Pages

Ads 468x60px

Thursday, March 30, 2006

Denda RM300 tiga kali tak solat Jumaat


BH-30/3/2006
PASIR MAS: Seorang buruh kampung didenda RM300 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam selepas mengaku bersalah tidak mengerjakan solat Jumaat selama tiga minggu berturut-turut di masjid mukimnya.


Mohamad Taib, 68, mengaku bersalah mengabaikan solat Jumaat itu sebaik mendengar pertuduhan dikemukakan terhadapnya oleh Pegawai Pendakwa Syarie, Rohani Kadir.

Pendakwaan berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Tertuduh ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Pasir Mas selepas membuat pengawasan selama dua bulan terhadap masjid tempat tertuduh sepatutnya datang berjemaah.

Rohani memberitahu mahkamah, pegawai jabatan itu serta jawatankuasa masjid mukim terbabit mendapati tertuduh tidak hadir solat Jumaat sepanjang dua bulan terbabit.

Dalam rayuannya, Mohamad merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak hadir bersolat Jumaat kerana lelah tetapi tidak mengemukakan sebarang bukti masalah kesihatan yang dialaminya.

Ketika membacakan keputusannya, Mohd Hafiz berhujah, masalah lelah yang didakwa dihadapi tertuduh itu tidak boleh dijadikan alasan tidak mengerjakan solat Jumaat.

Difahamkan, tindakan undang-undang terhadap umat Islam yang mengabaikan solat Jumaat itu adalah antara kes terpencil di negeri ini sejak pindaannya dikuatkuasakan pada 1994.

"Itu bukan alasan. Sepatutnya, masalah lelah itu mendorong awak untuk lebih dekat kepada Allah. Orang macam awak perlu lebih dekat dengan Allah ketika menghadiri solat Jumaat selepas ini," katanya.

Beliau berhujah hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh adalah untuk membawanya ke landasan benar daripada perbuatannya yang selama ini menjauhi masjid. Tertuduh kemudian membayar denda.

Difahamkan, tindakan undang-undang terhadap umat Islam yang mengabaikan solat Jumaat itu adalah antara kes terpencil di negeri ini sejak pindaannya dikuatkuasakan pada 1994.

Enakmen itu menetapkan menjadi kesalahan kepada umat Islam yang gagal mengerjakan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut di mukim mereka bermastautin.

Jawatankuasa masjid mempunyai kuasa untuk melaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) mengenai kegagalan mana-mana ahli kariahnya yang gagal berbuat demikian untuk diambil tindakan.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text