Pages

Ads 468x60px

Thursday, June 29, 2006

Proses tuntut jenazah di HKL kecoh

Proses tuntut jenazah di HKL kecoh

BH-29/6/2006

KUALA LUMPUR: Tujuh bulan selepas isu perebutan jenazah wira Everest negara, M Moorthy atau nama Islamnya, Mohammad Abdullah, kontroversi sama berlaku semalam membabitkan perebutan jenazah seorang pesakit batuk kering, Rahmat Ali Abdullah, 57.

Kekecohan berlaku ketika proses menuntut jenazah Rahmat, 57, di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin dan berlarutan hingga awal pagi semalam.

Isteri Rahmat, R Thanaletchumi, 42, hadir untuk menuntut mayat suaminya selepas dia meninggal dunia akibat penyakit batuk kering kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.

Pihak HKL bagaimanapun enggan melepaskan jenazahnya kerana khuatir Rahmat akan disemadikan mengikut upacara agama Hindu, sedangkan pesakit adalah seorang Islam.

Rahmat berkahwin dengan Thanaletchumi yang beragama Hindu dan dikurniakan anak lelaki dan perempuan berusia 23 dan 21 tahun. Bagaimanapun, difahamkan Thanaletchumi tidak mengetahui Rahmat beragama Islam kerana dia dikenali keluarga sebagai Johnny.

Rahmat yang bertugas di Bilik Mayat HKL dikatakan mengalami komplikasi akibat batuk kering dan dimasukkan ke Wad Tibi HKL, Isnin lalu.

Keluarga sebelah bapa Rahmat yang dikatakan beragama Islam turut menuntut mayat.

Kekecohan dikatakan berlanjutan sehingga jam 11 pagi semalam, apabila lebih 30 anggota keluarga Rahmat berkumpul di hadapan Bilik Mayat HKL, sehingga memaksa polis campur tangan. Bagaimanapun tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal yang turut berada di HKL berkata, selepas berunding kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyerahkan jenazah kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP) untuk dikebumikan.



Ini adalah kes kedua perebutan mayat di HKL membabitkan perbezaan agama. Sebelum ini, mayat Moorthy @ Mohammad turut terpaksa disimpan di Bilik Mayat HKL sehingga sembilan hari sebelum mahkamah mengesahkan status agamanya dan mayatnya diserahkan kepada JAIWP untuk disempurnakan.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text