Pages

Ads 468x60px

Saturday, January 21, 2006

Najib tegur anggota Kabinet jangan bangkit isu sensitif

Najib tegur anggota Kabinet jangan bangkit isu sensitif
Oleh: HAIRULAZIM MAHMUD
UM-21/1/2006

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan sembilan menteri Kabinet menghantar memorandum kepada Perdana Menteri bertentangan amalan kabinet dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negara ini.

Beliau menyifatkan tuntutan yang dilakukan oleh menteri-menteri terbabit tidak sesuai dan tidak `manis' dilakukan kerana ini bukan amalan pentadbiran kerajaan.

``UMNO tetap akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan biarkan beliau membuat keputusan yang adil dan tepat dengan mengambil kira pandangan semua tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

``Isu ini sensitif dan tak wajar untuk dibangkitkan dengan cara itu,'' katanya pada pemberita sebelum majlis makan malam Dewan Perniagaan dan Industri Perancis-Malaysia, di sini malam ini.

Dalam pada itu Najib mengingatkan bahawa Perdana Menteri sentiasa terbuka menerima pandangan mana-mana pihak.

Beliau berkata, mengikut sistem pentadbiran negara, menteri boleh mengemukakan sebarang pandangan dalam mesyuarat Kabinet dan bukan seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri berkenaan.

``Saya harap perkara ini tidak akan berulang kerana boleh menimbulkan reaksi yang begitu tidak disenangi, malah boleh menimbulkan kemarahan banyak pihak,'' katanya.

Beliau berharap dalam isu ini, rakyat bertenang kerana kerajaan berpengalaman menangani isu-isu yang lebih besar.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text