Perkahwinan mesti penuhi keperluan
BH-14/6/2006PERNIKAHAN misyar itu dibolehkan dengan syarat tertentu termasuk dapat memenuhi keperluan bagi wanita yang belum berkahwin, ibu tunggal yang mempunyai anak atau tanpa anak. Dengan itu, keperluan seperti menjaga harga diri, mendapat tempat dalam masyarakat yang berkahwin, teman emosi, spiritual dan seksual harus diambil kira sebelum membenarkan nikah misyar dengan pasangan mereka.
|
Pakar Runding Psikiatri dan Naib Presiden Kanan Akademik Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, berkata pernikahan misyar digalakkan bagi membantu ibu tunggal terutama yang mempunyai anak.
"Dalam hubungan ini, perkahwinan itu boleh dianggap untuk keselamatan diri wanita dan mengelakkan pandangan serong masyarakat terhadapnya, selain memberi peluang kepada lelaki terbabit berperanan sebagai bapa kepada anak wanita itu.
"Bagi wanita yang tiada anak pula mereka memerlukan teman emosi, spiritual dan seksual yang mana mereka tidak pernah menikmati kepuasan seks serta keinginan untuk memiliki anak," katanya.
Perkahwinan misyar juga boleh dilihat berdasarkan kehidupan holistik yang berinteraksi dengan empat aspek iaitu dari sudut biologikal/fizikal, psikologikal, sosial dan spiritual. Secara psikologi, fikiran dan perasaan dikawal oleh kewarasan serta keikhlasan yang mana faktor itu akan mendatangkan kematangan dan ketenangan kepada seseorang.
Bagi sudut fisiologi pula, fungsi fizikal seperti keperluan dan kehendak untuk meneruskan kehidupan normal tetapi jika kehendak terhadap keperluan itu tidak dikecapi, maka seseorang itu tidak dapat menikmati kehidupan selesa.
Beliau berkata, kematangan dan kestabilan memberikan perkahwinan yang seimbang dengan memiliki beberapa faktor seperti berikut, kenaikan martabat dengan kelahiran anak, fokus cinta dan kasih sayang serta persetubuhan sebagai ekspresi fizikal, jiwa dan spiritual dalam percintaan.
INFO
- Bersabar dan bertakwa hingga lanjut usia (50 hingga 60 tahun)
- Cuba bersabar dan bertakwa tapi tewas dan berzina sekali
- Berkahwin dan bahagia dengan suami
- Usia 30-an dan mempunyai perniagaan sendiri, tanpa anak, diceraikan suami tetapi puas zahir batin.
- Tuntutan seks yang luar biasa hingga melakukan zina dengan beberapa lelaki yang tidak bertanggungjawab
- Masih menaruh harapan pada seorang lelaki soleh yang mahu menikahi secara rahsia.
- Berusia 20-an, terpaksa meninggalkan pelajaran kerana penyakit tekanan jiwa walaupun siuman.
- Amat inginkan suami tetapi tidak mengharap menjaga setiap hari.
- Tidak dapat mengawal dorongan seks.
- Berzina dengan beberapa lelaki walaupun banyak kali bertaubat.
- Lebih fokus mengenai pendidikan kepada anak selepas melahirkan anak luar nikah.
No comments:
Post a Comment