Pages

Ads 468x60px

Thursday, March 20, 2014

Mahkamah syariah tentukan kesahihan agama wanita.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan kesahihan penukaran agama seorang pekerja kilang wanita kepada Islam oleh bapanya semasa berumur tujuh tahun tiga bulan akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel anggota, berkata adalah perlu bagi Mahkamah Syariah mengambil kira sama ada penukaran agama Siti Hasnah Vangarama Abdullah pada 1983 oleh bapanya sebagai sah di hadapan Mahkamah Sivil dan boleh menentukan tuntutannya berhubung dakwaan penukaran agamanya pada 1989 oleh pegawai Perkim dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya adalah terlalu awal di peringkat ini bagi Mahkamah Sivil untuk melayan permohonan Siti Hasnah.



Siti Hasnah, 29, yang mempersoal kesahihan proses penukaran agamanya kepada Islam, mendakwa beliau perlu mengikuti proses penukaran agama kepada Islam pada 1989 semasa berusia tujuh tahun semasa beliau berada di Rumah Anak-Anak Yatim Ramakrishnan.

Ibu kepada tiga orang anak itu kemudiannya memfailkan permohonan pada 23 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk memohon satu pengisytiharan bahawa ketika itu pegawai Perkim Raimi Abdullah dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang secara salah menyebabkan beliau berikrar mengenai pegangannya dan meninggalkan agama Hindu dan memeluk Islam semasa berumur tujuh tahun pada 1989.

Bagaimanapun, ketika itu Raimi Abdullah dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dinamakan sebagai defendan dalam permohonannya, telah berkata menurut rekod yang diperoleh dari Perkim menunjukkan bahawa Siti Hasnah, bersama-sama ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain memeluk Islam pada 1983. Ketika itu, Siti Hasnah berumur setahun.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah berkata bahawa Siti Hasnah melalui proses pengesahan pegangannya pada 1989 kerana sijil penukaran agama tidak dikeluarkan kepada kanak-kanak apabila ibu bapa mereka memeluk islam.

Dalam penghakiman sebulat suara yang disampaikan hari ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan yang dibuat Raimi dan Majlis Agama Islam untuk mengetepikan perintah Makamah Rayuan bahawa Mahkamah Tinggi mendengar kes mengenai Siti Hasnah.

Siti Hasnah diperintah membayar masing-masing RM10,000 bagi kos perundangan kepada Raimi dan Majlis Agama Islam negeri.

Hakim Arifin berkata ia merupakan pandangan mahkamah bahawa permohonan Siti Hasnah tidak boleh diputuskan tanpa Mahkamah Syariah menentukan kesahihan penukaran agamanya oleh arwah bapanya pada 1983.

"Kami berpendapat bahawa isu berkenaan dengan kesahihan penukaran agama Siti Hasnah pada 1983 merupakan satu perkara yang benar-benar dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau berkata ia akan menjadi sangat tidak sesuai bagi Mahkamah Sivil untuk menentukan kesahihan pertukaran agama bagi mana-mana orang kepada agama Islam kerana ia benar-benar merupakan isu agama dan oleh yang demikian Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa itu mengikut Artikel 121A Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Arifin berkata keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Siti Aminah tidak pernah menjadi orang Islam dan dakwaan penukaran agamanya pada 1989 oleh Raimi dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang adalah menyalahi undang-undang.

Katanya Mahkamah Rayuan membuat keputusannya berdasarkan bahawa Siti Hasnah beragama Hindu dan tidak pernah memeluk Islam sebelum 1989 dan ia (Mahkamah Rayuan) benar-benar mengabaikan fakta bahawa sebelum itu dia telah memeluk agama Islam bersama-sama dengan bapanya pada 1983.

Hakim Arifin berkata mengikut undang-undang, agama bagi seorang kanak-kanak ditentukan ibu bapa atau penjaga dan oleh itu bapa Siti Hasnah berhak menentukan agama beliau (Siti Hasnah) kerana ketika itu dia seorang kanak-kanak.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi secara betul telah membatalkan permohonan Siti Hasnah tetapi ia terkhilaf dalam memutuskan bahawa Siti Hasnah sudah menjadi orang Islam pada 1989 kerana sebelum itu penukaran agama didakwa berlaku pada 1983.

Katanya ia bukan untuk Hakim Mahkamah Tinggi menentukan kesahihan penukaran agama Siti Hasnah pada 1983 dan hakim telah menghakimi lebih awal perkara itu.

Pada 4 Ogos 2010, Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang membatalkan permohonan Siti Hasnah selepas memutuskan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu dan bahawa perkara itu adalah tertakluk secara ekslusif kepada Mahkamah Syariah.

Pada Januari 2012, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi dan merujuk perkara itu kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan.

Dalam afidavit menyokong permohonannya, Siti Hasnah mendakwa dia tidak faham isi kandungan dan makna perkataan dalam "Sijil Akuan Masuk Islam" yang dibacanya, dilafaz dan ditandatangani, dan menurutnya pada umur tujuh tahun, dia tidak mempunyai pilihan tetapi mengikut arahan defendan untuk mengucap "kalimah shahadat".

Pada usia lima tahun, ibu bapanya menempatkannya di rumah anak yatim Ramakrishnan dan dia tinggal di situ selama satu setengah tahun.

Ibunya, R.Latchumy, dengan nama Islamnya Siti Aisyah Abdullah, meninggal dunia pada 1989 dan bapanya, B.Subramaniam, yang menggunakan nama Islam Mohd Yusuf Abdullah, meninggal dunia pada 2004.

Siti Hasnah berkahwin dengan S. Sockalingam, 32, mengikut upacara agama Hindu. Pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka. - Bernama

Sumber:
Sinar Harian
20/3/2014

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text