Pages

Ads 468x60px

Tuesday, May 22, 2007

Mahkamah nasihatkan wanita disyaki bersuami dua

KANGAR 21 Mei - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menasihatkan seorang wanita yang disyaki mempunyai dua suami pada satu masa supaya tidak tinggal sebumbung dengan suami keduanya bagi mengelak daripada melakukan perkara yang ditegah hukum syarak.

Ku Nas Hafiza Ku Halim, 26, diminta berbuat demikian selagi mahkamah belum memberikan sebarang keputusan berhubung status perkahwinan pertamanya.

Ku Nas Hafiza dinamakan sebagai defendan kedua dalam kes permohonan pembatalan nikah yang difailkan oleh bapanya sendiri, Ku Halim Ku Hassan manakala suami pertamanya, Hasrizal Harun yang dikahwininya di Songkhla pada 2002 sebagai defendan kedua.

Permohonan difailkan Ku Halim pada 12 september 2004 selepas tuntutan pengesahan nikah antara Ku Nas Hafiza dan suami keduanya, Mohd. Solhi Abd. Rahman yang dikahwini juga di Songkhla, pada November tahun lalu diarah ditangguhkan sementara status perkahwinan wanita terbabit bersama Hasrizal disahkan oleh mahkamah.

Penangguhan tuntutan pengesahan nikah itu diputuskan oleh Hakim Zaini Abdul Rahim selepas timbulnya kesamaran berikutan terdapat aduan daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) mengenai status wanita itu yang disyaki masih bersuami.

Rahsia

Berdasarkan rekod mahkamah, Ku Nas Hafiza dan Hasrizal berkahwin secara rahsia di Songkhla ketika wanita itu masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam empat tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas tindakannya itu diketahui keluarga, satu permohonan pembatalan nikah diuruskan di Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla pada September 2004 sebelum Ku Nas Hafiza dikahwinkan dengan Mohd. Solhi pada 30 November tahun lalu, juga di Songkhla.

Urusan perkahwinan terbabit terpaksa dibuat di Songkhla, berikutan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) enggan meluluskan permohonan yang dibuat kerana terdapat keraguan pada status perkahwinan pertama.

Pada prosiding sebutan hari ini, hanya Ku Halim yang diwakili peguam Mohd. Hilmi Sabri dan Ku Nas Hafiza yang hadir, manakala Hasrizal tidak kelihatan kerana masih belum menerima salinan permohonan yang difailkan plaintif.

Mohd. Hilmi kemudian memohon satu tarikh untuk sebutan semula kes terbabit, bagi membolehkan pihak plaintif menghantar saman kepada Hasrizal selaku defendan kedua.

Zaini menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan kes dan meminta pihak plaintif memastikan defendan kedua menerima saman berkenaan sebelum tarikh itu.





Powered by ScribeFire.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text