Pages

Ads 468x60px

Monday, July 24, 2006

Khir Toyo tidak puas hati tahap kecekapan Mahkamah Syariah

Khir Toyo tidak puas hati tahap kecekapan Mahkamah Syariah

22-07-2006 03:26:55 PM - The Star Online - Melayu
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap tahap kecekapan Jabatan Kehakiman Syariah negeri itu kerana terdapat banyak kes perbicaraan yang tertunggak.

Beliau berkata kes tertunggak dan kelewatan perbicaraan mendatangkan kesusahan kepada mereka yang terbabit kerana sesetengah daripadanya memakan masa sehingga bertahun-tahun.

Tanpa menyatakan jumlah kes syariah yang tertunggak di Selangor, Dr Mohamad Khir berkata hakim syarie perlu segera menyelesaikan kes yang dibicarakan untuk membolehkan pihak menuntut dan pihak dituntut meneruskan kehidupan mereka.

Beliau berkata, tidak dinafikan bahawa setiap keputusan yang dibuat tidak boleh bersifat terburu-buru dan perlu mengambil kira semua aspek secara holistik agar tidak berlaku sebarang penganiayaan atau penindasan serta sikap berat sebelah.

"Namun, sikap berhati-hati bukanlah alasan untuk kita tidak boleh menambahbaik kecekapan dalam menyelesaikan sesuatu kes," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Undang-undang Keluarga Islam anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Dr Mohamad Khir berkata sudah tiba masanya juga bagi keluarga Islam merujuk ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi dari mula dan bukan menjadikannya sebagai tempat terakhir untuk mendapatkan bantuan.

Katanya kes syariah yang sudah diselesaikan juga wajar dijadikan contoh dalam seminar atau ceramah membabitkan kefahaman Islam untuk memberi pendidikan dan rujukan kepada pengamal undang-undang mahupun orang ramai. BERNAMA

Pelaksanaan Penyitaan Selesaikan Tuntutan Harta Berjumlah Besar


Bantuan polis diperoleh sebagai sokongan aspek ketenteraman awam


BAGI memastikan suatu perintah atau penghakiman untuk sesuatu kes di Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan, ada beberapa jenis pelaksanaan dan penguatkuasaan yang boleh dibuat iaitu:

  • Penyitaan dan Penjualan
  • Prosiding Hiwalah (Garnishee)
  • Pemilikan dan Penghantarserahan
  • Saman Penghutang Penghakiman
  • Prosiding Penghinaan Mahkamah (Pengkomitan)

    Semua jenis pelaksanaan dan penguatkuasaan ini hanya dilakukan apabila wujud kegagalan atau keingkaran daripada pihak defendan/responden untuk mematuhi perintah/penghakiman dikeluarkan mahkamah.

    Minggu ini, penulis hanya membicarakan prosiding Penyitaan dan Penjualan. Prosiding ini hanya terpakai dalam proses pelaksanaan/penguatkuasaan untuk perintah atau penghakiman bagi harta alih dan tuntutan yang berjumlah besar.

    Prosiding penyitaan dan penjualan sesuai dilaksanakan apabila pemohon/plaintif mempunyai maklumat bahawa responden/defendan mempunyai banyak barang bernilai dalam premis atau tempat tinggalnya.

    Pelaksanaan jenis ini dimulakan dengan cara memfailkan permintaan untuk mendapatkan perintah pelaksanaan yang hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.

    Perintah bagi pelaksanaan ini hendaklah ditujukan kepada bailif dan mempunyai butir iaitu tarikh perintah atau penghakiman yang diperoleh plaintif terhadap defendan, amaun penghakiman, kos prosiding atau perbicaraan dan kos bagi perintah pelaksanaan ini.

    Perkara lain ialah amaun yang kena bayar, tarikh perintah memberikan kebenaran untuk pelaksanaan (jika berkaitan) dan cara pelaksanaan seperti penyitaan dan penjualan, prosiding hiwalah dan sebagainya.

    Pihak pemohon juga hendaklah memastikan segala perbelanjaan dan fi (yuran) pelaksanaan termasuk kos pelaksanann peguam syarie dilevikan sebagai tambahan kepada hutang penghakiman.

    Pemohon hendaklah mendepositkan wang mencukupi bagi membiayai proses penyitaan dan penjualan khususnya bagi menanggung kos pengawal keselamatan bagi barang disita dan perbelanjaan bailif dalam pelaksanaan penyitaan dan penjualan.

    Pada masa sama, pemohon boleh secara bertulis memohon kepada mahkamah supaya satu tarikh ditetapkan untuk melaksanakan penyitaan.

    Selepas pemohon memfailkan perintah untuk pelaksanaan serta membayar deposit dan selepas Pendaftar berpuas hati dengan dokumen difailkan, Pendaftar akan menetapkan satu tarikh untuk bailif dan wakil pemohon/peguam syarie untuk menjalankan penyitaan.

    Pada peringkat ini pemohon atau plaintif hendaklah bekerjasama kepada mahkamah dengan memberikan maklumat lengkap alamat terakhir defendan walaupun tanggungjawab sebenar untuk memberikan alamat terakhir adalah pada responden/defendan.

    Pihak pemohon/plaintif atau wakilnya, termasuk peguam syarie bersama pegawai mahkamah yang menjalankan pelaksanaan/penguatkauasaan iaitu bailif pada tarikh yang ditetapkan penyitaan hendaklah ke premis pihak defendan mengikut alamat ditetapkan.

    Sekiranya premis prosiding penyitaan yang hendak dijalankan boleh mendatangkan bahaya atau ancaman kepada keselamatan, maka bolehlah mendapatkan bantuan daripada polis sebagai pihak sokongan dari aspek menjaga ketenteraman awam.

    Kemudian, selepas pihak pemohon/plaintif atau wakil dengan peguam syarienya bersama bailif atau pegawai mahkamah tiba di premis atau tempat tinggal responden/defendan, bailif hendaklah memasuki premis atau tempat tinggal berkenaan dengan izin tuan premis atau tempat tinggal jika ia didiami. Seseorang bailif tidak boleh memecah masuk mana-mana premis tanpa kebenaran mahkamah.

    Selepas bailif berada dalam premis atau tempat tinggal responden/defendan, beliau akan memeriksa barang yang ada seperti televisyen, radio dan alat pendingin hawa (barang yang mempunyai nilai). Tetapi, bailif tidak boleh menyita barang keperluan asas defendan/responden seperti peralatan memasak dan katil.

    Selepas bailif mengenal pasti barang yang hendak disita dan melengkapkan senarai penyata harta, pastikan pihak defendan/responden ada bersama bagi mengelakkan sebarang tohmahan. Beberapa salinan perlu dibuat untuk tujuan penyampaian kepada responden/defendan dan pemohon/plaintif untuk ditandatangani. Ia bagi pengesahan barang yang disita. Salinan lain juga diperlukan sebagai rekod fail dan bagi penyediaan laporan kepada Pendaftar mengenai prosiding berkaitan serta proses penilaian barang yang disita bagi tujuan penjualan.

    Pada peringkat ini, jika tiada penyelesaian antara pihak-pihak, secara amalannya selepas barang disita dalam prosiding penyitaan dan penjualan, bailif akan mengguna wang yang didepositkan di mahkamah untuk melantik pengawal keselamatan swasta. Ia bagi memastikan barang yang disita dikawal dan dijaga sementara menunggu perkembangan selanjutnya.

    Bagaimanapun, barang yang disita boleh dibawa keluar untuk tujuan penyimpanan.

    Selanjutnya, bailif atau pegawai mahkamah akan pulang ke mahkamah bersama-sama senarai penyata harta. Bailif seterusnya akan membuat satu laporan kepada Pendaftar.

    Pada masa sama, pihak bailif dikehendaki melalui undang-undang untuk membuat penyata bailif yang mengandungi levi yang dibayar pemohon atau plaintif, butir mengenai harta yang disita dan maklumat penjualan harta yang disita, perbelanjaan pelaksanaan atau sebagainya.

    Sebelum penjualan melalui lelongan dilakukan, jika nilai harta yang disita adalah kecil, penilaian boleh dibuat bailif sendiri atau menghantarnya kepada pihak berkuasa berkaitan. Oleh itu, sekiranya harta yang disita mempunyai penilaian tinggi, bailif hendaklah merujuk kepada mahkamah supaya melantik jurunilai bebas dengan persetujuan pihak berkaitan.

    Selepas penilaian dibuat, bailif hendaklah memastikan notis pengiklanan dibuat dengan penampalan di tempat awam seperti pada papan notis semua mahkamah syariah, masjid, dewan orang ramai dan akhbar tempatan. Orang ramai yang berminat boleh menyertai lelongan awam serta membuat penawaran dan harga tertinggi akan melayakkan penawar memiliki item yang dilelong dengan syarat bayaran dibuat secara tunai atau draf bank.

    Hasil lelongan dikumpul dan dimasukkan ke dalam akaun mahkamah. Penyata bailif akan dilengkapkan di mana hasil penjualan lelongan bersama deposit pemohon dijumlahkan. Seterusnya ditolak dengan jumlah perbelanjaan yang ditanggung ketika prosiding penyitaan dan penjualan dilaksanakan seperti kos pengawal keselamatan, bailif, jurunilai dan pelelong dilantik.

    Sebelum mahkamah membuat bayaran hasil penyitaan dan penjualan, Pendaftar hendaklah memastikan semua wang yang perlu dibayar kepada kerajaan dibayar atau dipotong daripada wang itu. Pendaftar juga perlu memastikan orang yang memohon pembayaran itu adalah orang yang berhak atau diberi kuasa untuk menerima pembayaran itu.

    Sekiranya wang itu tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun kecuali orang yang berhak adalah kurang siuman atau tidak cukup umur, wang berkenaan hendaklah dibayar kepada Baitulmal. Jika ada tuntutan dibuat terhadap wang berkenaan selepas itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk memerintahkan jumlah tuntutan itu dibayar atau nilainya kepada pemohon atau plaintif.

    Namun, bagi harta alih selain wang seperti sekuriti dan barang kemas yang disimpan oleh mahkamah, ia tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran mahkamah.


    Artikel ini dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).Pandangan dan persoalan kemukakan kepada PGSM pada admin@pgsm.org.my, faksimile 03-80259495 atau layari http://www.pgsm.org.my/v2
  • Umat Islam Diminta Pertahan Kedudukan Agama Dalam Perlembagaan

    KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebuah forum hari ini meminta umat Islam mempertahankan kedudukan istimewa agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menentang sebarang usaha pihak tertentu untuk menggugat kedudukan itu atas nama demokrasi atau platform yang lain.

    Ini merupakan antara resolusi yang dicapai pada forum itu - 'Syariah dan Cabaran Semasa' - anjuran Persatuan Ulama Malaysia dan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

    Pengerusi Mesyuarat Pembela, yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad berkata satu memorandum hasil resolusi forum itu akan disediakan oleh Pembela, yang dianggotai lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengenai beberapa perkara yang menggugat kestabilan umat Islam di Malaysia pada masa kini.

    Memorandum itu akan diserahkan kepada Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta pemimpin kerajaan negeri yang beragama Islam, katanya kepada pemberita selepas forum itu yang dihadiri lebih 2,000 orang.

    Katanya antara perkara yang akan dikemukakan ialah meminta kerajaan tidak berkompromi terhadap perbuatan mana-mana pihak yang cuba mempengaruhi umat Islam supaya murtad.

    Mereka juga meminta agar semua kes murtad yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dirujuk kepada Mahkamah Syariah seperti yang termaktub dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    Yusri berkata memorandum itu tidak menyentuh sama sekali mengenai hak dan kekebasan bangsa lain menjalankan kegiatan agama masing-masing tetapi hanya menyentuh hak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

    Forum hari ini turut mengingatkan umat Islam supaya sedar mengenai ancaman yang cuba menggugat kedudukan orang Melayu serta agama Islam sebagai agama rasmi negara, katanya.

    "Justeru itu, kedudukan kuasa-kuasa Mahkamah Syariah hendaklah dipertahankan, kita tidak mahu mana-mana pihak cuba mengganggu gugat kedudukan mahkamah itu," katanya.

    - Bernama

    Umat Islam Perlu Sensitif Isu Murtad


    SAYA ingin mengulas mengenai isu murtad yang telah menjadi satu masalah besar di negara kita sekarang yang perlu diselesaikan dengan segera.


    Pegangan akidah umat Islam di Malaysia kini semakin goyah sebagaimana yang dinyatakan oleh Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam satu kenyataannya bahawa hampir 100,000 di Malaysia memohon untuk keluar dari agama Islam.

    Perkara yang harus dilihat secara serius dan terperinci adalah mengapa ada umat Islam yang sanggup meninggalkan agama yang syumul ini yang telah dibawa oleh nabi dan sahabat terdahulu.

    Adakah umat Islam kini sudah lupa dan tidak yakin agama yang mereka anuti ini? Hanya agama Islam saja yang diterima Allah dan agama ini telah Allah nukilkan dalam firmanNya, 'Sesungguhnya agama (yang diredhai) Allah SWT hanya Islam'. (Surah Ali-Imran: 19).

    Sheikh Ahmad Mustafa al-Maraghi dalam menghuraikan ayat ini berpendapat bahawa agama Islam adalah satu kebenaran mutlak dan tidak perlu diragui. Agama ini hanya satu ajaran yang diterima oleh Allah SWT yang menjadi penyuluh kepada kehidupan manusia dan seharusnya menjadi pegangan yang kukuh.

    Adalah jelas sekali umat Islam dilarang untuk menyamakan ajaran Allah SWT dengan mana-mana agama selain daripada ajaran-Nya. Menurut Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas, agama Islam adalah cahaya yang terang lagi suci.

    Adalah tidak wajar umat Islam yang berada dalam cahaya terang ini terjun ke kawasan yang gelap dan tidak bercahaya.

    Saya ingin mengajak pembaca memahami kenapa isu murtad ini amat penting dari konteks undang-undang negara kita. Isu Lina Joy misalnya, yang memohon untuk menggugurkan perkataan Islam dalam MyKadnya semakin hangat diperkatakan.

    Ini kerana wujudnya serangan yang melaungkan kebebasan individu dalam beragama.

    Ini jelas dilihat dengan tersiarnya berita tentang seorang doktor dan bekas isterinya yang berbeza agama untuk mendapatkan penjagaan dua anak mereka.

    Kes ini tidak dapat diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan kerana menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes Lina Joy.

    Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan berkesan, maka ia boleh membawa implikasi yang buruk kepada institusi di bawah naungan Raja-Raja Melayu. Antaranya ia akan mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri.

    Ini secara tidak langsung akan menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara ini berhubung dengan agama Islam. Apa yang lebih membimbangkan kelak, sekiranya institusi kehakiman Syariah lumpuh, adalah dikhuatiri seseorang Islam bebas menganuti dan mengamalkan Islam mengikut kehendak mereka tanpa ada penguasaan daripada pihak berwajib.

    Sebagai umat Islam kita seharusnya mempunyai rasa sensitif terhadap perkara yang membabitkan akidah umat Islam. Kita seharusnya bersatu dan bersama-sama melindungi agama Islam yang tercinta ini.



    MOHD REZWAN ALIAS,

    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

    Monday, July 17, 2006

    Hujah Songsang Sang Hakim

    Hujah songsang Sang Hakim PDF
    Mon | Jul 17, 06 | 11:34:01 AM
    Oleh Ibnu Fateh, Rembau

    ssalammualaikum, Saudara Pengarang
    Saya sangat dukacita dengan hujah-hujah yang dikemukakan hahim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan pelajar memakai serban pada 12 Julai lalu.

    Jelas pada saya Hakim Datuk Abdul Hamid Mohammad menggunakan hujah yang menyeleweng dan tidak bertepatan dengan isu yang timbul. Hujah-hujah yang dikemukakan banyak menempelak dan memperlekehkan hajat anak-anak muda ini yang ingin memakai serban yang diyakini mereka sebagai sunnah. Pihak akhbar pula dengan niat "jahat" mereka memberi liputan secara 'jelas' akan hujah para hakim bagi mempengaruhi fikiran orang ramai.

