Pages

Ads 468x60px

Monday, June 12, 2006

Cukai poligami tidak sesuai

Cukai poligami tidak sesuai

BH - 12/6/2006
KUALA LUMPUR: Tindakan mengenakan cukai terhadap lelaki yang mahu
berpoligami tidak sesuai dilakukan di negara ini, berikutan Malaysia
sudah mempunyai undang-undang keluarga Islam yang lengkap.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dihubungi menganggap langkah yang
dilakukan di sebuah bandar di Bangladesh itu tidak akan menyelesaikan
masalah seperti ketidakadilan yang mungkin berlaku apabila
berpoligami.

Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (Wanita JIM), Dr Harlina Halizah
Siraj, berkata syarat lelaki berpoligami di negara ini sudah memadai
dan jika langkah mengenakan cukai untuk tujuan dilakukan di negara
ini, ia akan dilihat seperti mahu mengharamkan terus perkara yang
dibenarkan agama.

"Poligami di Malaysia sudah diberi gambaran yang sangat negatif kerana
mereka yang melakukannya kebanyakannya tidak mengikut ajaran Islam
sebenar.

"Poligami bukan satu perkara yang mudah dan bergantung kepada
individu. Mereka yang melakukan poligami harus faham peranan dan
tanggungjawab masing-masing," katanya.

Semalam Berita Harian melaporkan pihak berkuasa tempatan sebuah bandar
di Bangladesh mengambil tindakan drastik dengan mengenakan cukai
poligami bagi mengekang amalan itu.

Laporan itu menyatakan mulai bulan depan, mana-mana lelaki sudah
berkahwin tetapi berhasrat menambah isteri baru akan diwajibkan
membayar cukai berkenaan yang mencecah ribuan ringgit dan bertambah
mengikut bilangan perkahwinan.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis,
berkata undang-undang keluarga Islam di negara ini sudah memadai untuk
membela hak kaum wanita.

"Kita tidak perlu mengikut apa yang negara lain buat. Kita perlu
keadaan dan dalam konteks sesebuah negara itu dan mengapa mereka
melaksanakannya," katanya.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text