BH-10/2/2006
KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyifatkan keputusan lepasan universiti tanpa pengalaman tidak akan dilantik sebagai majistret sebagai yang positif demi memartabatkan bidang kehakiman di negara ini.
Malah, pengalaman dan pendedahan bekerja dalam bidang kehakiman sekurang-kurangnya lima hingga tujuh tahun sebelum lulusan bidang perundangan itu dilantik sebagai majistret akan membolehkan mereka mengendalikan perbicaraan dengan lebih adil dan teratur.
Timbalan Presiden PGSM, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, langkah itu wajar kerana ketika belajar, lulusan terbabit mendapat pendedahan lebih mengenai teori dan hanya mempunyai sedikit pengalaman amali.
"Dengan itu, mereka perlu mendapatkan pendedahan sekurang-kurangnya lima tahun termasuk menjadi Timbalan Pendaftar Mahkamah dan Pegawai Pendakwa," katanya
No comments:
Post a Comment