    Jika diteliti para hakim cuba mengatakan bahawa memakai serban tidaklah semestinya menunjukkan kesempurnaan keislaman seseorang, manakala bagi mereka yang tidak memakai serban dan tidak berjanggut tidak semestinya tidak sempurna Islamnya. Kenapa beliau perlu berhujah demikian? tidakkah ini menunjukkan beliau sememangnya prejudis dengan serban dan janggut.

    Sedangkan perayu tidak pun mengatakan orang yang tidak berserban dan berjanggut adalah tidak sempurna Islamnya. Dan saya tidak pernah pula mendengar orang beserban dan berjanggut misalnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengatakan sesiapa tidak berserban dan berjanggut maka tidak sempurna islamnya.

    Tidak timbul isu untuk mengaitkan menunggang unta, membuat rumah dari tanah liat dan menggosok gigi dengan kayu dalam isu ketaqwaan (Hakim ini sebut "alim" perkataan pun tak digunakan dengan betul). Kecualilah isu yang timbul "siapa yang lebih bertaqwa?" dan Allah sendiri melarang membahaskan isu sebegini.

    Lebih lucu lagi pada satu ketika dengan yakinnya hakim mengatakan Abu Jahal sendiri berserban dan berjanggut. Saya tak pastilah kitab mana yang para hakim ini baca yang menyatakan Abu Jahal Berserban dan menyimpan janggut dan pada masa yang lain beliau bertanya apa wajar bermain bola sepak dengan memakai jubah.

    Soalnya pemakaian serban tetapi beliau cuba mengaitkannya dengan jubah, sedangkan isu ini tidak timbul, kenapa tak dikaitkan memakai serban dan bermain sepak takraw? atau memakai seluar dalam dan coli untuk tarian gimrama? atau memakai jubah hitam dan topi bulat ketika membuat penghakiman?

    Hakim juga menuduh perayu menghabiskan waktu membesarnya dengan cara yang tidak betul, melawan guru, tidak berdisplin dan menentang pihak berkuasa, apakah tuduhan hakim ini benar? Sedangkan mereka disingkirkan dari sekolah hanya atas alasan memakai serban yang masih tidak jelas kedudukannya sehingga menyebabkan mereka terpaksa ke mahkamah untuk menentukan hak mereka samaada boleh atau tidak memakai serban.

    Seronok sangat menuduh perayu-perayu membesar dengan cara yang tidak betul. Apakah hakim ini ada buat siasatan perayu-perayu sememangnya kurang hajar dan selalu menentang guru, ponteng sekolah, hisap rokok dan sebagainya? atau Syed Ahmad Johari penjaga mereka ini sememangnya melatih mereka semenjak kecil menjadi samseng, mat rempit atau ahli gusti, kalau itulah yang dilatih oleh penjaga mereka saya bersetuju.

    Hakim juga mengatakan tiada apa-apa yang menyekat perayu dari berpindah ke sekolah lain seperti sekolah pondok. Saya langsung tak nampak apa relevannya beliau berhujah begini, nampak langsung tak masuk akal dengan kes ini. Hakim ini harus faham, perayu adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bersekolah dimana sahaja yang dikehendakinya termasuk disekolah yang mereka diberhentikan, mereka merayu hak mereka untuk bersekolah disekolah berkenaan dalam memakai serban.

    Banyak lagi yang boleh dihujahkan dengan keputusan yang dilihat cuba menafikan hak orang islam yang semakin terhakis. Kepada Mior Atiqulrahman Ishak, Syed Abdullah Khaliq Aslamy dan Syed Ahmad Syakur saya doakan semoga kalian semua terus memakai serban dan membuktikan anda adalah pemuda-pemuda islam yang berakhlak mulia.

    Wassallam

    Sunday, July 16, 2006

    Syor gubal akta lindungi akidah umat

    Syor gubal akta lindungi akidah umat

    BH-16/7/2006
    KETUA Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman mencadangkan supaya Akta atau Enakmen Perlindungan Akidah digubal untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa agama melindungi umat Islam daripada murtad.

    Beliau yang juga Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkata, akta dan enakmen itu membolehkan tindakan awal dibuat bagi menyelamat dan memulihkan umat Islam yang cenderung untuk murtad.

    Katanya, akta merujuk kepada pelaksanaan bagi Wilayah Persekutuan, manakala enakmen membabitkan negeri.

    "Dalam akta itu boleh diperinci kuasa yang boleh diberikan serta bagaimana dan siapa yang patut memberi kaunseling," katanya di sini, semalam.

    Sebelum ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyatakan kira-kira 100,000 umat Islam di negara ini dilaporkan murtad. Mufti itu mendakwa angka berkenaan diperoleh daripada kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual yang diserahkan kepadanya tahun lalu.

    Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustapa Abdul Rahman mengesahkan pihaknya sudah mengadakan dua pertemuan dengan Harussani pada Isnin dan Selasa lalu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

    Sementara itu, Profesor Datuk Dr Abdul Monir Yaacob dari Universiti Malaya berkata, umat Islam mengikut hukum syarak tidak diberikan pilihan atau kebebasan menukar agama atau menukar kepercayaannya kepada agama lain.

    Katanya, prosedur dalam enakmen di sesetengah negeri kini membolehkan orang yang murtad ditahan serta diberi nasihat dan kaunseling.

    Beliau turut mencadangkan supaya satu peruntukan undang-undang khas mengenai pertukaran agama dibuat, membabitkan peruntukan perkara seperti pembahagian harta, nafkah dan wasiat supaya ia lebih jelas dan mudah ditadbir mahkamah.

    Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Pejabat Peguam Negara, Dr Hassan Abdul Rahman pada seminar itu turut mengakui ketiadaan undang-undang jelas dan khusus mengenai pertukaran agama menyebabkan ketidaktentuan dari segi status dan kesan ke atas pihak yang terbabit.

    Dalam perkembangan sama, bekas Hakim Mahkamah Khas, Datuk Faiza Thamby Chik, berkata mengikut tafsirannya dalam konteks Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu tidak boleh menukar agama Islam kepada agama lain kerana perlembagaan mentakrifkan Melayu sebagai penganut agama Islam.

    Katanya, Perkara 11 (1) mengenai kebebasan beragama pula menyatakan setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

    "Jadi jika orang Melayu masuk agama Kristian, dari segi Perlembagaan adakah beliau masih Melayu?

    "Perlembagaan juga hanya menyebut setiap orang bebas menganuti dan mengamalkan agamanya, iaitu bermakna kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

    "Kalau ada pendapat bahawa ada kebebasan menukar agama, itu tidak benar, perlembagaan tidak menyebut kebebasan menukar agama.

    "Bagaimanapun, jika seorang mualaf mahu keluar Islam, mereka boleh mengemukakannya kepada pejabat agama atau mahkamah syariah dan keputusan terserah kepada pihak berkuasa agama atau mahkamah terbabit," katanya.

    Pasangan Kahwin Di Dasar Laut Pulau Redang

    BH-17/7/2006
    KUALA TERENGGANU: Pengantin baru dari Shanghai, China, mencatat sejarah apabila menjadi pasangan pertama melangsungkan perkahwinan di dasar laut pada kedalaman 12 meter di kawasan Teluk Tiji, Pulau Redang, iaitu kira-kira 100 meter dari Laguna Redang Island Resort, semalam.


    Jurujual, syarikat Oracle IT, Shanghai, Louis Loi, 36, dan pasangannya, kakitangan Kedutaan Ireland di Shanghai, Reneee Wu, 33, melafazkan ikrar perkahwinan dalam bahasa Inggeris di depan paderi dikenali sebagai Lim.

    Majlis perkahwinan berlangsung selama sejam apabila pasangan terbabit turun ke dalam air dari sebuah bot khas yang dihias indah jam 11.45 pagi dengan di kelilingi 30 penyelam profesional.

    Pengantin lelaki yang memakai kot hitam, manakala pasangannya bergaun putih mendapat idea melangsungkan perkahwinan di dasar laut selepas tertarik dengan keindahan perairan Terengganu, terutama terumbu karang.

    Perkahwinan membabitkan belanja kira-kira RM20,000 itu mempunyai tempat khas untuk disaksikan pelancong, termasuk dari luar negara.

