Pages

Ads 468x60px

Friday, June 22, 2007

Kes bersuami dua ditangguh

Kes bersuami dua ditangguh


KANGAR: Mahkamah Rendah Syariah, di sini semalam menangguhkan kes tuntutan pengesahan cerai wanita bersuami dua, Ku Nas Hafiza Ku Halim dengan suami pertamanya, Hasrizal Harun pada 25 Julai ini bagi membolehkan defendan memfailkan pembelaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Zaini Abd Rahim selepas mengambil kira kedudukan Hasrizal iaitu defendan pertama yang baru menerima salinan permohonan difailkan plantif, Ku Halim Ku Hassan.

Bagaimanapun, hanya Hasrizal hadir di mahkamah, manakala Ku Halim dan Ku Nas Hafiza yang juga defendan kedua kes, hanya diwakili peguamnya, Mohd Hilmi Sabri.

Zaini kemudian meminta Hasrizal menyediakan dokumen pembelaan berhubung tuntutan dibuat Ku Halim dan hadir ke mahkamah pada 25 Julai.

"Jika kamu mahu failkan pembelaan atau sebarang dokumen berhubung tuntutan, kamu boleh berbuat demikian sebelum atau pada tarikh ditentukan," katanya.

Hasrizal bagaimanapun hanya berdiam diri dan mengangguk faham. Permohonan itu difailkan Ku Halim selepas tuntutan pengesahan nikah antara Ku Nas Hafiza dan suami keduanya, Mohd Solhi Abd Rahman, yang dikahwini di Songkhla pada November tahun lalu diarah ditangguh, sementara status perkahwinan wanita itu bersama Hasrizal disahkan mahkamah.

Monday, June 18, 2007

Mahkamah tolak permohonan Karpal Singh tukar hakim

Mahkamah tolak permohonan Karpal Singh tukar hakim

SHAH ALAM 18 Jun — Perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diteruskan hari ini setelah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zaki Md. Yassin yang mendengar kes itu menolak permohonan peguam pemerhati bagi keluarga mangsa, Karpal Singh supaya perbicaraan kes berprofil tinggi itu didengar oleh hakim lain.

Karpal Singh, dalam permohonannya sejurus prosiding bermula mendakwa Mohd. Zaki mempunyai pertalian kekeluargaan dengan isteri Hazman Ahmad, yang merupakan peguam bela tertuduh pertama iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, hingga boleh menyebabkan perbicaraan kes itu menjadi berat sebelah.

Mohd. Zaki dalam keputusan lisannya berkata, isteri Hazman telah meninggal dunia dan perkara itu tidak akan menjejaskan kredibiliti mahkamah untuk mendengar dan memberikan keputusan yang adil dalam perbicaraan berkenaan.

Hakim itu berkata, beliau layak mendengar perbicaraan itu kerana pertaliannya dengan arwah isteri Hazman hanyalah tiga pupu.

Beliau kemudian turut menolak satu lagi permohonan Karpal Singh untuk menyoal saksi-saksi kerana menurutnya, perbicaraan itu hanya memerlukan penglibatan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Azilah, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman didakwa membunuh Altantuya, 28, seorang model di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara pukul 10 malam, 19 Okt. dan 1 pagi 20 Okt. tahun lepas.

Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, didakwa bersubahat membunuh Altantuya, dengan Azilah dan Sirul Azhar di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Okt. tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Rogol isteri dipenjara 10 tahun, 4 kali sebatan

Rogol isteri dipenjara 10 tahun, 4 kali sebatan


Zainal Muda.

KUALA TERENGGANU 17 Jun – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat kali sebatan terhadap seorang lelaki atas tuduhan merogol isterinya, empat tahun lepas.

Hakim Zainal Azman Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Zainal Muda, 38, berdasarkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan selepas mengambil kira perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang mengarahkan supaya pasangan itu dipisahkan serta tidak melakukan hubungan seks sebelum kejadian berlaku.

Hukuman penjara terhadap tertuduh ditetapkan dari tarikh dia ditangkap pada 10 Mac 2005.

