Pages

Ads 468x60px

Friday, February 10, 2006

Penyeragaman E-Syariah Hampir Siap

BH-10/2/2006
BANGI: Penyeragaman perundangan syariah di seluruh negara semakin menjadi kenyataan dengan siapnya projek E-Syariah yang kini dilaksanakan di semua negeri.

Pada sidang media selepas majlis penyerahan projek E-Syariah dan hasil Kajian Tempoh Penyelesaian Pembubaran Perkahwinan Di Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia (1998-2002), Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata pelaksanaan E-Syariah bukan saja memantapkan urusan pentadbiran institusi kehakiman Islam di semua negeri, tetapi membolehkan penguatkuasaan undang-undang syariah di seluruh negara.

E-Syariah yang menjadi sebahagian aplikasi perdana kerajaan elektronik dibangunkan Sarawak Information System Sdn Bhd (Sains) sejak 2001 dengan peruntukan RM39 juta.

Mengulas penyeragaman undang-undang syariah itu, Sheikh Ghazali berkata, hanya dua negeri saja yang masih belum mewartakan dan mengguna pakai undang-undang syariah Wilayah Persekutuan.

"Alhamdulillah, walaupun berbangkit isu mengenai Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 10 negeri sudah menerimanya," katanya sambil menambah dua negeri berkenaan juga sedang dalam usaha menerima pakai dan mewartakan undang-undang sama.

Samsudin dalam ucapannya dibacakan Ismail, berkata kerajaan komited bagi menjadikan Mahkamah Syariah sebagai institusi pengadilan yang dihormati dan mendapat tempat selayaknya dalam perundangan negara.

Katanya, beliau juga berharap aplikasi E-Syariah dapat di komersial pada peringkat antarabangsa bagi memperkasakan keilmuan perundangan dan kehakiman Islam di kalangan negara Islam.

"Saya juga merakamkan rasa bangga dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membabitkan isu besar dan menarik perhatian seluruh negara serta menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan Mahkamah Syariah dalam pengendalian kes," katanya.

Sementara itu, kajian bagi tempoh 1998 dan 2002 itu menunjukkan 84.4 peratus kes perceraian dapat diselesaikan Mahkamah Syariah dalam tempoh enam bulan manakala hanya 15.1 peratus saja melebihi enam bulan.

Daripada jumlah itu, 71.6 peratus kes diselesaikan dalam tempoh enam bulan manakala 13.2 peratus lagi dalam jangka masa empat hingga enam bulan.

 

 

Fakta

 

Aplikasi E-Syariah

- Sistem pengurusan kes Mahkamah Syariah

- Portal E-Syariah

- Sistem Pendaftaran Peguam Syarie

- Sistem Pengurusan Perpustakaan

- Sistem Automasi Pejabat

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text