Pages

Ads 468x60px

Tuesday, January 10, 2006

Mahkamah Syariah tidak berdaulat – Presiden PAS

Mahkamah Syariah tidak berdaulat – Presiden PAS
Monday, January 09 @ 11:16:50 MYT


MARANG, 9 Jan (Hrkh) – Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa yang berdaulat.

Ini, katanya kerana mahkamah yang tidak syariah mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa terkilan kerana kedudukan Mahkamah Syariah masih tidak kuat berhubung sesuatu kes yang telah diputuskannya.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kes kematian wira Everest negara, M Moorthy atau nama Islamnya, Mohammad Abdullah.

Jenazah Mohammad selamat dikebumikan pada 28 Disember lalu di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan tidak mempunyai bidang kuasa menyemak dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum itu berhubung status agamanya.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan isteri Mohammad, S Kaliammal daripada mengambil jenazahnya untuk disemadikan mengikut adat agama Hindu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan itu.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, kerajaan akan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah bidang kuasa kehakiman dalam hal berkaitan agama bagi mengelak ia menimbulkan sebarang sentimen atau prasangka.

"Kita akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyelesaikan masalah berkaitan agama ini, terutama yang menyentuh bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah," katanya.

Kelmarin, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata, Mahkamah Syariah mesti diberi kebebasan melaksanakan bidang kuasanya dalam membuat keputusan berhubung isu berkaitan Islam tanpa campur tangan Mahkamah Sivil.

"Cumanya kita merasa terkilan kedudukan Mahkamah Syariah yang tidak kuat menandakan Mahkamah Syariah tidak ada kuasa yang berdaulat, mahkamah yang tidak syariah lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah," kata Ustaz Abdul Hadi ketika ditemui baru-baru ini.

Ini, katanya satu perkara yang mesti disedari oleh umat Islam dan ianya adalah satu perkara syirik yang besar yang perlu dihapuskan.

"Kerana (mahkamah) syariah tidak boleh diatasi oleh yang lain, itu menjadi aqidah kepada orang Islam," tegasnya. – KAM/ayu.


dari harakahdaily.net 11/1/06

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text