Mengikut kertas pertuduhan, Zainal dari Kampung Durian Mas, Manir di sini dituduh merogol isterinya di rumah Lot 16061, Kampung Hulu Takir, Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.45 pagi pada 10 Mac 2005.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya, Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam J. Chandra.

Sunday, June 10, 2007

APJRF kaji sistem lantik hakim

APJRF kaji sistem lantik hakim

Oleh NOR ZAINAH NORDIN

PUTRAJAYA 29 Mei – Sekretariat Forum Reformasi Perundangan Asia Pasifik (APJRF) akan menjalankan kajian serantau bagi menentukan sama ada penubuhan suruhanjaya kehakiman yang melantik dan menaikkan pangkat para hakim boleh menjamin kebebasan badan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, kaji selidik itu yang akan diadakan di 40 negara Asia Pasifik akan menentukan apakah sistem dan amalan yang digunakan di negara-negara itu yang terbaik untuk pelantikan para hakim.

''Langkah itu diambil memandangkan terdapat banyak sistem pelantikan hakim yang diamalkan di Asia Pasifik termasuk suruhanjaya kehakiman yang dianggotai oleh hakim untuk melantik hakim seperti di Vanuatu dan Thailand,'' katanya.

Di Filipina, beliau berkata, Majlis Kehakiman dan Majlis Peguam terlibat dalam mencalonkan nama-nama untuk diputuskan oleh Presiden republik itu.

''Kita mahu melihat sama ada ia merupakan satu perkara yang menggembirakan dan ia boleh menjamin kebebasan badan kehakiman kerana kita tidak boleh sahaja bebas tetapi mesti dilihat oleh semua pihak sebagai badan bebas," katanya.

Ahmad Fairuz selaku tuan rumah kepada delegasi Perbincangan Meja Bulat APJRF 2007 mengadakan sidang akhbar pada hari ketiga forum tersebut yang diadakan di Dewan Persidangan Palace of Justice di sini, hari ini.

Persidangan tertutup yang bermula Isnin lalu akan berakhir esok.

Ahmad Fairuz berkata, kaji selidik itu juga melibatkan gaji para hakim sama ada ia perlu berdasarkan gaji sektor swasta seperti yang diamalkan di Singapura ataupun bergantung kepada kadar dan peruntukan yang diluluskan pihak Eksekutif seperti di Malaysia.

Beliau berkata, hasil kajian itu akan dilihat daripada perspektif kehakiman khususnya mengenai sistem mana yang mampu memberi jaminan terbaik kepada kebebasan kehakiman.

Beliau berkata, sistem yang terbaik, sama ada dalam bentuk suruhanjaya kehakiman, pelantikan melalui Parlimen atau oleh Perdana Menteri kemudian akan dicadangkan kepada semua negara yang menganggotai APJRF.

''Kita akan mengkaji sistem di setiap negara dan memutuskan mana satu yang terbaik. Sekiranya tiada sistem terbaik yang ditemui, kita akan mencari satu formula baru sebagai cara terbaik untuk disyorkan pada bidang kuasa masing-masing," katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Australia Kenneth Madison Hayne yang hadir pada sidang akhbar itu berkata, kajian itu akan mengambil masa antara empat hingga enam minggu untuk mengumpul maklum balas badan kehakiman sebelum jawapan itu disusun dan diterbitkan secara bercetak dan melalui laman web.

Monday, June 04, 2007

Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam

Ustaz Zainudin Hashim
Wed | May 30, 07 | 01:17:56 PM

Pendahuluan
Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (buatselama-lamanya)."

Huraian ayat di atas

Allah menjelaskan bahawa antara sebab yang menjadikan seseorang itu menjadi murtad adalah akibat dari kelemahannya untuk bertindak balas ke atas serangan musuh-musuh Islam yang melancarkan serangan dari pelbagai sudut dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh umat Islam kerana lemah daya pemikiran lantaran jahil terhadap agamanya sendiri.

Definisi riddah

Riddah: Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu.

Menurut syara'/istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan.

Dan orang yang melakukan perbuatan riddah itu dinamakan murtad. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad berlainan hukumnya daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu.

