Pages

Ads 468x60px

Wednesday, June 14, 2006

Banyak Implikasi Negatif


NIKAH misyar dilihat lebih banyak mendatangkan kesan negatif dalam perkahwinan berbanding kesan positifnya. Berikutan itu, sesetengah ulama ulama seperti di Arab Saudi, Sheikh Nasir Al-Din Albani, Sheikh Abd Aziz Musnad dan ulama Syria, Prof Dr Muhamad Al-Zuhaili berpendapat, nikah misyar itu adalah haram.


Impak negatif itu sangat terasa apabila wujud sifat penghinaan terhadap wanita, seperti mengambil kesempatan terhadap mereka dalam situasi yang dialami. Ini berikutan syarat yang diletakkan sebelum akad nikah, dikatakan tidak sah, sekali gus boleh membatalkan pernikahan itu kerana bertentangan dengan objektif syarak dalam perkahwinan yang diterangkan dalam al-Quran.

Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mohammad Akram Laldin, berkata contoh syarat yang boleh diterima pakai dalam nikah ialah mensyaratkan supaya suami menyediakan tempat tinggal yang berasingan dan tidak tinggal bersama keluarga, mensyaratkan mahar dengan kadar tertentu dan suami atau isteri tidak mengarahkan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak seperti suami menyuruh si isteri membuka tudung.

"Selain itu, si isteri boleh mengemukakan syarat meminta cerai sekiranya suami tidak berlaku adil dengan isteri yang lain, isteri difasakhkan jika suami meninggalkan isteri dalam tempoh tertentu dengan lafaz taklik dan isteri atau suami mempunyai penyakit tertentu seperti Aids dan HIV," katanya.

Beliau berkata, antara contoh syarat yang ditolak ialah memberi hak talak kepada isteri, isteri mensyaratkan suami supaya tidak disetubuhi dan meletakkan tempoh tertentu untuk perkahwinan atau nikah mutaah.

Secara umumnya, semua mazhab berpandangan sekiranya syarat yang diletakkan adalah bertepatan dengan objektif dan maksud perkahwinan, maka ia dibolehkan.

Tetapi, jika syarat berkenaan bertentangan dengan objektif dan maksud perkahwinan maka ia boleh terbatal dan kebanyakannya menyatakan akad adalah sah, tetapi syarat yang dikenakan itu tidak boleh dipakai.

FAKTA
Apakah Nikah Misyar


- Perkataan yang diambil dari perkataan Arab 'Syar' bermaksud berjalan.

- Menurut kebiasaan dalam nikah Misyar ini suami akan pergi berjalan menemui isteri dalam masa lapangnya.

- Penggunaan istilah itu dipopularkan di kalangan masyarakat Arab untuk membezakan nikah bersyarat (tidak menuntut nafkah zahir serta tempat tinggal) dengan nikah biasa tanpa syarat.

- Nikah itu sama dengan nikah biasa, yang menepati syarat dan rukun nikah.

- Isteri merelakan hati melepaskan hak menuntut nafkah zahir, yang diletakkan sebagai salah satu syarat tambahan dalam nikah

- Isteri yang melepaskan hak gilirannya untuk bersama suami yang berpoligami


Pandangan ulama mengenai hukum nikah Misyar

  • Diharuskan , sesuai pada situasi:

    - Ibu tunggal yang memerlukan sokongan moral serta teman hidup, tetapi tidak memerlukan sokongan material

    - Wanita yang mampu menyara diri sendiri dan hanya memerlukan teman hidup.

  • Diharuskan, tetapi tidak digalakkan:

    - Walaupun dikatakan nikah itu sah dari segi hukum, tetapi boleh menyebabkan lelaki itu mengabaikan tanggungjawab yang lain seperti kasih sayang, memastikan isteri hidup dalam sempurna serta tanggungjawab lain.

  • Haram

    - Syarat yang diletakkan tidak sah dan membatalkan nikah kerana syarat yang dikenakan bertentangan dengan objektif syarak dalam perkahwinan yang diterangkan dalam Al-Quran.

  • No comments:

     

    Sample text

    Sample Text

    Sample Text