Pages

Ads 468x60px

Monday, January 16, 2006

Perlembagaan pertahan kuasa syariah

Perlembagaan pertahan kuasa syariah


KUALA LUMPUR: Sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang hendak dilakukan termasuk perkara berkaitan dengan hak dan kedudukan Islam, perlu diteliti sedalam-dalamnya.

Perlembagaan Persekutuan sudah menyatakan dengan jelas dan meletakkan kedudukan Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sebagai agama rasmi negara.

Sehubungan itu, Presiden Kelab Senator, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam hal ini supaya ia tidak menimbulkan kesan negatif.

"Apa yang penting kedudukan Islam tidak tergugat selaras Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam adalah agama rasmi negara," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberi jaminan sebarang pindaan pada Perlembagaan Persekutuan termasuk Perkara 121 (1A) tidak akan menjejaskan kedudukan Islam yang terus ditadbir Mahkamah Syariah.

Sehubungan itu, Najib berkata rakyat, terutama Melayu tidak perlu bimbang kerana kerajaan yang sedang mengkaji Perlembagaan sentiasa mendengar pandangan dan maklum balas semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berharap kerajaan tidak membuat pindaan terhadap Perkara 121 (1A) kerana dari segi undang-undang Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah berbeza dan kes berkaitan Islam tidak boleh dirujuk kepada badan yang tidak ada hubung kait dengan hukum syariah.

Sehubungan itu, Presidennya, Yusri Mohamad, berkata Abim mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Panel Rayuan Syariah di Mahkamah Sivil jika mahu memberi ruang kepada sebarang kes membabitkan orang Islam dan bukan Islam untuk didengar.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text