Dan orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan jenayah yang menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin terpengaruh dengan da'yahnya, hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam. Pandangan Islam terhadap golongan murtad

Dalam hal ini, baginda Rasulullah s.a.w. telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia". Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie.

Apa yang perlu dibuat ke atas orang yang murtad

Untuk itu orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan 'riddahnya' melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam, jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh.

Hukuman tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan 'dasar kebebasan beragama' atau dasar 'tidak ada paksaan dalam agama' sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad.

Sedangkan maksud 'tidak ada paksaan dalam agama' itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka.

Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin." (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Dari Muhammad bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdul Qari dari bapanya, bahawa seorang laki-laki dari arah Abu Musa Al-Asy'ari telah datang kepada Omar ra, kemudian Omar r.a berkata kepadanya: "Adakah sesuatau khabar dari sebelah barat?"

Ia menjawab: "Ya, ada seseorang lelaki menjadi kafir setelah ia memeluk Islam."

Omar berkata: "Apa yang telah kalian lakukan terhadapnya?"

Ia menjawab: "Kami hampiri dia kemudian kami bunuh dia."

Omar berkata: "Mengapa tidak kamu tahan selama tiga hari, kemudian kamu beri makan sepotong roti tiap hari, dan ia diminta bertaubat agar ia kembali kepada perintah Allah? Ya...Allah, sesungguhnya aku masa itu tidak hadir, dan tidak menyuruh, dan aku tidak reda ketika khabar itu sampai kepadaku." (Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwatta', dan Asy-Syafi'i)

Telah ijmak seluruh ahli ilmu terhadap hukum bunuh orang lelaki yang murtad. Manakala hukuman terhadap wanita yang murtad, jumhur ulamak mengatakan hukumannnya adalah hukuman bunuh juga.

Hanafiah pula berpendapat wanita yang murtad tidak dikenakan hukuman bunuh, kerana ada hadis yang melarang pembunuhan terhadap wanita.

Menurutnya lagi, bagi wanita yang murtad hukumannya ialah memaksanya kembali semula kepada Islam, jika dia enggan hendakalah dipenjarakan sehingga dia memeluk Islam kembali atau sehingga dia mati.

"Telah sabit dari Abu Bakar ra: Bahawa beliau menghukum bunuh perempuan yang murtad." (Hadith riwayat Darquthuni)

"Bahawa seorang perempuan yang biasa dipanggil Ummu Ruman telah murtad dari Islam. Kemudian urusan itu sampai kepada Nabi, maka Nabi menyuruhnya bertaubat jika ia bertaubat maka ia bebas, sedangkan jika ia tidak bertaubat maka ia harus dibunuh."

Meminta si murtad supaya bertaubat

Menurut jumhur, wajib meminta si murtad supaya bertaubat. Ia hendaklah dilakukan sebanyak 3 kali sebelum hukuman mati dijalankan. Hanafiah pula berpendapat, meminta si murtad supaya bertaubat sunat sahaja hukumnya.

Apakah memerangi orang yang murtad termasuk Jihad fi Sabillah dengan makna menurut hukum syara'? Ya, memerangi orang murtad termasuk Jihad fie Sabilillah dengan makna menurut syara', kerana ta'rif jihad sesuai baginya iaitu: Memerangi orang kafir untuk meninggikan Kalimah Allah, sedangkan orang-orang murtad itu adalah orang-orang kafir dan memerangi mereka, untuk meninggikan kalimah Allah.

Bahkan Ibnu Qudamah penulis kitab Al-Mughni menetapkan bahawa memerangi kafir asli.

Ibnu Qudamah berkata : mereka ini - yakni orang-orang Murtad - lebih berhak untuk diperangi, kerana membenarkan mereka boleh jadi orang-orang seperti mereka memujuk untuk menyerupai mereka dan murtad bersama mereka.6 Permulaan kes riddah dalam sejarah Islam.

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini menggugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam, banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah.

Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.

Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Sayidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim.

Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul, bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah.

