Pages

Ads 468x60px

Monday, May 07, 2007

Terpaksa serah anak-anak kepada suami untuk dipelihara mengikut agama Hindu

Posted on Friday, May 04 @ 19:57:41 MYT by din-cryptos
Artikel leh pemudawilayah

"
Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah memutuskan agar Raimah Bibi Noordin seorang muslimah yang baru memeluk Islam untuk menyerahkan hak penjagaan 6 orang anaknya kepada suaminya yang masih beragama Hindu.


Bekas suami beliau, Marimuthu telah memfailkan tuntutan habeas corpus agar Mahkamah membuat perisytiharan bahawa tindakan Jais menahan isterinya, Raimah yang telah memeluk Islam dan enam anaknya serta membawa mereka keluar dari kediaman adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak sah sama sekali.

Perkara ini sudah berlaku, dan saya tidak pasti sama ada kita masih boleh berbuat sesuatu untuk membantu muslimat ini. Kita harus memahami perasaaan seorang ibu yang telah melahirkan 6 orang anak ini dan terpaksa membiarkan anak-anaknya terpisah darinya. Paling malang, anak-anak ini akan dibesarkan oleh ayahnya yang beragama hindu dan peluang untuk mereka mengenali Islam selepas ini mungkin agak terbatas ekoran kuasa penjagaan dibawah ayah mereka.

Berdasarkan fakta perbicaraan, isu perbicaraan banyak tertumpu pada tuntutan berhubung kesilapan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membawa mereka keluar dari rumah bekas suami beliau.

Namun, kita tidak melihat apa sebenarnya yang diingini oleh ibu ini. Isu ini telah diputar belitkan oleh Karpal Singh dan Ramkarpal Singh yang mewakili suami beliau. Mungkin kelemahan dipihak kita untuk tidak menyediakan penasihat undang-undang bagi Ibu ini yang mana beliau tidak tahu tindakan apa yang patut beliau ambil.

Tiada seorang peguam pun yang mencelah atau memberikan khidmat nasihat pada beliau dipihak kita. Ini yang saya risaukan. Adakah kes ini diketahui atau tidak oleh peguam kita.

Kita faham bahawa perlembagaan memberikan hak kepada anak-anak ini memilih agama mereka hanya selepas mereka berumur 18 tahun ke atas. Tetapi ibu ini juga berhak atas mereka pada masa ini, bukan ayah dia sahaja. Jadi adakah keputusan Mahkmah Tinggi ini adil dalam mana Ibu ini tidak diwakili atau tidak mendapat nasihat yang sewajarnya.

Saya tidak yakin pihak JAIS telah memberikan khidmat nasihat kepada ibu ini berkaitan hak beliau dengan baik. Dan paling penting Karpal mungkin memainkan hujah bahawa ibu ini bekerja sebagai penoreh getah dan tidak mampu menyara 6 orang anak ini, padahal ayah anak ini juga penoreh getah.

Serangan psikologi ini mungkin melemahkan si ibu ini yang akhirnya terpaksa mengalah lantaran tiadanya sokongan lain kepada beliau.

Kita seharusnya mewujudkan satu sistem sokongan yang kuat bagi mempertahankan hak saudara-saudara baru kita seperti Ibu ini. Bukan sahaja dari Khidmat Nasihat tetapi dari sudut ekonomi dengan membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Kadang kala kita melihat Jabatan-jabatan Kerajaan hanya tahu mengIslamkan mereka tetapi tiada satu sistem sokongan yang kuat untuk mereka survive dari sudut ekonomi. Saya juga tidak bersetuju untuk kita letakan beban ini pada Kerajaan 100% tetapi Kerajaan juga harus bersikap terbuka untuk menerima bantuan atau kerjasama dari NGOs dan parti Politik seperti PAS.

Dan saya harap agar PAS Selangor mencari jalan bagi membantu muslimah ini untuk mendalami Islam serta menjaga kebajikan beliau selepas ini. Sekurang-kurang kita dapat melakukan sedikit amal jariah kepada wanita malang ini yang sanggup meninggalkan keluarga dan anak-anak beliau demi Islam yang diyakininya. Pengorbanan ini amat besar bagi saya, dan kami sahabat-sahabat Wilayah sudi membantu apa yang termampu jika diperlukan. Jika PAS Selangor dapat mengenalpasti muslimah ini, diharapkan kita dapat bekerjasama membantu beliau.

Semoga Allah menguatkan lagi Iman Muslimah ini dengan ujian ini.

-Herman Samsudeen


-----------------------------------------------------------------------------

Serah enam anak
Oleh Meor Riduwan Ahmad

SHAH ALAM: Biarpun kelihatan sebak dan sedih, seorang ibu, Raimah Bibi Noordin, yang membuat keputusan untuk terus menganut Islam, merelakan keenam-enam anaknya dibesarkan suaminya, seorang penganut Hindu.

Persetujuan kedua-dua belah pihak itu direkodkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam selepas peguam Karpal Singh dan Ramkarpal Singh yang mewakili suami wanita itu, P Marimuthu menarik balik secara rasmi permohonon habeas corpus yang dikemukakan sebelum ini.

Dalam permohonannya yang difailkan pada 16 April lalu, Marimuthu menamakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selaku responden untuk mendapatkan perisytiharan bahawa tindakan Jais menahan isterinya, Raimah dan enam anaknya serta membawa mereka keluar dari kediaman adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak sah sama sekali.

Pada prosiding semalam, sebelum Karpal menarik balik permohonan itu, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Bee Loth Khan mengesahkan tiada sebarang tahanan terhadap Raimah.

Beliau berkata, Raimah seorang yang beragama Islam dan akan terus menganutinya selain bersetuju diberi hak berjumpa anak-anaknya tanpa sebarang sekatan.

Selepas mendengar penjelasan itu, Karpal memohon supaya Raimah, mengesahkan perkara itu secara rasmi di hadapan hakim demi keadilan semua pihak.

Raimah ketika ditanya Su mengesahkan beliau tidak ditahan sesiapa dan bersetuju menyerahkan anak-anak kepada suami untuk dipelihara mengikut agama Hindu.

Karpal selepas mendengar pengesahan itu menarik balik permohonan itu.

Hasil perkahwinan Marimuthu, 44, dan Raimah, 40, yang juga penoreh getah, mereka dikurniakan seramai enam orang anak iaitu M Yooneswary, 12, M Paramila,11, M Hariheren, 8, M Ravindran, 6, M Shamala, 5, dan M Keberan,4.

Dalam notis usul Marimuthu, dia mendakwa bahawa pada sebelah pagi, 2 April lalu, seramai tujuh pegawai dari Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Bahru menyerbu rumah kediaman mereka di No 32, Kampung Baru Tambahan, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Marimuthu mendakwa pegawai terbabit bertindak menahan isteri dan anaknya, dan membawa mereka keluar dari kediaman secara paksa.

Dia mendakwa, anak- anaknya kini berada di bawah tahanan atau kawalan atau jagaan responden di sebuah rumah di Kampung Melayu, Liga Emas di Batang Kali.

Marimuthu memfailkan permohonan tersebut kerana bimbang responden akan memaksa isteri dan anak- anaknya yang berada di bawah tahanan mereka untuk memeluk agama Islam sedangkan ia suatu perkara yang menyalahi undang-undang dan hak asasi.
" -------------------
di petik dari www.tranungkite.net

abd

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text