    Louis yang berasal dari Kajang, Selangor berkata, dia berhijrah ke Shanghai sejak 1989 dan berkenalan dengan Renee, empat tahun lalu.

    "Kami cukup kagum dengan kecantikan Pulau Redang dan pihak resort memberi kesanggupan untuk menyediakan lokasi perkahwinan kami," katanya.

    Renee pula berkata, dia terus bersetuju apabila Louis membuat cadangan itu dan keluarganya datang bagi memeriahkan majlis perkahwinan itu.

    Pasangan itu tiba di Pulau Redang sejak Rabu lalu dan menjalani latihan menyelam bagi memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar.

    Hakim Perlu Ada Ilmu Syariah: Prof Dr Abdul Samat Musa.


    BANGI: Hakim mahkamah sivil perlu mempunyai pengetahuan perundangan syariah bagi membantu mereka membuat keputusan kes yang menyentuh peruntukan berkaitan Islam dalam perundangan negara, kata Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Kolej Universiti Islam Malaysia (Kuim), Profesor Dr Abdul Samat Musa.

    Beliau berkata, pengetahuan itu akan dapat dimanfaatkan demi kepentingan Islam yang diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Katanya, ketika ini bukan semua kes menyentuh aspek Islam dikendalikan mahkamah syariah kerana ada kes tertentu dikendali dan diputuskan mahkamah sivil.

    Katanya, aspek perundangan Islam ketika ini juga semakin banyak disentuh di mahkamah sivil.

    "Sejak dua tiga hari lalu, banyak diperkatakan mengenai serban (larangan pemakaian serban di sekolah).

    "Kes seperti ini menyentuh isu hukum. Jadi saya fikir mahkamah dan hakim mahkamah sivil secara formal pada masa akan datang, dalam konteks Malaysia, perlu ada asas dan latihan dari segi perundangan syariah," katanya pada Seminar Pertukaran Agama dan Kesan Dari Perspektif Syariah dan Perundangan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di sini, semalam.

    Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk `Islam Dalam Perlembagaan dan Kebebasan Beragama' pada seminar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kuis dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Lembaga Zakat Selangor.

    Beberapa hari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan peraturan sekolah melarang pelajar Islam memakai serban, tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama.

    Keputusan itu merujuk kes rayuan Meor Atiqulrahman Ishak serta dua beradik Syed Abdullah Khaliq Aslamy dan Syed Ahmad Syakur Dihya Syed Ahmad Johari, memohon pengisytiharan bahawa penyingkiran mereka dari Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan, atas alasan memakai serban sembilan tahun lalu, tidak sah dan batal.

    Keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad.

    Abdul Samat berkata, beliau memahami mahkamah juga mempunyai had dan keterbatasan dari segi undang-undang tetapi sebarang masalah boleh diatasi menerusi peranan Parlimen selaku badan penggubal atau meminda undang-undang.



    "Bagaimanapun, jika ternyata mahkamah tidak berupaya berbuat demikian, penyelesaiannya tentulah terletak pada Parlimen," katanya.

    Beliau berkata, Islam mesti dilihat dalam konteks luas dan oleh itu jika bidang kuasa yang ada di negeri perlu diperluaskan pada peringkat negara, maka Parlimen perlu mainkan peranannya

    Wujud Akta Lindungi Aqidah

    UM-16/7/2006

    BANGI 15 Julai – Akta Perlindungan Akidah perlu diwujudkan di semua peringkat bagi menangani gejala murtad di kalangan umat Islam negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

    Menurutnya, ketika ini tiada peruntukan atau akta terperinci bagi membantu orang Islam yang hendak murtad atau mahu keluar dari agama Islam.

    "Dengan adanya akta tersebut, kita berupaya mengambil inisiatif awal seperti memberi khidmat kaunseling dan nasihat kepada mereka," katanya kepada pemberita pada Seminar Pertukaran Agama dan Kesan Dari Segi Perspektif Syariah dan Perundangan di Dewan Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), di sini hari ini.

    Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Sheikh Ghazali menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab muslim membantu apabila saudaranya dizalimi atau teraniaya.

    Jelasnya, murtad boleh dilihat sebagai satu bentuk kezaliman dan penganiayaan ke atas diri sendiri dan harus ada peraturan atau enakmen bagi pihak berkuasa menjamin dan melindungi akidah umat Islam dari tergelincir.

    Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Khas, Datuk Faiza Thamby Chik berkata, orang Melayu boleh hilang hak keistimewaan Melayu apabila keluar dari agama Islam.

    Kes Lina Joy Usaha Terancang Hapuskan Islam

    Kes Lina Joy usaha terancang hapuskan Islam PDF
    Sat | Jul 15, 06 | 02:09:32 PM
    Oleh Baharuddeen Abu Bakar Cabaran murtad begitu serius sebab ia menyentuh secara langsung akidah umat Islam. Ia dirancang, digalakkan, dipelihara, dan dibayai oleh musuh Islam di dalam dan di luar negeri yang menyamar sebagai aktivis hak asasi manusia.

    Ajaran Islam tentang murtad telah lama dilaksanakan (kecuali hukumannya) dan adalah kekal dalam sistem undang-undang Malaysia.

    Kes Lina Joy yang menukar namanya hampir 20 tahun dahulu, tetapi tidak memohon murtad, dibangkitkan sekarang. Beliau memohon supaya agamanya, Islam, yang disebut di kad pengenalannya dibatalkan. Iaitu secara tidak langsung mencabar ajaran Islam tentang murtad.

    Begitu juga dengan Ayah Pin; ajaran krakpotnya didalangi pihak tertentu yang jelas tidak boleh menerimanya, tetapi semata-mata untuk mencabar Islam.

    Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, dan Sikh Malaysia (Majlis Bukan Islam) ataupun Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001, menuntut, antaranya beberapa desakan yang anti-Islam: Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke mahkamah syariah.
    Hujah mereka kerana hak ini diberi di bawah Artikel 11 Perlembagaan.

    Mereka mendesak sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan mahkamah syariah tetapi dikendalikan mahkamah sivil.

    Langkah terbaru, mereka mendesak kerajaan menubuhkan satu badan berkanun, Inter-Faith Commission (IFC) khas untuk menukar ajaran mana saja agama yang dirasa menyekat hak asasi manusia termasuk ajaran Islam tentang murtad. Badan ini boleh memutuskan permohonan oleh seorang Islam yang hendak murtad.

    Menurut deraf rang undang-undang IFC yang dikemukakan penganjurnya - Majlis Bukan Islam dalam Majlis Peguam - IFC akan berkuasa melaksanakan beberapa norma undang-undang antarabangsa. Seolah-olah ia adalah undang-undang Malaysia, bagi memutuskan aduan pencabulan hak mengenai agama. Ini bererti aduan tidak akan diselesaikan mengikut agama seseorang atau undang-undang sivil Malaysia sedia ada.
    Antara norma-norma antarabangsa itu adalah Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948.

    Semua norma antarabangsa itu belum disahkan Malaysia. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa itu tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

    Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan akidah seorang Muslim.

    Orang Islam bebas murtad

    Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama … (artikel 18)' . Bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan Tuhan tetapi ditentukan manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan norma antarabangsa.

    Firman Allah, bermaksud: "Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (An-Nahl: 106)

    Mendakwahkan agama lain kepada orang Islam

    Bukan sahaja deraf undang-undang IFC itu mempermudahkan orang Islam keluar Islam, ia juga membolehkan agama lain didakwahkan kepada orang Islam, dan perbuatan murtad akan menjadi perkara biasa.

    Deraf undang-undang IFC berkata, hanya had-had di bawah Artikel 11 (5) terpakai bagi mendakwahkan sesuatu agama kepada seseorang yang bukan menganut agama itu. Artikel 11(5) berkata, mendakwahkan sesuatu agama kepada pengikut agama lain hanya tertakluk kepada "peraturan umum berkaitan keselamatan, kesihatan dan moraliti umum". Di sini jelas Islam menjadi sasarannya.

    Artikel 11(4) tidak termasuk dalam deraf undang-undang IFC. Artikel 11(4) berkata Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang bagi "menghalang atau menghadkan penyebaran mana-mana doktrin agama atau kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam". Kesan pembuangan bahagian artikel ini membolehkan agama lain disebarkan di kalangan orang Islam. Dan IFC akan membenarkan orang Islam murtad walaupun dihalang pihak berkuasa syariah.

    Walaupun PBB mengisytiharkan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, badan itu tidak berhasrat dan tiada percubaan di mana-mana pun di dunia ini dibuat dengan tujuan mendirikan satu badan saperti IFC.
    Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campur tangan amat nyata dalam hal ehwal agama Islam.

    Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan itu adalah suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

    Badan kerajaan berkenaan boleh diheret ke mahkamah sebab tidak menghiraukan keputusan IFC.

    Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal-ehwal agama Islam

    IFC jelas sebuah suruhanjaya anti-Islam. Ini adalah campur tangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of Religion - tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk kepentingan sendiri.

    Orang bukan Islam berhak menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campur tangan dalam urusan Islam. Campur tangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

    Kes Lina Joy, bukan sekadar nama

    Pada mulanya Lina Joy memohon kepada Mahkamah Tinggi, secara langsung dan tanpa segan silu, bahawa Perlembagaan memberi hak kepadanya menolak Islam. Permohonan itu gagal; malangnya Mahkamah Tinggi tidak membuat keputusan yang berasaskan syariah semata-mata tetapi berikut definisi Melayu. Seorang Melayu didefinisikan Perlembagaan sebagai orang Islam dan oleh yang demikian Lina Joy sebagai orang Islam tidak boleh menolak agamanya.

    Kemudian beliau cuba mencapai tujuan yang sama dengan permohonan supaya beliau dibenarkan tidak menyebut agama dalam kad pengenalan.

    Permohanannya kepada Jabatan Pendaftaran ditolak, kemudian beliau mengambil tindakan undang-undang supaya mendapat pengisytiharan bahawa beliau berhak tidak disebut agamanya dalam kad pengenalannya. Apabila permohonan ke Mahkamah Tinggi ditolak beliau merayu ke Mahkamah Rayuan.

    Masalah ini ada implikasi yang mendalam kepada akidah, syariah dan juga kuasa badan berkanun pentadbiran Islam di Malaysia. Permohonan itu tidak boleh dipandang ringan dan masyarakat Islam bersyukur mahkamah sivil memahami implikasinya dan membuat keputusan yang berani, prihatin dan sedar dan menyelamatkan keadaan di Malaysia di mana cabaran demi cabaran dibuat oleh musuh Islam dalam negara umat Islam ini.

    Permohonan seperti itu bertujuan menutup murtad, dan juga supaya membuat beberapa aktiviti yang dilarang syariah; antaranya selain murtad adalah supaya seorang Islam boleh dikahwinkan dengan orang bukan Islam di gereja atau kuil.

    Lebih serius lagi, seorang Islam boleh murtad tanpa permohonan dibuat kepada Majlis Agama.
    Permohan beliau dibuat di bawah Akta Pendaftaran yang menghendaki agama disebut sebagai satu-satunya ciri pengenalan seorang. Akta tersebut tidak diluluskan Parlimen dengan tujuan memudahkan murtad dengan yang tidak dapat dielakkan oleh badan pentadbiran Islam. Permohonan itu merupakan satu penyalahgunaan sebab percubaan dibuat bagi mencapai tujuan yang tidak diingininya.

    Parlimen adalah bagi mengesahkan ciri-ciri pengenalan peribadi dan bukanlah mengkaburkannya dengan tidak menyebut agama.

    Lebih serius lagi percubaan dibuat secara tidak langsung untuk murtad dengan tidak menyebut agama sahaja, dan juga mengelakkan majlis agama yang berkuasa dalam hal ini yang juga mengasaskan hujah mahkamah menolak permohonan itu.

    Selepas gagal di Mahkamah Tinggi beliau membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan selepas gagal di mahkamah itu pun beliau membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Persekutuan dan keputusan mahkamah itu ditangguh.

    Dalam kesnya Lina Joy mencabar kuasa Jabatan Pendaftaran Negara bahawa jabatan itu tidak diberi kuasa mensyaratkan seorang yang hendak tukar nama Islam asalnya disebabkan murtad hendaklah dapat kebenaran dari Mahkamah Syariah dahulu.

    Lina Joy juga berhujah bahawa kesnya adalah kes sivil sahaja iaitu menukar nama menurut hak yang diberi undang-undang sivil; beliau tidak menyentuh tujuan sebenar yang tersirat dalam permohonan itu. Itulah sebabnya peguam kanan, Haji Sulaiman Abdullah, bagi Majlis Agama menyifatkan tindakan itu sebagai murtad dari pintu belakang.

    Bukan Islam mahu orang Islam kahwin bukan Islam tanpa masuk Islam

    Memorandum Majlis Bukan Islam juga mendesak: "Pendaftar Perkhawinan (sivil) tidak boleh berdaftar perkhawinan seorang Islam. Hendaklah ditegaskan oleh undang-undang bahawa adakah seorang itu Islam atau pun tidak hanya bergantung kepada apa sahaja seseorang itu mengaku adalah agamanya. Jika orang itu berkata, ia bukan Islam, itu mencukupi."

    'Perkahwinan' kepada orang bukan Islam adalah punca kes Lina Joy. Jika agama tidak disebut dalam kad pengenalan, seorang Islam boleh dikahwinkan dengan orang bukan Islam di mana-mana sama ada di gereja atau di kuil; itulah sebabnya Lina Joy hendak agamanya tidak disebut dalam kad pengenalannya dan dengan itu menutup kes murtadnya.

    'Sisters Against Islam'

    Sebagai satu badan yang mementingkan perempuan lebih dari apa sahaja pun, Sisters in Islam menunjukkan bahawa mereka tidak ada apa sahaja batasan pun termasuk ajaran Islam; Lina Joy sebagai perempuan yang mahu berbuat sesuka hatinya, jadi Sisters in Islam pun menyokongnya.

    Sisters in Islam juga diberi peranan dalam kes Lina Joy dan mereka telah berhujah bahawa Lina Joy hendaklah diberi hak keluar dari agama walaupun ia bertentangan ketara dengan ajaran Islam.
    Oleh yang demikian golongan ini haruslah digelar 'Sisters Against Islam'.

    Apakah kepentingan Bukan Islam dalam kes Lina Joy?

    Kes Lina Joy merupakan peningkatan strategi musuh Islam. Era 70-an dan selepas itu, mereka mencari orang yang bakal murtad dalam golongan daif seperti anak luar nikah hasil zina antara Islam dan bukan Islam.

    Ada sebuah firma peguam di Pulau Pinang yang asyik mengiklankan pengisytiharan murtad dalam The Star. Mereka mengikut satu atur cara undang-undang yang dipanggil deed poll. Pengisytiharan seperti itu tiada kuasa undang-undang di Malaysia sebab itu adalah cara yang digunakan di England oleh seorang yang hendak mengisytiharkan penukaran namanya.

    Selepas itu mereka gunakan cara permohonan tukar nama di bawah Akta Pendaftaran Negara. Beberapa kes murtad diluluskan Jabatan Pendaftaran seperti kes Kartini. Apabila jabatan itu sedar, syarat dibuat bahawa orang Islam yang mohom tukar nama dari nama Islam kepada nama bukan Islam, pemohon hendaklah dapat kebenaran Mahkamah Syariah. Syarat itulah yang dicabar dalam kes Lina Joy.

    Dalam mendengar hujah di Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Negara, Tun Ahmad Fairuz memberi peluang kepada Majlis Bukan Islam berhujah bahawa orang Islam berhak murtad. Peranan yang diberi kepada mereka, mungkin ada sebab yang baik, iaitu mendengar semua pihak yang berminat, walaupun sama sekali tidak ada kepentingan dari segi hak mereka mempraktikkan agama mereka seperti disyorkan Artikel 11 Perlembagaan.

    Tindakan Mahkamah Rayuan Persekutuan boleh dianggap oleh bukan Islam sebagai pengiktirafan hak mereka dalam kes murtad orang Islam; ruang diberi bagi mereka campur tangan dalam Islam. Ini amat dikesali.

