Pages

Ads 468x60px

Wednesday, June 07, 2006

10 tahun tunggu kes fasakh

10 tahun tunggu kes fasakh


KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah, Jamaliah Tajudin, 56, kecewa apabila permohonan fasakh yang difailkan sejak 10 tahun lalu masih tidak diketahui statusnya kerana tiada penyelesaian sehingga kini.


Katanya, beliau memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya pada 1995 di Pejabat Agama Islam Petaling Jaya dan sehingga kini tuntutan itu masih belum diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 24 tahun hasil perkahwinan itu berkata, dia hairan mengapa perkara itu mengambil masa lama untuk diselesaikan.

"Sehingga kini saya tertanya-tanya apa sebabnya tuntutan saya belum diselesaikan... susah sangat ke mahu selesaikan? Ataupun disebabkan suami saya, Raflis Ibrahim, 62, bukan warga negara.

"Ini bukan saja menimbulkan persoalan tetapi juga menjadi bebanan kepada saya kerana 10 tahun bukan masa yang pendek.

"Saya harap masalah ini diselesaikan segera atau jika ia sudah diselesaikan saya mahu lihat buktinya sekurang-kurang dokumen sebagai hitam putih," katanya diBalai Berita di sini, semalam.

Jamaliah berkata, daripada risik-risik yang dijalankannya ada pihak yang menyatakan tuntutan itu sudah diselesaikan tetapi mendakwa tidak menerima sebarang dokumen mengenainya.

Katanya, selepas berkahwin beliau menetap di Indonesia, tetapi jodoh mereka tidak panjang apabila mereka bercerai dan beliau kemudian kembali ke Malaysia.

"Selepas bercerai kali pertama kami rujuk kerana suami saya datang ke Malaysia. Bagaimanapun, ia hanya bertahan tiga bulan apabila dia kembali ke Indonesia.

"Justeru saya memfailkan perceraian di Pejabat Agama Islam Petaling Jaya tetapi malangnya mahkamah belum memutuskan tuntutan yang saya buat melalui Biro Bantuan Guaman," katanya.

Jamaliah berharap pengesahan perceraian dipercepatkan dan menambah ia bukan untuk kepentingan dirinya tetapi kerana anak tunggalnya akan melangsungkan perkahwinan, hujung tahun ini.

"Saya perlukan pengesahan perceraian itu untuk memudahkan anak saya berkahwin menggunakan wali hakim. Sekiranya masalah ini masih tergantung suami saya perlu hadir untuk menjadi wali anak kami yang mana saya tidak pasti akan kehadirannya pada hari yang ditetapkan nanti," katanya.

ada lagi kes macam ni.. ingatkan dah habis.... tak pe kita tunggu penjelasan JAKESS... jangan tergoda dengan laporan sakhbar je...

alamkia

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text