatkan pelupusan kes tertunggak
tidak memperlihatkan hasil memuaskan apabila masih ada 7,512 tertunggak di
mahkamah itu setakat Jun tahun lalu, termasuk 2,654 kes yang baru
didaftarkan.

Kes yang didaftarkan dari 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005 adalah 2,654
kes, berbanding 1,797 kes yang berjaya dilupuskan.

Menurut Laporan Tahunan Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
2004/2005 yang diedarkan kepada media menunjukkan bilangan kes tertunggak
bertambah 857 kes berbanding 2004.

Daripada jumlah kes tertunggak, 6,647 adalah kes sivil, 504 kes jenayah,
351 permohonan kebenaran (sivil) dan 10 permohonan kebenaran (jenayah).

Laporan itu juga menyatakan kes tertunggak berlaku bukan dalam masa
sehari, sebaliknya dari setahun ke setahun.

Kes tertunggak bertambah serius berikutan wujud kaedah dan prosedur yang
menghalang mahkamah daripada melupuskan kes secara proaktif.

Sehubungan itu, sejak November 2003, satu dasar dikeluarkan yang
menghendaki mahkamah mengawal pengurusan kes dan bukan lagi ditentukan
oleh peguam.

Laporan itu juga menjelaskan bahawa mahkamah tidak boleh dipersalahkan
sepenuhnya atas kelewatan melupuskan kes kerana ada sebab lain.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text