Pages

Ads 468x60px

Wednesday, March 22, 2006

Gagal Bayar Zakat Boleh Dipenjara

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD- UM-22/3/2006

KUALA LUMPUR 21 Mac - Penduduk Islam di Selangor yang gagal membayar zakat boleh dihukum penjara atau denda apabila Enakmen Zakat negeri itu mula dikuatkuasakan selewat-lewatnya tahun depan.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, langkah tersebut wajar kerana hukuman menunaikan zakat dalam Islam adalah wajib bagi mereka yang layak.

Beliau berkata, rancangan MAIS itu sama dengan langkah Kerajaan Pusat yang menguatkuasakan pembayaran cukai pendapatan dalam bentuk undang-undang kepada semua rakyat di negara ini.

``Enakmen ini adalah satu enakmen baru dan MAIS bersedia ke arah menguatkuasakannya.

``Sebelum dikuatkuasakan, kita kini giat menyediakan prasarana secukupnya bagi memudahkan penduduk Islam di Selangor membayar zakat,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian pelantikan ejen kutipan zakat antara Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan Bank Bumiputra Commerce (BCB) serta Kumpulan EON Bank.

Mohamad Adzib berkata, pada peringkat ini MAIS masih membuat kajian terperinci termasuk mendapatkan pandangan alim ulama berhubung penguatkuasaan enakmen tersebut.

Dalam pada itu, beliau yang juga pengerusi LZS berkata, usaha MAIS menguatkuasakan zakat dalam bentuk perundangan bermula apabila Pusat Zakat Selangor (PZS) ditukarkan kepada lembaga pada 1 Februari lalu.

``Inilah tujuan MAIS menukarkan Pusat Zakat Selangor kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana kita mahu agensi kita ini mempunyai autoriti,'' ujarnya.

Selepas enakmen berkenaan diwartakan (tahun depan), beliau berkata, MAIS akan memastikan kerja-kerja penguatkuasaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

``Jika segala-galanya berjalan lancar Selangor adalah negeri kedua mempunyai enakmen zakat selepas Kedah,'' ujarnya.


No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text