Hal ini merupakan permulaan Perang Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailimah. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Tindakan yang dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar itu adalah hasil permesyuaratannya bersama para sahabat yang lain termasuk Saidina Omar Bin al-Khattab, mereka berpendapat tindakan memerangi golongan murtad dengan dipancung kepala mereka adalah menepati roh Islam, kerana bagi mereka, golongan yang menolak salah satu daripada rukun Islam, ia bermakna menolak keseluruhan rukun Islam yang lima dan mereka yang terlibat perlu dihukum sampai mati berdasarkan hadith di atas.

Sebab-sebab berlaku riddah di kalangan orang Islam Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antara lain:

1. Mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani.

2. Mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih

3. Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah.

4. Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya.

5. Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian.

6. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat.

7. Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh.

8. Orang yang meninggalkan solat karena berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya.

9. Mencela agama Islam, menghina al-Quran serta hukum-hukumnya dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.

10. Mencela Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan para sahabat.

11. Mendakwa bahawa wahyu turun kepadanya.

12. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.

13. Mencampak al-Quran atau kitab hadith Nabi dengan niat penghinaan.

14. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.

15. Tidak mengamalkan hukum-hukum Islam.

16. Berniat atau berazam untuk jadi kafir pada keesokan hari atau teragak-agak untuk melakukannya, niat dan azam seseorang seperti itu menyebabkan dia jadi kafir pada masa itu juga.

17. Dan banyak lagi yang lainnya.

Perbuatan perbuatan di atas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta berakal, baik lelaki mahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad.8 Syarat sah seseorang itu boleh jadi murtad Seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat, iaitu:

Syarat Pertama Berakal - Oleh itu orang gila dan kanak-kanak tidak boleh jadi murtad dengan melakukan perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhammad, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah berlaku murtad ke atas seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat baligh bukan menjadi syarat untuk berlakunya murtad.

Syarat Kedua Dengan ikhtiar dan kerelaan - Oleh itu kemurtadan orang yang dipaksa berbuat demikian tidak sah. Dia dipaksa untuk murtad sedangkan hatinya tetap tenang beriman dengan Allah Taala.

Penyelesaian gejala riddah menurut kaca mata Islam

Sebab-sebab berlakunya murtad dan cara-cara mengatasinya:

Antara sebab-sebab percubaan murtad ialah: i) Kelemahan iman ii) Tidak ada suasana yang boleh membentuk kekuatan iman. iii) Tidak ada orang yang membimbing. iv) Ada komplot tertentu bagi memecahbelahkan umat Islam melalui ajaran Kristian dan Hindu dengan meminum air holywater dan sebagainya.

Cara-cara untuk mengatasinya: i) Dengan berjaga-jaga daripada terpengaruh dengan ajaran agama yang sesat yang menyeleweng daripada akidah Ahli sunnah Waljamaah. ii) Kesedaran melalui usaha-usaha dakwah. iii)Dikuatkuasakan Akta Pencegahan murtad dan Akta Pemulihan di Pusat-Pusat Pemulihan Akidah di negeri-negeri yang akan digazet dan dilaksanakan secepat mungkin. iv) Mengenalpasti kumpulan/gerakan yang cuba memurtadkan individu/umat Islam dan membuat aduan segera ke Jabatan Agama Islam Negeri yang berdekatan. v) Untuk menguatkan iman, disarankan umat Islam kembali menghayati cara kehidupan Nabi Muhammad SAW yang ditunjukkan kepada kita melalui Al-Quran dan sunnahnya.10.

Gejala riddah di Malaysia semakin serius berlaku Peguam Zulkifli Nordin ada menyentuh berhubung Isu riddah di kalangan orang Melayu/Islam seperti dalam catatan dan pengakuannya:

Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.

Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin.

Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.

Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.

Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .

Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.

Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri rasa hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan...

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.

Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katholik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.

Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad.

Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.

Menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapanya pukul boyfriend dia.

14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta.

Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali.

Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.

Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.

Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir.

Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.

Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492. kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ini boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi".

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian.

Cara kebajikan pula... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, siapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan.

Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.11 Menyorot kes kontroversi Lina Joy yang dapat perhatian Pemuda PAS Pusat

Perbicaraan kes Lina Joy (Azlina Jailani), 42, yang mahu mendapatkan perintah mahkamah supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara mengisytiharkan beliau keluar daripada agama Islam, telah menggugat sensitiviti umat Islam untuk lebih peka terhadap agama Islam.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berharap seluruh umat Islam dalam negara ini mesti prihatin dan sensitif terhadap isu Lina Joy kerana kes itu merupakan suatu petanda terhadap kewibawaan Mahkamah Syariah.