    Portal E-Syariah Telah Mengatasi Lebih 900 Portal dan Laman Web Kerajaan Yang Lain


    10 Julai, Putrajaya – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila telah menerima anugerah Portal Kerajaan Elektronik Terbaik dalam satu kajian "Benchmarking and Comparative Study of Malaysia Government Portals and Websites 2005" di Hotel Shangri-La Putrajaya.

    Kajian yang dijalankan oleh Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) melalui panel antarabangsa yang dilantik, menyaksikan Portal E-Syariah telah mengatasi lebih 900 portal dan laman web kerajaan yang lain. Hasil kajian tersebut telah dibentangkan pada Mesyuarat Koordinasi Aplikasi Perdana (FCC) yang ke 23 dan juga pada Mesyuarat Ketua Setiausaha Kerajaan Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang mana kedua-duanya telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Bin Osman, Ketua Setiausaha Negara. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat FCC telah mengesyorkan untuk menganugerahkan Portal E-Syariah untuk mendapat tempat terbaik bagi kategori Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik.



    Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali bin Hj Abdul Rahman menerima anugerah Portal Kerajaan Elektronik Terbaik daripada En. Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC.

    Hadiah kecemerlangan tersebut telah disampaikan oleh En. Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC. JKSM diwakili oleh Yang Amat Arif Datuk Sheikh Ghazali B. Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie jabatan ini. Majlis penyampaian pengiktirafan tersebut berlangsung bersempena dengan seminar "Telehealth & E-Government Flagship : Flagship Lessons Learnt, Best Practices & Transformation" di hotel yang sama.



    Bergambar kenangan… (dari kiri) Tuan Mohamad B. Hj. Abdullah – Ketua Pendaftar JKSM, Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali B. Hj. Abdul Rahman (Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM), Y. Bhg. Dato' Hassan Nawawi (Datuk Bandar Ipoh), Y. Bhg. En. Badlisham Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif MDeC) dan En. Haris Kasim (Pen. Pengarah Cawangan Pusat Sumber JKSM).

    Datuk Sheikh Ghazali B. Hj. Abdul Rahman ketika ditemui selepas majlis berkenaan menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t dan terharu dengan pengiktirafan tersebut. "Nampaknya usaha JKSM untuk memartabatkan kehakiman syariah di negara ini melalui penggunaan ICT telah diterima umum. Portal yang bersifat interaktif ini seharusnya dimanfaatkan oleh warga Islam di negara ini dan menjadikannya sebagai salah satu rujukan" ujar Datuk Sheikh Ghazali B. Hj. Abdul Rahman.

    Tambahnya lagi, dengan adanya anugerah ini, JKSM akan dari masa ke semasa mempertingkatkan dan mengemaskini lagi kandungan Portal E-Syariah ini dari masa ke semasa agar sentiasa relevan dengan keperluan komuniti Islam negara ini khasnya.

    Bagi kategori Portal Kerajaan Terbaik pula telah dimenangi oleh Portal Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). MBI diwakili oleh Y. Bhg. Dato' Hassan Nawawi, Datuk Bandar Ipoh.

    Kepada Majlis Bandaraya Ipoh, warga kerja JKSM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penganugerahan yang diterima bagi kategori Portal Kerajaan Terbaik.



    Sijil Anugerah Cemerlang Portal Kerajaan Elektronik Terbaik




    Friday, July 14, 2006

    Peguam Pembela Islam' Tangani Isu Murtad

    Peguam Pembela Islam' tangani isu murtad PDF
    Thu | Jul 13, 06 | 03:55:40 PM
    Oleh Maslan Yusoh

    KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Peguam-peguam muslim sepakat menubuh jawatankuasa bertindak dikenali sebagai 'Peguam Pembela Islam' dengan menggunakan sekretariat Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada perjumpaan khas yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

    Perjumpaan itu dihadiri lebih 100 peguam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kelulusan dalam bidang syarie dan sivil, di mana mereka juga terdiri dari kalangan penyokong PAS, Umno, Parti Keadilan Rakyat dan ahli Abim.

    Jawatankuasa bertindak terbabit diketuai Zainul Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

    Peguam Syarie, Wan Azimin Wan Adnan ketika dihubungi berkata, badan itu akan bergerak menemui pemimpin utama negara termasuk Sultan dan Yang Dipertua Agong serta mengadakan taklimat ke setiap negeri dalam tempoh empat minggu.

    Difahamkan perjumpaan khas itu diadakan ekoran kes menukar agama (murtad) yang dituntut Azlina Jailani, 42 atau lebih dikenali Lina Joy bagi memadamkan perkataan Islam pada Mykadnya.

    Sebelum ini permohonan itu ditolak Jabatan Pendaftaran Negara kerana ia terlebih dahulu perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah.

    Pada 19 September lalu Mahkamah Rayuan juga menolak dengan majoriti 2-1 terhadap rayuan yang dikemukakan Lina Joy melalui peguamnya, Dato' Dr Cyrus Das.

    Kes itu kemudian dibawa pula Mahkamah Persekutuan. Hakim perbicaraan di dalam penghakimannya berdasar kepada Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menegaskan seseorang Melayu itu hendaklah menganut agama Islam hingga akhir hayatnya.

    Kes tersebut kemudiannya dibawa semula ke mahkamah untuk rayuan dan dijangka diputuskan pada 28 Julai ini.

    Kes murtad kini semakin diberi perhatian selepas Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria mendedahkan terdapat kira-kira 100,000 orang Islam yang murtad di negara ini berdasarkan kajian yang dilakukan golongan profesional.

    Serban: Hujah Hakim Didakwa Hina Rasulullah - Pemuda PAS

    Serban: Hujah hakim didakwa hina Rasulullah PDF
    Fri | Jul 14, 06 | 11:35:27 AM
    Oleh Azamin Amin

    KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh )- Pemuda PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dan kesal di atas hujah Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abdul Hamid Mohamed berkenaan keputusan 'kes serban' 12 Julai lalu.

    Hakim tersebut dipetik antara lain sebagai berkata; "Islam bukan sekadar memakai serban dan janggut. Arab Jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarkat itu, berbuat demikian."

    Sambil menyifatkannya sebagai menghina Rasulullah, Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman berkata, perkara tersebut akan dipanjangkan kepada para mufti, seterusnya akan mengarahkan Pemuda PAS seluruh negeri membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan terbabit.

    "Pemuda PAS akur dan menghormati keputusan mahkamah, tetapi hujah penghakimannya tidak relevan dan menghina Nabi," katanya sewaktu sidang media di Taman Melewar pagi tadi.

    Malah, katanya, hujah tersebut begitu prejudis terhadap penganut Islam yang kini telah pun dihina dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan tidak berasas yang jelas menjejas imej Islam.

    "Hakim bukan kebal, dan tidak boleh bercakap sesuka hati terutama perkara yang menyentuh ajaran Islam," katanya.

    "Jika terbukti menghina ajaran Islam, hakim ini mesti dikenakan tindakan," katanya yang juga tidak menolak kemungkinan membawa perkara ini kepada Majlis Raja-raja.

    Beliau turut menunjukkan beberapa keratan akhbar arus perdana yang menyiarkan hujah hakim tersebut kepada wartawan pada sidang media tersebut, dan turut menerima banyak panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) daripada orang awam yang cukup tersinggung dan marah dengan kenyataan tersebut.

    Rabu lalu (12 Julai), Mahkamah Persekutuan memutuskan peraturan sekolah melarang pelajar Islam memakai serban tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan agama.

    Keputusan itu merujuk kes rayuan tiga pelajar memohon pengisytiharan bahawa penyingkiran mereka daripada Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan atas alasan memakai serban sembilan tahun lalu sebagai tidak sah dan batal.

    Hakim tersebut dipetik sebagai berkata, antaranya ialah "Saya tahu Rasulullah memakai serban. Tetapi baginda juga menunggang unta..."

    "Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang?"

    Beliau juga dilaporkan berkata, "serban telah menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi negara ini. Apa yang turut menarik ialah sehingga sekarang pun tidak ramai daripada mufti dan hampir tiada hakim Mahkamah Syariah memakai serban."

