Pages

Ads 468x60px

Sunday, January 15, 2006

JAG gesa kaji semula Rang Undang-Undang Keluarga Islam

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) menggesaahli-ahli Dewan Negara mengkaji semula Rang Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang telah diluluskan olehDewan Rakyat pada 26 September lalu.Pengarah Eksekutif Sisters In Islam, Zainah Anwar berkata, RangUndang-Undang yang diluluskan itu didapati terdapat kekurangan dandiskriminasi terhadap wanita.``Ini merupakan peluang terakhir kami untuk mendapatkan keadilan setelahsegala usaha mengubah undang-undang tersebut gagal mendapat perhatian diDewan Rakyat walaupun ia mendapat perhatian daripada beberapa anggotaDewan Rakyat,'' katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sinihari ini.Zainah menjelaskan, Dewan Rakyat tidak diberi masa secukupnya untukmembaca dan meneliti Rang Undang-Undang tersebut maka ahli-ahlinya tidakberkesempatan dengan pihak berkenaan bagi membahaskan peruntukan yangmendatangkan kesan diskriminasi ke atas wanita.``Kami berharap para senator dapat membuat kajian dan menimbangkanpermohonan kami agar Rang Undang-Undang itu ditarik balik dan teliti,kemudian dibahaskan semula di Dewan Rakyat,'' katanya.Beliau yang turut mengedarkan memorandum mengenai bantahan tersebutberharap ahli-ahli senat dapat membahaskannya pada Sidang Dewan Negarayang berlangsung esok atau lusa.Menurutnya, JAG telah mula membangkitkan isu ini sejak tahun 2002 namunmasih gagal meraih perhatian daripada kerajaan dan pihak yangbertanggungjawab dalam perihal agama Islam.``Sebagai contoh antara perkara yang kami rasakan tidak adil terhadap kaumwanita ialah menerusi pindaan berpoligami yang mana isteri pertama dimintamembuat pilihan sama ada memilih nafkah atau harta sepencarian daripadasuami.``Mengikut undang-undang Islam, urusan nafkah adalah tanggungjawab dankewajipan seorang suami tidak kira dia mempunyai seorang atau lebihisteri, jelas sekali Rang Undang-Undang tersebut menganiaya wanita,''katanya.UM Online 21/12/2005

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text