|
|
KUALA LUMPUR 17 Mac - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengisytiharkan pernikahan peguam, Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Nor Hayati Yahaya di Perlis tidak sah mengikut hukum syarak.
Hakim Syarie Zaim Md. Yudin juga memutuskan pernikahan itu tidak boleh didaftar selepas prosiding perbicaraan secara tertutup selama hampir sejam.
Zaki diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais dan Mohd. Sabri Zakaria manakala Nor Hayati diwakili oleh peguam syarie, Dr. Mohd. Radzuan Ibrahim.
Sementara Zaki dan Nor Hayati tidak hadir di mahkamah hari ini.
Dalam permohonan yang difailkan pada 16 Julai 2005, Zaki, 61, yang diijab kabul dengan Nor Hayati, 34, oleh seorang kadi dari Thailand memohon untuk mengisytiharkan pernikahannya itu tidak sah menurut hukum syarak.
Zaki mendakwa mereka telah dinikahkan secara wali hakim oleh seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai kadi dari Thailand.
Zaki juga mendakwa telah melafazkan cerai talak tiga terhadap Nor Hayati pada 10 Julai 2005 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) akibat tiada persefahaman setelah timbul pertengkaran.
Nor Hayati dalam afidavit pembelaannya bertarikh 22 September 2005 pula memohon mahkamah menolak permohonan Zaki untuk mendapatkan perisytiharan tersebut.
No comments:
Post a Comment