    Rakyat, suatu ketika digemparkan dengan kenyataan seorang pemimpin tertinggi yang dianggap menghina Rasulullah berkaitan soal janggut, beliau yang dipetik sebagai berkata " janggut Rasullullah tidak dipotong sebab zaman itu tidak ada pisau cukur" dan pemimpin tersebut sehingga kini pemimpin tersebut tidak didakwa ataupun dikenakan sebarang tindakan.

    Katanya, PAS akan melancarkan kutipan derma dalam masa terdekat di seluruh negara bagi membantu keluarga ketiga-tiga pelajar terbabit yang tidak mampu membayar kos penghakiman kes tersebut yang katanya, hampir RM100,000.00

    Pertikai Hukum Sunat Boleh Jjas Aqidah - ulama

    Pertikai hukum sunat boleh jejas aqidah - ulama PDF
    Fri | Jul 14, 06 | 03:58:27 PM
    Oleh Rizal Tahir

    KOTA BHARU, 14 Julai (Hrkh) - Biar pun ada pihak tidak mahu isu larangan pakai serban disensasikan, namun ia tidak mampu membendung rasa kecewa dan marah umat Islam, lebih-lebih lagi menyentuh amalan sunnah Rasulullah s.a.w.

    Pelbagai pihak ketika ditemui di sini terkejut kerana hakim yang beragama Islam dalam penghakiman kes tersebut dikatakan mempersenda amalan sunnah yang sepatutnya dijunjung tinggi umat Islam.

    Bekas pensyarah Akademik Islam Universiti Malaya, Ustaz Mohamad Mustafa berkata, hujah yang dirujuk dalam penghakiman dalam kes terbabit cukup dikesali dan boleh menggelirukan umat Islam.

    "Memang diakui memakai serban adalah amalan sunat, tetapi apabila kita cuba memperlekeh hukum sunat itu ia boleh mendorong kepada rosak aqidah.

    "Apa-apa hukum yang sunat, kita tidak boleh memperlekehnya dan cuba membanding pula dengan situasi agama lain," katanya yang juga Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

    Menurutnya, cara mahkamah membuat perbandingan, orang jahiliah memakai serban dengan serban orang Islam amat tidak wajar kerana ia dalam konteks berlainan.

    "Macam juga ibadat haji, orang jahiliah juga mengerjakan haji cara dia. Adakah kita nak samakan haji kita dengan haji orang jahiliah," katanya kesal.

    Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abdul Hamid Mohamed dalam penghakiman bertulis Rabu lepas dilaporkan menolak rayuan tiga bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan yang disingkirkan dari sekolah kerana memakai serban sembilan tahun lalu.

    Hakim tersebut dipetik sebagai berkata, Islam bukan sekadar memakai serban dan janggut. Arab Jahiliah termasuk Abu Jahal juga memakai serban dan berjanggut.

    Mahkamah Persekutuan turut memutuskan peraturan sekolah melarang pelajar Islam memakai serban tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan agama.

    Berikutan keputusan itu, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa Nasional, Prof Madya Mohd Ali Hassan dilaporkan meminta isu tersebut tidak disensasikan.

    Mohamad berkata, biar pun kita akur dengan undang-undang yang ditetapkan di sekolah, namun apabila ada pihak mempertikaikan ibadat sunat ia tidak boleh dibiarkan kerana boleh menggelirukan umat Islam.

    "Hukum yang sunat memang tidak menjadi kewajiban untuk dilaksanakan, tetapi kalau ada orang mengamalnya ia patut dipuji. Kita juga ingin bertanya mengapa hukum yang wajib iaitu melaksanakan undang-undang Islam juga tidak dilaksana sekiranya kita hendak persoalan hukum sunat atau wajib," ujarnya.

    Peguam syarie, Wan Azimin Wan Adnan berkata, hujah penghakiman yang digunakan dalam kes pemakaian serban tiga pelajar sekolah di Negeri Sembilan boleh menggelirukan orang ramai.

    "Sepatutnya alasan penghakiman lebih tertumpu kepada fakta undang-undang berkaitan dengan kes dan bukannya membuat huraian mengenai hukum sunat yang diamalkan umat Islam," katanya.

    Sarjana Syariah, Ustaz Mohd Saiba Yaacob, 37 turut berhujah apabila orang Islam yang akil baligh mempertikaikan amalan sunnah, ia boleh membawa kepada rosak aqidah dan menjadi fasik.

    Oleh itu menurutnya, perkara itu tidak boleh didiamkan begitu sahaja biar pun nampak kecil pada sesetengah orang yang tidak menjadikan agama sebagai amalan harian kehidupan mereka.

    Kata beliau sepatutnya dalam isu tersebut pelbagai pihak perlu mempertahankan pendirian pelajar terbabit kerana sanggup melakukan amalan sunnah.

    "Kita juga hairan pelajar yang disifatkan warak dengan amalan sunat pula dibuang dari sekolah dan pelajar yang teruk disiplinnya dipertahankan.

    "Ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam Hadhari yang sering dijaja pemimpin negara sekarang," katanya.

    Anggota Jawatankuasa Persatuan Muslim India Kelantan, Musa Amin, 47 berkata, amalan songsang yang cuba mempersendakan agama kini semakin berleluasa kerana pemimpin negara juga tidak berminat kepada Islam.

    Surat Pilihan: Isu Serban, Kenapa Hakim Guna Logik Akal Dalam Hal Agama?

    Surat pilihan: Isu serban, kenapa hakim guna logik akal dalam hal agama? PDF
    Fri | Jul 14, 06 | 04:04:04 PM
    Oleh Azril

    su di Mahkamah Persekutuan 12 Julai lalu adalah sama ada Peraturan-Peraturan Sekolah 1997 yang melarang pemakaian serban oleh pelajar sebagai sebahagian pakaian seragam sekolah, melanggar atau tidak Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

    Kes ini melibatkan rayuan tiga orang murid sekolah yang sebelum ini menuntut bahawa tindakan guru besar SK Felda Serting, Negeri Sembilan membuang mereka daripada sekolah pada tahun 1997 kerana enggan menanggalkan serban pada waktu sekolah sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dalam bab kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

    Saya dapat bersetuju bahawa Peraturan-peraturtan Sekolah 1997 itu mungkin tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan tambahan sekolah berkenaan memaklumkan bahawa murid-murid tersebut cuma dilarang berserban pada waktu sekolah tetapi dibenarkan berserban di surau dan di luar waktu sekolah.

    Mungkin dalam hal ini dengan mengambil kira suasana ataupun enviromen sekolah kebangsaan, tepatlah tindakan guru besar itu.

    Barangkali sebagaimana dimaklumkan mahkamah, bapa para pelajar berkenaan sepatutunya menghantar anak-anak mereka itu ke sekolah-sekolah agama atau pengajian pondok dimana suasana ataupun enviromen pendidikannya berbeza.

    Bagi saya setakat ini sekolah-sekolah kebangsaan sudah pun agak terbuka dalam bab amalan Islam ini khasnya dalam pakaian seragam sekolah (lelaki berseluar panjang dan perempuan dibenarkan bertudung) berbanding awal tahun 70-an dahulu dan waktu sebelumnya di mana ia bukan merupakan sebahagian daripada pakaian seragam sekolah.

    Begitu juga murid-murid sekolah kebangsaan diizinkan solat Jumaat di masjid berhampiran (khasnya bagi sesi petang) dan didirikan surau dan diberikan keizinan untuk mereka solat zohor dan asar di sekolah.

    Jadi saya dapat bersetuju dalam amalan berserban ini mungkin ia tidak dapat diberikan kelonggaran oleh sekolah-sekolah kebangsaan.

    Namun demikian apa yang saya kecewa terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan semalam adalah beberapa aspek hujah penghakiman yang saya kira longgar dan tidak tepat khasnya yang membabitkan permasalahan hukum dan amalannya.

    Saya kecewa bagaimana hakim yang beragama Islam dapat berhujah mengikut logik akal dalam bab yang melibatkan permasalahan hukum Islam. Dan dalam hal ini saya kira hujah yang digunakan oleh hakim berkenaan kalau pun bermaksud mengukuhkan pandangannya sebenarnya telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w.

    Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abd Hamid Mohamad dalam penghakimannya yang telah dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah menyebut antara lain (NST):

    I accept that the Prophet wore a turban. But he also rode a camel, built his house and mosque with clay walls and a roof of leaves of date palms, and brushed his teeth with the twig of a plant.

    Does that make riding a camel a more pious deed than traveling in an aeroplane? Is it preferable to build houses and mosques using the same materials used by the Prophet and the same architecture adopted by him during his time.

    Dan laporan dalam Utusan berbunyi: Saya tahu bahawa Rasulullah memakai serban. Tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi. Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang?

    Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti pada zaman baginda?

    Beliau berhujah lagi dalam laporan The Star: The pagan Arabs wore turbans and kept beards. It was quite natural for the Prophet, born into the community and growing up in it, to do the same.

    Dan laporan Utusan berbunyi: Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian.

    Saya sendiri tidak memiliki Authority untuk berhujah bab ini cuma sebagai seorang Muslim saya dididik bahawa Sunnah dalam Islam bermaksud segala perkataan, perbuatan dan keizinan (Af'al, Aqwal, dan Taqrir) Rasulullah s.a.w.

    Kebetulan Rasulullah s.a.w. adalah seorang berbangsa Arab dan hidup kira-kira 1,400 tahun dahulu namun itu tidak menjadikan segala Sunnahnya sebagai Archaic atau kuno ataupun ketinggalan zaman. Soal sama ada kita mampu menurutinya ataupun tidak itu soal kedua, tetapi jangan sekali-kali kita menghina, mencabar atau mempertikaikannya.

    Kalau kita mahu Apply logik akal semata-mata mengapa kita tidak pertikaikan al-Quran itu sendiri yang sehingga hari ini kita yang berbangsa Melayu ini membaca dalam bahasa Arab hatta dalam solat dan doa-doa kita? Mengapa tak kita Melayu atau Inggeriskan sahaja termasuklah laungan azan?

    Saya percaya hakim berkenaan bila tiba bulan Ramadan akan turut membeli buah kurma dan berbuka dimulakan dengan memakan kurma. Mengapa tidak telan rambutan atau durian sahaja?

    Kita mungkin tidak bersetuju yang serban itu menjadi pakaian di sekolah-sekolah kebangsaan sebagai pebahagian daripada pakaian seragam (walaupun kita tidak mempertikaikan serban anak-anak Sikh, sama ada ia wajib ataupun sunat menurut agama mereka, kerana Karam Singh Walia tak pun gunakan serban semasa keluar TV), dan mungkin juga tidak bersetuju tentang kanak-kanak sekolah kebangsaan yang berjanggut.

    Walaubagaimanapun jangan sampai kita menyatakan serban dan janggut itu sekadar kebetulan amalan Rasulullah kerana ia amalan penduduk Arab pada zamannya.

    Di sinilah bahayanya apabila logik akal semata-mata digunakan untuk berhujah dalam bab agama. Bayangkan bagaimana persepsi masyarakat bukan Islam apabila membaca keputusan ini. Malah akhbar The Star dengan bangga meletakkan tajuk akhbarnya pada 13 Julai: Islam is not about turban and beard

    Saya rasa hakim berkenaan perlu diberikan kaunseling oleh pihak berkuasa agama. Kalau ternyata beliau jahil berkenaan Islam sewajarnya samada JAKIM, JAWI, Pejabat Mufti atau sesiapa sahaja yang kasih dan bersedia mempertahankan Islam perlu bangun dan mengambil inisiatif memberikan penerangan dan tarbiyah kepada hakim ini dan mereka yang seumpama beliau yang duduk ditahap membuat keputusan seumpama ini.

    Jangan dibiarkan dan jangan dipandang kecil perkara ini. Kemudian hari saya percaya akan banyak lagi kes-kes yang melibatkan amalan dan kepercayaan Islam dibawa untuk pengadilan. Kalau beginilah pemahaman hakim-hakim berkenaan Islam, nescaya gelaplah masa depan Islam dalam negara ini.

    Lihat Makhluk Menyeramkan



    PAMERAN: Nisan yang dibawa dari Bagan Nakhoda Omar,
    Sabak Bernam, Selangor.


    Muzium Sultan Alam Shah tempatkan pengamal perubatan tradisional jika ada pengunjung diganggu


    SHAH ALAM: Pasti ramai tegak bulu roma ketika mendengar cerita seram mengenai keranda terbang, toyol, jenglot dan makhluk Nyai Blorong, apatah lagi jika ia berada di depan mata.

    Masyarakat Melayu, seperti masyarakat lain di dunia, mempunyai pelbagai cerita rakyat dan seram yang sering diulang cerita kepada anak cucu sebagai pengajaran pengajaran atau sekadar menakut-nakutkan mereka.

    Sama ada benar atau sekadar cerita dongeng, sebahagian besar masyarakat negara ini, tidak kira yang tinggal di desa mahupun di bandar raya besar, masih ada yang percaya kewujudan hantu dan jin.

    Tidak percaya? Lihat sendiri apa yang dikatakan makhluk ghaib di `Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda & ...', di Muzium Sultan Alam Shah yang berlangsung mulai 4 Julai hingga 4 Oktober ini.

    Pameran berkaitan misteri jin, hantu dan keranda serta makhluk lain ciptaan Tuhan itu adalah untuk memberi pemahaman berkaitan kewujudan makhluk berkenaan dalam kehidupan manusia, sama ada disedari atau tidak.

    Ia membabitkan pameran 70 artifak pada satu sesi pameran. Selain bahan pameran utama seperti kubur, keranda, hantu pocong, penjara dan tempat gantung, bahan pameran yang kecil ditukar setiap dua minggu.

    Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Selangor, Mohd Lotfi Nazar, berkata selain dikumpul pihak muzium, bahan pameran itu diperoleh menerusi kerjasama dengan pengumpul persendirian yang sudi berkongsi artifak bercirikan alam ghaib.

    Katanya, pameran itu adalah satu usaha Lembaga Muzium Selangor menyampaikan maklumat berbentuk ilmiah mengenai makhluk alam ghaib, selain memberi kesedaran bagaimana tipu daya syaitan dan jin boleh menyesatkan akidah akibat pengamalan ilmu hitam.

    Pameran itu juga mendidik pelawat mengenai kepentingan untuk kembali kepada ajaran agama yang dianuti bagi menghapuskan amalan dan hasutan syaitan serta ketakutan kepada hantu dan makhluk halus.

    Ia turut memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan makhluk halus yang menjelma dalam bentuk nyata seperti toyol, jin yang diperangkap dalam botol, barongan dan jenglot.

    "Tugas mencari bahan pameran untuk pameran tiga bulan ini juga mencabar. Ketika mendapatkan batu nisan kuno dari tapak perkuburan lama di Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam, kami diminta menyelesaikan kerja sebelum jam 4.30 petang bagi mengelak terkandas di kawasan itu selepas air pasang," katanya.

    Beliau berkata, tapak perkuburan lama itu sudah lama tenggelam dalam selut di pesisir pantai berkenaan.

    Katanya, ketika membawa keluar batu nisan kuno dipercayai milik seseorang yang berasal dari Aceh, ada makhluk halus menjelma dan cuba mengikut mereka pulang.

    Bagaimanapun, pengunjung tidak perlu risau diganggu makhluk halus kerana pengamal perubatan tradisional ada ditempatkan di pameran itu untuk membantu memulihkan semangat mereka selain petugas St John Ambulans.

    FAKTA
  • Pameran dibuka setiap hari mulai jam 9.30 pagi hingga 10 malam.
  • Bayaran masuk bagi pengunjung dewasa - RM5
  • Bayaran masuk bagi pelajar dan kanak-kanak bawah 12 tahun - RM2.

    Bahan pameran:
  • Toyol
  • Jin yang meniduri wanita
  • Jenglot
  • Keranda
  • Pocong
  • Ikan Duyong
  • Peti berukir ayat al-Quran
  • Pintu gerbang berukir ayat dari surah al-Baqarah
  • Barongan
  • Patung wayang kulit diperbuat daripada kulit manusia
  •  

    Sample text

    Sample Text

    Sample Text