Menurut beliau, itu merupakan suatu kes yang akan menentukan sama ada artikel 121 (1A) itu dapat dipertahankan atau sebaliknya.

"Saya yakin dan percaya bahawa peguam yang mewakili Majlis Islam Wilayah Persekutuan yang diketuai Haji Sulaiman Abdullah akan dapat berhujah dengan baik dan kita berharap ia dapat memastikan kemenangan di pihak pihak berkuasa agama," katanya ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan, di sini, tengah hari tadi.

Beliau berkata, kehadiran Pemuda PAS ke mahkamah adalah untuk memberi sokongan kepada Majlis Islam Wilayah Persekutuan bahawa kes tersebut merupakan kes umat Islam bukan kes individu.

Sementara itu, Adun Anak Bukit, Kedah, Amiruddin Hamzah berkata, setiap keputusan untuk mengisytiharkan diri keluar daripada Islam perlu mendapat mandat daripada mahkamah syariah manakala mahkamah sivil tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membuat keputusan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah seperti yang termaktub dalam 121 (1A).

Menurut beliau, banyak kes sebelum ini yang dibawa keluar menunjukkan bahawa Islam `The law of the land' dan tidak boleh melihat apa yang berlaku di negara lain seperti India dan Australia kerana uniknya kedudukan agama Islam di bawah artikel 3.

Katanya, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan nama Islam di kad pengenalan mempunyai persepsi yang cukup besar bagi membolehkan penganut itu menerima zakat serta membantu penguat kuasa Majlis Agama Islam untuk menangkap mereka sekiranya didapati tidak berpuasa dan makan di khalayak.

"Nama Islam di kad pengenalan itu sebagai dokumen yang penting bukan perkara yang mendiskriminasikan penganut Islam dengan agama lain kerana Islam mempunyai status yang cukup tinggi dan utama," katanya.

Menurut beliau, Islam melarang umatnya murtad dan yang paling penting seluruh umat Islam perlu memikirkan supaya penganut agama Islam tidak ingin sama sekali keluar daripada agama itu.

Sehubungan itu beliau berharap supaya Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh seperti mana yang dikhendaki dalam al-Quran, malangnya kerajaan Malaysia hari ini seolah-olah hanya melaksanakan Islam secara tempelan

"Pelaksanaan Islam secara tempelan iaitu hanya sekadar pada nama akan menyebabkan banyak ruang kosong dalam kehidupan serta menggalakkan pemeluk agama Islam keluar daripada agama suci itu," katanya.

NGO Islam nyata pendirian dan sikap terhadap isu murtad

Perbincangan khas di kalangan wakil-wakil NGO yang beraspirasikan Islam telah diadakan bagi merangka sikap dan gerak kerja bersama untuk menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menubuhkan gabungan yang dinamakan Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA) sebagai rangkaian gerak kerja bersama pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil lebih 50 buah pertubuhan beraspirasikan Islam termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Peguam Pembela Islam (PPI), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Muslim Professional Forum (MPF), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Teras Pengupayaan Melayu (Teras), MUAFAKAT, badan-badan pelajar dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Ia turut dihadiri oleh wakil-wakil taman perumahan, surau, masjid, para peguam, individu-individu yang mendokong aspirasi yang sama, selain para peguam yang terlibat secara langsung mengendalikan kes-kes berkenaan permohonan keluar Islam di negara ini.

Beberapa kes mahkamah yang melibatkan Islam telah timbul akhir-akhir ini seperti kes Muhammad Abdullah@Moorthy, Azlina Jailani (Lina Joy) dan Meor Atiqulrahman. Perkara tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati yang semakin memuncak di kalangan masyarakat Islam di negara ini, berkenaan isu murtad serta kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan perundangan negara.

Mesyuarat PEMBELA telah bersepakat bahawa isu murtad di negara ini sudah berada di tahap yang membimbangkan dan kesal dengan usaha berterusan pihak-pihak tertentu yang bertujuan menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran perundangan.

