Rampas Masjid Mujahidin tidak sah - Hakim
Fri | Mar 17, 06 | 12:28:54 PM
Oleh - SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) merampas Masjid Mujahidin, Damansara dan melantik ahli jawatankuasa yang baru sebagai tidak sah.
Hakim Dato' Alizatul Khair membuat keputusan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Dalam keputusannya itu, Alizatul berkata, tindakan Mais merampas masjid itu dan melantik Majlis Penasihat Masjid pada tahun 2001 sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Enakmen Pentadbiran Undang-undang dan Kaedah Pegawai Masjid 2001.
Pihak defendan iaitu Mais diarahkan membayar segala kos kes itu.
Pada tahun 2001, Jabatan Agama Islam Selangor telah merampas Masjid Mujahidin di Damansara, Selangor dari pentadbiran Jawatankuasa yang dipilih oleh anak kariah masjid tersebut. Masjid itu juga bukan dibina oleh kerajaan tetapi melalui usaha dan kutipan derma penduduk tempatan.
Nazir Masjid ketika itu, Yusof Ludin dan Imamnya, Dr Mahfuz telah dan dua yang lain telah menyaman Mais kerana tindakan tersebut.
Mereka diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Mohamad Fadli manakala Mais diwakili oleh Puan Jamilah.
Lima lagi kes menunggu
Ekoran keputusan kes Masjid Mujahidin ini, lima lagi kes yang hampir serupa bakal menghantui Mais selepas kelima-limanya juga telah memfailkan saman terhadap Mais.
Masjid itu adalah Masjid Jubli Perak, Bangi yang dirobohkan, Masjid Hidayah Kelana Jaya, Masjid Fatimah Az Zahra Ampang serta surau Ar Rashidin Gombak dan Masjid Proton di Shah Alam.
Friday, March 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment