PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan kesahihan penukaran
agama seorang pekerja kilang wanita kepada Islam oleh bapanya semasa
berumur tujuh tahun tiga bulan akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel anggota, berkata adalah perlu bagi Mahkamah Syariah mengambil kira sama ada penukaran agama Siti Hasnah Vangarama Abdullah pada 1983 oleh bapanya sebagai sah di hadapan Mahkamah Sivil dan boleh menentukan tuntutannya berhubung dakwaan penukaran agamanya pada 1989 oleh pegawai Perkim dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Katanya adalah terlalu awal di peringkat ini bagi Mahkamah Sivil untuk melayan permohonan Siti Hasnah.