Pages

Ads 468x60px

Thursday, May 17, 2007

Tips cegah jenayah











Azamin Amin



Thu | May 17, 07 | 01:43:38 PM


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Walaupun
secara asas, umum mengetahui dan pernah mendengar atau membaca sebelum
ini, beberapa info dan tips yang diperolehi kemungkinan dapat membantu
pembaca-pembaca Harakahdaily sebagai langkah awal mencegah dan
menghalang daripada berlakunya jenayah di persekitaran mahupun di
kawasan perumahan.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menghadiri taklimat ringkas dan sesi

dialog Polis Diraja Malaysia daripada cawangan Balai Polis Tun Razak bersama

dengan para penduduk di kawasan penempatan penulis yang dirasakan maklumat

yang diberikan dapat dikongsikan serba sedikit demi menjaga keselamatan

bersama dari segi harta lebih-lebih lagi nyawa.

Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :




Image1. Jangan melawan atau jadi hero!


Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi

anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero

dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh

penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian,

barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna

pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)

Image2. Penyamaran sebagai polis


Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu

menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin

terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda

dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan

kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai

Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad

yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan

tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

Image3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan


Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda

hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini

menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang

boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya.

Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak

kereta.

Image4. Mengeluarkan wang di bank


Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama

dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk

keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau

kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa

berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa

tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut

mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan

tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar

akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal

mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada

kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada

di dalam kereta!

Image5. Jogging di Taman Tasik


Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua

barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan

meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak

belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati

dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di

rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).

Image6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang


Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang

dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi

alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal

ini akan dirahsiakan.

Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta

kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk

direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.

Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan

jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu

atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi

mereka.

7. Pencegahan maksiat


Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang

kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri

masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika

berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta

kerjasama polis dalam hal ini.

Image8. Tangkapan Awam


Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan

anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak

boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian

penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian

hotline.

9. Wanita dan beg tangan


Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan

anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan

raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

Image10. Musim Perayaan


Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu

musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di

kawasan dan rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri


Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan

diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika

ditahan polis anda boleh didakwa.

12. Piawaian polis tiba di tempat kejadian


Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada

aduan atau laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan,

pembunuhan, rompakan, rogol, samun, pecah rumah dsb) dengan tiba ke tempat

kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Kuala Lumpur, masa tiba ke tempat

kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan

untuk menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan.

Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis

berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis

berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

Semoga, tips ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan jika ada

sebarang maklmuat, idea ataupun sesuatu untuk dikongsikan bersama atau

didedahkan kepada pengetahuan umum sila emailkan ke
azaminamin1@yahoo.com







Powered by ScribeFire.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text