Penganalisis Perundangan, Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana terikat dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 di mana kuasa Dun dan bidang kuasa mahkamah syariah adalah tertakluk kepada akta tersebut.
“Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahasan di Parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak.
“Tidak kisah siapa (ahli Parlimen) bawa usul tersebut tetapi akta Parlimen ini perlu melalui Jabatan Peguam Negara dan nak lulus bergantung pada Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian semalam.