Pages

Ads 468x60px

Monday, June 05, 2006

PM arah BPR siasat -- Surat layang dakwa rasuah, penyelewengan sesetengah hakim

PM arah BPR siasat -- Surat layang dakwa rasuah, penyelewengan sesetengah hakim

Oleh Rozilan Salleh-UM 5/6/2006


KEPALA BATAS 4 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan berlakunya rasuah dan penyelewengan membabitkan sesetengah hakim.

Perdana Menteri berkata, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang menerima surat layang menuduh sesetengah hakim rasuah dan menyeleweng telah melaporkannya kepada BPR.

``Terserah kepada BPR bila mahu memulakan siasatan,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Perdana Kompeni Askar Wataniah Kawasan Parlimen Kepala Batas, Batu Kawan dan Nibong Tebal di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas pendedahan Tun Ahmad Fairuz bahawa beliau menerima surat layang menuduh sesetengah hakim rasuah dan menyeleweng.

Mingguan Malaysia hari ini pula menyiarkan wawancara dengan dua tokoh perundangan, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman yang mahukan tuduhan melalui surat layang tidak diketepikan begitu sahaja.

Kedua-duanya berkongsi pengalaman ada kes yang pernah disabitkan di mahkamah bermula siasatannya daripada surat layang dan dalam keadaan tertentu, dakwaan itu mempunyai asas.

Kedua-duanya turut menyentuh cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman bagi menangani masalah itu yang dikatakan berpunca daripada pemilihan dan pelantikan hakim.

Mengenai perkara itu, Abdullah berkata, ia memerlukan kajian terperinci.

Kajian teliti itu, katanya, perlu memandangkan cadangan terbabit merupakan satu dasar besar dan tidak boleh diputuskan hanya berdasarkan laporan akhbar.

``Saya tidak boleh respons kepada soalan akhbar semata-mata, perlu fikir lanjut mengenainya,'' katanya

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text