Pages

Ads 468x60px

Sunday, January 15, 2006

Tahanan lari diberkas semula selepas 6 jam dalam tandas

Tahanan lari diberkas semula selepas 6 jam dalam tandas

Sun, Dec 18, 2005 at 12:24 AM

ALAM 15 Dis. - Seorang tahanan yang cuba melarikan diri daripadapolis berjaya diberkas semula selepas `menghilangkan' dirinya selama enamjam di dalam tandas lelaki di Mahkamah Rendah Syariah Selangor di sinihari ini.Menurut sumber, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu padamulanya telah meminta kebenaran untuk ke tandas daripada polis yangmengawalnya.``Bagaimanapun sebaik sahaja lelaki itu memasuki tandas kira-kira pukul10.30 pagi, dia telah berjaya menghilangkan diri.``Akhirnya pasukan polis yang berusaha mengesan lelaki tersebut berjayamenemuinya semula di dalam kawasan tandas itu juga kira-kira pukul 4.30petang ini,'' katanya di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Abdul Wahab Embung ketikadihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan memberi ulasanlanjut.Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan tahanan di Penjara Sungai Bulohkerana kesalahan rogol.Dia dibawa ke Mahkamah Syariah Selangor yang terletak di tingkat lapanBangunan UMNO Selangor di sini kerana diperlukan oleh pihak mahkamah bagimenyelesaikan satu kes keluarga.Abdul Wahab enggan mendedahkan identiti tahanan berkenaan sertamenjelaskan bagaimana tahanan itu boleh melepaskan diri malah bolehbersembunyi di dalam tandas tersebut.Katanya, apa yang penting ialah pihak polis telah berjaya menahannyasemula dan dapat menghalang lelaki itu daripada terus melarikan.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text