PEMBELA melihat persoalan status keIslaman dan permohonan untuk keluar dari Islam adalah persoalan yang harus diadili oleh para Hakim yang memahami perundangan Islam di Mahkamah Syariah; dan bukan di Mahkamah Sivil terutama apabila ia melibatkan para Hakim bukan Islam. Gabungan tersebut mengajak semua pihak terutama kerajaan melihat masalah murtad secara jujur dan serius.

Ia percaya masalah tersebut boleh ditangani tanpa menimbulkan sebarang kekecohan sekiranya ditangani dengan bijak. Pihak PEMBELA bersedia untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan bagi mengatasi masalah tersebut.

Masalah murtad dan kedudukan istimewa Islam adalah perkara yang amat sensitif di kalangan umat Islam di negara ini dan sebarang cubaan menggugat kedudukan tersebut akan mengguris perasaan ramai pihak dan bakal mengganggu keharmonian dan kerukunan masyarakat berbilang bangsa.

PEMBELA merasa kesal di atas beberapa komentar yang tidak sepatutnya dibuat dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Islam mengenai Rasulullah (saw) dan sunnah memakai serban.

Sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk bagi menjalankan gerakan menangani masalah murtad dan mengukuhkan kedudukan Islam dalam perundangan negara. Yang terdekat ialah menyediakan memorandum untuk diserahkan kepada para pemimpin kerajaan mengenai masalah murtad.

PEMBELA bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengadakan majlis penerangan, dialog termasuk dengan bukan Islam dan pertemuan dengan pemimpin kerajaan bagi mencari penyelesaian kepada masalah murtad.13 Pandangan Mufti Perak dan Negeri Sembilan mengenai gejala riddah

Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata isu sensitif itu bagaikan "virus yang boleh mengundang maut" dan ianya boleh menghancurkan akidah umat Islam jika terus dibiarkan.

Walaupun hukuman bunuh telah disyariatkan terhadap mereka yang murtad, namun Mahkamah Syariah boleh menggunakan pendekatan secara psikologi iaitu memberi peluang selama tiga hari atau lebih (mengikut budi bicara hakim) untuk mereka bertaubat sebelum hukuman dilaksanakan, katanya dalam kertas kerja pada Konyensyen Kebebasan Beragama dan Isu Murtad: Ke Arah Penyelesaian Yang Praktikal, di Universiti Islam Antarabangsa ) di sini.

Harussani berkata oleh kerana prosedur dan undang-undang Mahkamah Syariah yang berbeza, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan secara seragam. Dalam kertas kerjanya pula, Mufti Negeri Sembilan Datuk

Mustadza Ahmad berkata semua pihak terutama kerajaan, perlu bertegas dalam menangani isu murtad dan mencari jalan penyelesaiannya.

Beliau bersetuju dengan pendapat Harussani mengenai pendekatan secara psikologi itu, dan berharap satu undang-undnag pencegahan dan hukuman berkaitan dengan murtad dirangka dengan mengambil kira aspek hukum yang berkaitan seperti masalah harta benda, pewarisan dan rumah tangga.

"Kegiatan dakwah juga perlu diperkasakan agar masalah murtad tidak berleluasa di kalangan orang Islam," katanya.

Pensyarah undang-undang di UIA Dr Zulkifly Muda berkata kegagalan orang Islam untuk menghayati Islam berpunca daripada umat Islam itu sendiri selain ibu bapa dan pihak berkuasa.

"Mustahil ada orang yang akan murtad sekiranya pentadbir, ibu bapa dan pelbagai pihak mengamalkan ajaran Islam dan ditadbir dengan sistem Islam sepenuhnya," katanya.

Seorang lagi pensyarah undang-undang di UIA, Prof Abdul Aziz Bari, berkata perlembagaan Malaysia tidak mempunyai kecacatan dalam meletakkan kebebasan beragama tetapi ia tidak memberi ruang untuk murtad. "Konsep dan ruang kebebasan asasi di dalam perlembagaan adalah terhad dan spesifik. Ia perlu dilihat dalam konteks yang tertentu dan tidak harus dianggap sebagai hak yang mutlak," katanya.

Murtad - Keprihatinan Sultan Perak membanggakan -Husam Musa

Isu murtad, amat sensitif. Pada masa yang sama, ia amat penting. Malangnya, kadar tindakbalas kerajaan dalam isu ini amat lembab.

Ia mungkin saja boleh mencetuskan keadaan yang merbahaya. Lebih cepat dan responsif kerajaan bertindak dalam isu ini, lebih baik.

Kerajaan mesti lebih bersifat informatif. Dalam kes individu tertentu dikaitkan dengan gejala murtad, kerajaan boleh mengambil inisiatif segera untuk menentukan kesahihan berita seumpama itu sebelum ia mula menyambar menjadi api yang besar.

Dalam isu ada pihak menjalankan kegiatan memurtadkan orang Islam, kerajaan harus datang dengan kenyataan yang meyakinkan untuk menyekatnya, seperti kehendak Perlembagaan Negara. Dalam isu bilangan yang telah murtad yang besar jumlahnya, penjelasan segera harus diberi dan pihak-pihak berkenaan semestinya segera dipanggil untuk dirundingi atau sekurang-kurangnya, mendapatkan penjelasan.

Malangnya, semua peringkat kerajaan lembab selembab-lembabnya. Lagi amat tidak meyakinkan.

Keadaan boleh menjadi parah dengan insiden yang berlaku di Ipoh. Orang ramai tidak boleh disalahkan kerana isu ini memang sifatnya sensitif. Bahkan, kepekaan orang ramai, dilihat dari satu sudut, adalah menggambarkan kepekaan mereka untuk melihat agama mereka terjaga.

Siapa yang memulakan SMS itu, boleh diuruskan oleh polis. Tetapi mengapa kerajaan seakan membiarkan isu ini membara, masih menimbulkan kesangsian saya. Jika kerajaan bertindak pantas, tidak ada pihak boleh mensensasikannya.

Bush, Howard dan Blair, masing-masing telah menggunakan psikologi takut sepenuhnya, dalam perang propaganda mereka.

Di Malaysia, perkauman dan sensitiviti agama selalu meletakkan UMNO/BN dalam kedudukan lebih mudah untuk meminggirkan parti-parti lain.

Kerana itukah kerajaan lembab? Atau sememangnya kerajaan sekarang mengalami sindrom tindak balas yang perlahan dan tidak menentu? L

angkah Sultan Perak memanggil MB baginda dan Ketua Polis Negara, mengadap atas isu ini, harus menyedarkan Perdana Menteri dan juak-juaknya bahawa, dalam isu ini, dan isu yang lain juga, banyak tindakan responsif dan pro aktif boleh diambil dan dengan itu, keamanan negara kita terpelihara.

Langkah Sultan Perak itu, mesti menjadi teladan pemimpin-pemimpin kerajaan. Tidakkah mereka merasa malu atas perlahannya tindak balas mereka dalam isu ini?15

Bantahan ke atas satu lagi bentuk gejala riddah iaitu penubuhan IFC oleh NGO Satu lagi cara untuk menyebar-luaskan gejala riddah di kalangan umat Islam di Malaysia ialah dengan cadangan penubuhan Interfaith Commission (IFC) oleh pihak tertentu yang menjurus untuk memurtadkan sebilangan besar masyarakat umat Islam, dalam isu ini, kerajaan Barisan Nasional membisu seribu bahasa tanpa menyatakan sikap jelasnya terhadap mana-mana pendekatan yang boleh membawa kepada riddah/murtad.

Umat Islam perlu sedar akan cadangan tersebut, kerana jika ia diluluskan, ia bukan sahaja menggugat pihak tertentu sahaja, malah apa yang lebih dibimbangkan ialah golongan remaja yang tipis pegangan mereka terhadap agama Islam di samping suasana persekitaran yang tidak memberangsangkan seseorang muslim/muslimah itu berpegang sungguh kepada ajaran agamanya.

