Pages

Ads 468x60px

Friday, May 18, 2007

Subashini dibenar rayu di Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan seorang wanita mengemukakan rayuan mendapat perintah injunksi menghalang suaminya yang memeluk Islam daripada mendapat hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Syariah.

Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Abdul Aziz Mohamad membenarkan R Subashini merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mac lalu, yang memutuskan beliau perlu ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak, walaupun bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan injunksi interim (sementara) bagi menghalang suami Subashini, Muhammad Shafi Abdullah atau dulunya, T Saravanan daripada menyelesaikan kes itu terlebih dulu di Mahkamah Syariah.



Sementara itu, mahkamah juga meminta peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Mohamed Hanif Khatri supaya berhujah sama ada isu berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam ke sedemikian, boleh diputuskan pada peringkat injunksi interim.

Malik Imtiaz mewakili Subashini manakala Mohamed Hanif mewakili Muhammad Shafi. Tarikh rayuan itu akan ditetapkan kemudian.

Pasangan itu berkahwin pada Julai 2001 dan mempunyai dua anak. Muhammad

Shafi memeluk Islam Mei tahun lalu dan mendakwa anak sulung yang berusia empat tahun, juga memeluk Islam bersamanya.


Isu bidang kuasa itu ialah untuk menetapkan sama ada Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mengisytiharkan perceraian, selain perintah berhubung pembahagian aset perkahwinan,nafkah dan penjagaan anak, dalam keadaan membabitkan seorang mualaf yang pasangannya kekal dengan agama asal.

Jika mahkamah ini kemudian memutuskan bahawa ia perlu dibincangkan pada peringkat awal, pihak terbabit boleh berhujah lanjut mengenai sembilan isu yang

dikemukakan sebelum ini, antara lain membabitkan Perlembagaan dan

percanggahan antara bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Syariah dalam keadaan sedemikian.

Tarikh rayuan itu akan ditetapkan kemudian.

Pasangan itu berkahwin pada Julai 2001 dan mempunyai dua anak. Muhammad

Shafi memeluk Islam Mei tahun lalu dan mendakwa anak sulung mereka yang kini berusia empat tahun, juga memeluk Islam bersamanya.

Beliau kemudian memfailkan permohonan untuk hak penjagaan anak mereka di

Mahkamah Syariah. Berikutan itu, Subashini yang juga bekas setiausaha, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Tinggi Sivil.

Pada masa sama, Subashini juga memohon injunksi untuk menghalang Muhammad Shafi daripada menyelesaikan kes itu di Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi itu, tetapi membenarkan injunksi sementara sehingga rayuan terhadap permohonan injunksi induk itu selesai.

Mahkamah Rayuan pada 13 Mac lalu juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tetapi membenarkan injunksi sementara sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Powered by ScribeFire.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text