Pages

Ads 468x60px

Friday, June 09, 2006

Perkahwinan misyar tidak perlu fatwa

Perkahwinan misyar tidak perlu fatwa

UM-9/6/2006

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan berpendirian bahawa perkahwinan misyar tidak perlu difatwakan memandangkan hukum perkahwinan tersebut sah mengikut syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin, bagaimanapun berkata, jika perkahwinan misyar itu dijalankan untuk tujuan poligami, pihak mahkamah akan membuat keputusan sama ada lelaki terbabit layak atau sebaliknya.

Beliau berkata, bagi pasangan bujang pula, perkahwinan seumpama itu tidak menjadi masalah asalkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian yang dimeterai.

"Perkahwinan misyar ini cenderung kepada amalan berpoligami. Walaupun dari segi hukum sah, mereka yang hendak berkahwin lebih di negara ini perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan termasuk mendapat perintah dari mahkamah.

"Untuk pasangan yang tidak pernah berkahwin tidak timbul masalah walaupun pihak wanita lebih kaya daripada lelaki, cuma lelaki tidak boleh mengambil kesempatan daripada kekayaan isterinya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya isu perkahwinan misyar yang hangat diperbincangkan baru-baru ini.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text