Pages

Ads 468x60px

Wednesday, March 08, 2006

Lelaki hadapi tuduhan nikah dua beradik

Lelaki hadapi tuduhan nikah dua beradik




KOTA BHARU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam di atas tuduhan mengahwini adik iparnya ketika masih beristerikan kakak wanita itu.

Aziz Mohamad, 42, dari Tumpat didakwa mengahwini adik iparnya, Aishah Mohd Taib, 26, di Narathiwat, Selatan Thailand, 20 Disember tahun lalu.

Ketika melakukan kesalahan itu, dia didakwa masih lagi mempunyai hubungan sebagai suami isteri yang sah dengan kakak wanita terbabit, Zainab Mohd Taib, 30.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (KJS) Kelantan 2/85, yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Di mahkamah sama, Aziz dan Aishah menghadapi tuduhan bersekedudukan antara 20 Disember 2005 dan 31 Januari lalu di sebuah kedai milik mentuanya dekat Kampung Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 9 (2) enakmen sama, yang jika sabit kesalahan, masing-masing boleh didenda sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abdullah Man, manakala pasangan terbabit tidak diwakili peguam.

Abdullah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada pasangan terbabit sebaik tuduhan dibacakan apabila mereka mendakwa tidak memahami pertuduhan dikenakan itu.

Ketika ditanyakan Abdullah mengenai pertuduhan itu, Aziz berkata, dia sudah menceraikan isteri pertamanya (Zainab) dengan talak satu kira-kira sebulan lalu.

"Saya sudah tinggal (bercerai) dengan isteri saya itu (Zainab) sebulan lalu," katanya.

Berikutan kenyataan tertuduh itu, Abu Bakar memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan kes terbabit sehingga hari ini bagi membolehkan pasangan itu memahami pertuduhan yang dikenakan.

Abdullah meluluskan permohonan itu dan memerintahkan pasangan terbabit ditahan di lokap sehingga dihadapkan semula ke mahkamah, hari ini.
 

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text