Pages

Ads 468x60px

Wednesday, March 08, 2006

JHEAIK kesan sijil nikah palsu

JHEAIK kesan sijil nikah palsu


KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) tidak menolak kemungkinan sijil nikah palsu dikesan di negeri ini, didalangi orang dalam yang menjual borang nikah kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarahnya, Datuk Ismail Latiff, berkata ia kerana borang nikah hanya boleh diperoleh daripada imam mukim apabila ada permohonan anak mukim yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Katanya, sindiket itu dipercayai menjalin kerjasama dengan kakitangan jabatan agama yang sanggup menyerahkan borang nikah kepada pihak tertentu bertujuan diulang cetak di negara jiran.

"Borang nikah yang diulang cetak itu dikesan memiliki ciri-ciri sama dengan borang asal JHEAIK dan boleh digunakan bagi membantu pasangan bermasalah melangsungkan perkahwinan seperti poligami atau menghadapi halangan ibu bapa.

"Saya menerima laporan ramai pasangan Islam yang berkahwin di negara jiran terpaksa berkahwin semula di negeri ini apabila merujuk surat nikah di jabatan agama untuk pengesahan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan No II/ 1985.

"Perkahwinan itu dilangsungkan menggunakan khidmat imam tetapi individu itu sebenarnya tidak memiliki tauliah sebagai imam yang dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) kerana pernah disabitkan melakukan kesalahan jenayah syariah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan, jumlah pasangan negeri ini yang berkahwin atau berpoligami di negara jiran serantau, meningkat hampir 40 peratus sepanjang tahun lalu.

Seramai 1,283 pasangan dikesan berkahwin di negara jiran termasuk Thailand, Kemboja dan Indonesia, berbanding 989 pasangan pada 2004, menunjukkan peningkatan 394 kes.

Sepanjang tahun lalu, JHEAIK mengarahkan 40 pasangan Islam yang memiliki sijil nikah palsu merujuk kes mereka kepada pejabat agama berdekatan serta berkahwin semula bagi mengelak dituduh bersekedudukan.

Ismail berkata, pasangan yang berkahwin menggunakan khidmat wali raja dan berlangsung di negara jiran perlu mengemukakan surat akuan daripada Mahkamah Syariah sebelum mendapatkan wali raja.

"Tanpa surat akuan itu, wali raja tidak boleh menjadi wali dan perkahwinan yang dilangsungkan tidak sah dari segi hukum syarak," katanya.

Katanya, beliau meminta pasangan Islam yang bermasalah itu membuat laporan di jabatan agama bagi memudahkan kes mereka disiasat dan mengesan pihak terbabit dengan sindiket memalsukan sijil perakuan nikah palsu ditahan pihak berkuasa.

"Kita sedang mengesan orang dalam jabatan agama dan imam tidak bertauliah yang sanggup menyamar sebagai imam dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan sindiket di negara jiran.

"Sindiket ini terlalu licik dalam menjalankan kegiatannya dan mereka memiliki borang nikah walaupun yang diulang cetak dan mirip dengan yang tulen

1 comment:

amzari said...

Ustaz.. apa komen terhadap artikel Marina Mahathir http://www.bakrimusa.com/archives/our-own-apartheid-by-marina-mahathir

 

Sample text

Sample Text

Sample Text