Pages

Ads 468x60px

Sunday, June 25, 2006

KENYATAAN AKHBAR SHURA & PUM TERHADAP KONGSI RAYA

KENYATAAN AKHBAR

 

Pegangan Hidup Muslim

 

 

Allah berfirman dalam Surah al A'raf ayat 156-157:

·  وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَـذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَـا إِلَيْكَ قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاء وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَـاةَ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ

·   الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُواْ بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُواْ النُّورَ الَّذِيَ أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi segala sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

 

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda (perkara) yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk dan dia juga membebaskan mereka daripada  segala beban dan belenggu yang membingkai mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. Rasulullah bersabda:

 

ايها الناس ان لكم معالم فانتهوا الى معالمكم و ان لكم نهاية فانتهوا الى نهايتكم  وان الله فرض فرا ئض فلا  تضيعوها وحرم اشياء فلا تنتهكوها  وحد حدودا فلا تضيعوها  وسكت عن امور رحمة بكم  غير نسيان فلا تسألوا عنها

(حديث حسن رواه الحاكم في المستدرك)

 

Wahai saudara saudara sekalian. Kalian semua mempunyai asas rujukan maka kembalilah kepada asas rujukan tersebut . Kalian semua mempunyai matlamat dan  kalian semua patut menuju kea rah matlamat tersebut. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan ( kepada kalian) maka janganlah  kalian persia-siakan. Allah telah mengharamkan perkara tertentu jangan kalian cerobohi (laranganNya), Allah telah meletakkan batasan tertentu jangan kalian injaki (lampaui batasan tersebut). Allah tidak menyebut apa-apa (hukum) terhadap perkara tertentu bukan kerana Allah lupa tetapi kerana  Allah kasihan kepada kamu ; oleh itu jangan lah kalian bertanya mengenainya (ketika wahyu sedang diturunkan).

 

Rasulullah bersabda lagi

عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏
‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أنه قال ‏ ‏مثل المؤمن كمثل الفرس على ‏ ‏آخيته ‏ ‏يجول ثم يرجع إلى ‏ ‏آخيته ‏ ‏وإن المؤمن ‏ ‏يسهو ثم يرجع إلى الإيمان

 

 

Abu Said al Khudri meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda :  Orang mukmin itu laksana seekor kuda yang terikat dengan tali kekangan yang mengikatinya. Walaupun ia berkisar namun ia tetap kembali kepada tempat kekangannya. Orang mukmin mungkin boleh terlupa namun dia tetap kembali kepada keimanannya.

 

‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري

‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏مثل المؤمن ومثل الإيمان كمثل الفرس في ‏ ‏آخيته ‏ ‏يجول ثم يرجع إلى ‏ ‏آخيته ‏ ‏وإن المؤمن ‏ ‏يسهو ثم يرجع إلى الإيمان فأطعموا طعامكم الأتقياء وأولوا معروفكم المؤمنين ‏

Dalam versi yang lain Abu Said al Khudri meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. Bersabda:

Perumpamaan hubungan orang mukmin dengan keimanan itu bagaikan seekor kuda yang terikat dengan tali kekangan yang mengikatinya. Walaupun ia berkisar namun ia tetap kembali kepada tempat kekangannya. Orang mukmin mungkin boleh terlupa namun dia tetap kembali kepada keimanannya. Oleh itu ajukanlah makanan mu untuk orang yang bertaqwa dan berikan kebaikan anda kepada para mukminin.

 

Berdasarkan kepada  ayat  dan hadith-hadith di atas jelaslah bahawa umat Islam  memiliki asas-asas rujukan untuk menanggapi dan menilai apa jua isu dan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam hidup. Mereka tidak sewajarnya berfikir dengan akal bebas tanpa komitmen keagamaan dan iltizam kepada Islam. Ini kerana mereka telah beriman dan menganut agama Islam. Oleh itu mereka mesti mematuhi segala nilai, norma dan syari'at agama berkenaan. Kerana disinilah terletaknya perbedaan antara mu'min dan kafir.

 

Selaras dengan itu para alim ulama, jawatankuasa fatwa, pertubuhan dan gerakan Islam dan orang muslim dan mu'min yang jujur berfikir dan merumuskan pendirian mereka berdasarkan ketentuan agama tersebut. Di antara isu yang tanggapi oleh mereka ialah program kongsi raya yang melibatkan peruntukan wang rakyat berjuta ringgit setiap tahun sebagai suatu program yang dilembagakan untuk menjadi amalan kementerian tertentu. Program seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syara' seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi juga menambahkan lagi pembaziran wang awam dengan program lagha seperti jom heboh dan sebagainya.  Pembaziran adalah perkara yang ditegah oleh syara' dan menjadikan manusia pembazir sebagai teman dan rakan-rakan syaitan.

 

Usaha untuk memperkukuh persefahaman antara rakyat perlu dibuat dalam acuan yang direstui syara' bukan dengan tindakan yang sebaliknya. Hanya dengan menurut landasan dan restu syara' sahaja kita semua akan mendapat keselamatan dan kebahgiaan. Inilah keyakinan hidup setiap orang Islam yang taat.

 

Manusia kafir dan muslim liberal lumrahnya mempunyai pemikiran yang tidak sejajar dengan syariat Islam. Mereka tidak multazim dengan ajakan syariat sebab mereka kafir. Manakala orang muslim liberal akan berusaha mencari alasan untuk tidak mematuhi lunas ajaran syara' sebab mereka mereka mahu membebaskan diri dari tuntutan ajaran tersebut dengan berbagai alasan dan dalih. Antaranya dalih perbuatan berkenaan tidak ada kaitan dengan agama dan sebagainya. Tapi soalannya;  bukankah agama melarang umatnya melepaskan diri dari ajaranya. Bukankah agama Islam khasnya menentang pembaziran. Bukankah agama memerintahkan supaya orang Islam bertanya kepada alim ulama hal-hal yang ada kaitannya dengan amalan hidup beragama sebagai seorang muslim. Inilah soalan yang mereka selalu lupa dan alpa tentang jawapan dan tuntutannya.

 

Oleh itu Persatuan Ulama Malaysia dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia dengan ini menyeru Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam agar mematuhi ajaran agama dan menghormati alim ulama dan Institusi Agama yang bertindak untuk melindungi akidah, syariah dan akhlak umat Islam dan kepentingan negara secara menyeluruh 

 

 

 

Tarikh : 19 Jun 2006

 

 

Pengerusi SHURA                                        YDP Persatuan Ulama Malaysia

 

Us Hj. Abdul Ghani Samsudin                      Prof Madya Us Saleh Hj. Ahmad

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text