Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini. Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa.
Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam nanti terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan para pimpinan kita yang mempunyai kuasa, samada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam.T
ahukah anda apa reaksi Presiden MCA contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di kahbar-akhbar tertentu)? Kata Ong Ka Ting:
It was Siti Fatimah’s right to embrace Islam and likewise, it is also her right to return to her original faith. This is a matter for her to decide and no one else.
Ianya merupakan HAK Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga BERHAK untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.
Inilah persepsi bahaya yang kita bimbangkan. Masyarakat bukan Islam merasakan keluar masuk agama itu adalah HAK masing-masing. Mungkin bagi agama-agama lain ianya HAK tetapi bagi Islam tidak, lalu siapakah yang mampu dan berkuasa untuk menyatakan perkara ini ekpada mereka!
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika memberikan komennya terhadap kes ini dalam akhbar THE STAR menyebut:
Renouncing Islam is forbidden unless one has been forced to embrace Islam under duress. If one embraced Islam out of one’s own free will, then one must be subject to Islamic law, and the law forbids the renouncing of Islam because it touches ones faith on the religion.
Tindakan keluar dari Islam dilarang sama-sekali melainkan seseorang itu dipaksa memeluk Islam. Sekiranya seseorang memeluk Islam atas kerelaannya sendiri, ketika itu ianya mesti tertakluk kepada perundangan Islam, dan perundangan Islam melarang seseorang Muslim keluar dari agamanya, kerana ia melibatkan kepercayaan seseorang pada agama itu.
Boleh tak semua pemimpin Islam dalam negara berpegang kepada tafsiran yang sama? Boleh tak kita semua meletakkan nasib dan masa depan Islam dihadapan lebih tinggi dan utama dari fahaman politik masing-masing? Melalui kuasa yang dimiliki oleh kita, yang walaupun berlainan fahaman, tetapi atas aqidah yang satu, demi Allah, perbetulkanlah kelonggaran ini.
Malah Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilaporkan sebagai mengakui bahawa tidak ada undang-undang diperingkat Persekutuan yang melarangs eseorang Muslim dari murtad. Dan dari negeri-negeri yang ada cuma Negeri Sembilan sahaja yang melarang, sementara yang lain tidak.
Inilah puncanya, inilah masalahanya. Sampai bila kita mahu biarkan ia terus begini?Lantaran itu selagi ianya tidak ditangani atas keprihatinan mereka yang berkuasa, maka selagi itulah Islam di negara ini walaupun agama rasmi Persekutuan, tetapi agama yang boleh dipermain-main dan disenda-sendakan.
sumber: http://n32.blogspot.com/2008/05/kes-murtad-mengapa-kita-perlu-prihatin_09.html
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment