Pages

Ads 468x60px

Tuesday, May 22, 2007

‘Tangkis ajaran sesat guna laman blog’

'Tangkis ajaran sesat guna laman blog'



SHAH ALAM: Pendekatan baru termasuk mewujudkan laman blog di internet perlu dilakukan untuk mematahkan cubaan pergerakan atau kumpulan ajaran sesat memesongkan akidah umat Islam dengan menjadikan teknologi moden sebagai saluran menyampaikan fahaman salah itu.



Exco Agama, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata pergerakan dan kumpulan ajaran sesat ketika ini semakin berani menyebarkan fahaman salah itu secara terbuka termasuk menggunakan kemudahan teknologi terkini sebagai medium.



Sehubungan itu, beliau berkata, pendekatan digunakan pihak berkuasa agama ketika ini seperti ceramah penerangan dan mengedarkan buku serta risalah tidak lagi sesuai kerana tidak mampu menangkis fahaman itu daripada terus tersebar.



"Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meningkatkan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan, jumlah orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman terpesong itu didapati semakin meningkat termasuk di kalangan berpendidikan dan berjawatan tinggi di sektor awam dan swasta," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Muzakarah Ilmu, di sini, semalam.



Abdul Rahman berkata, untuk memastikan usaha membanteras ajaran sesat di negeri itu lebih berkesan, beliau mencadangkan Jais mewujudkan laman blog di internet untuk dijadikan medan menangkis ajaran dan mematahkan hujah kumpulan terbabit berlandaskan nas dan al-Quran.



"Kita amat bimbang sekiranya perkara ini tidak disekat, ajaran songsang ini boleh merosakkan kesucian agama serta perpecahan umat Islam," katanya.



"Saya melihat, kita tidak boleh menggunakan pendekatan statik lagi dengan hanya mengadakan kelas dan ceramah semata-mata.



"Sebaliknya, pendekatan yang lebih menyeluruh selaras perkembangan semasa perlu dilakukan supaya kita boleh menyaingi serta menghapuskan terus aktiviti ini daripada terus berleluasa di Selangor ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Muzakarah Ilmu yang dihadiri 150 Pemegang Tauliah Ceramah Dakwah, di sini, semalam



Powered by ScribeFire.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text