Justeru, kesungguhan badan-badan Islam bukan kerajaan (NGO) bagi membendung gejala riddah itu patut dipuji, kerana ia bersungguh-sungguh untuk memastikan agar golongan remaja Islam khususnya berada pada tahap keimanan yang kental di sisi Allah SWT. Tetapi apakah yang perlu kita tahu mengenai IFC itu?.

Bantah Penubuhan IFC

PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)? IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC? IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC? Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut: Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'. Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

4. Apakah matlamat penubuhan IFC? Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam? Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut: i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of Religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah Norma-norma antarabangsa tersebut ialah: Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,

Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,

Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,

Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti,

Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

iv. Orang Islam bebas untuk murtad Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama... (Artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

v. IFC berhak menentukan status agama seseorang Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC. Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

7. Apakah sikap kita sebagai Muslim? Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun ini telah mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi. Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.

KAMI HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI. MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI. KAMI BERPENDAPAT PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA. JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA SEPATUTNYA MENYEBARKAN RISALAH INI. ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI KEPADA WAKIL RAKYAT ANDA. ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu yang prihatin.

Ahli-ahli ACCIN terdiri dari: Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa), Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam'iyah), Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY.16 Kerajaan didesak tidak teruskan IFC - Teras Pengupayaan Melayu

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid, sangat terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz dalam laporan akhbar baru-baru ini yang dipetik sebagai berkata ketiadaan wakil umat Islam dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) bukanlah satu masalah kerana suruhanjaya itu mempunyai alternatif lain bagi membincangkan isu kepentingan bersama.

Kenyataan Nazri ini seolah-olah menyatakan suruhanjaya ini sudah wujud dan cuma tidak diwakili oleh orang Islam. Sebelum ini, kita semua difahamkan suruhanjaya ini tdk dibenarkan kerana perkara yang menjadi tumpuan IFC berkait rapat dgn hukum hakam.

Teras khuatir kerajaan sudah berpatah balik menurut tuntutan pihak yang mahukan suruhanjaya ini diwujudkan tanpa pengetahuan orang Islam. Jika ini berlaku ia amat berbahaya kerana sebelum ini kita sudah membantah keras penubuhan suruhanjaya ini.

Mekanisma sedia ada seperti Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam, Majlis Fatwa dan Jakim sudah memadai untuk menyalurkan ketidakpuasan hati orang Islam. Bukan tidak ada peluang untuk orang Islam mengadu. Kenapa perlu wujud suruhanjaya ini?

Ruang dalam Mahkamah Syariah untuk bukan Islam sememangnya ada. Seperti contoh, kes seperti Nyonya Tahir. Sekarang kalau kita teruskan juga suruhanjaya ini seolah-olah kita telah menundukkan syariah Islam kepada tunutan orang bukan Islam.

Perkara ini juga akan merendahkan status Islam di negara ini kerana kita tahu status Islam sebagai agama rasmi negara ini, jadi kita sepatutnya tidak mungkin ditundukkan dengan tuntutan ini.

Kita menuntut kerajaan supaya tidak meneruskan fungsi IFC ini dan hendaklah kembalikan kepada saluran sedia ada, mekanisma sedia ada untuk berbincang dengan orang bukan Islam.

Kenyataan media PAS Johor oleh Pesuruh Jaya Dato' Dr Mahfodz Mohammad dan Ketua Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil

PAS Johor memandang serius terhadap isu gesaan Parti Gerakan agar Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dipecat daripada jawatannya dengan dakwaan kononnya beliau terlibat didalam kes penyebaran SMS berhubung isu murtad yang melibatkan pelayar solo negara Datuk Azhar Mansor. Bagi BPPNJ kenyataan dan gesaan tersebut adalah suatu tindakan yang biadap dan celupar serta berniat jahat.

BPPNJ juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu tindakan yang amat jelas menodai, membelakang dan melanggar Perlembagaan Negara dan kontrak sosial yang dipersefahami oleh semua pihak selama ini. Malah bagi BPPNJ kenyataan tersebut juga boleh diterjemahkan sebagai suatu penghinaan kepada institusi Kesultanan dinegara ini lantaran hal yang berkaitan dengan Islam dan kepentingan umatnya adalah tertakluk secara mutlak dibawah kuasa-kuasa Sultan.

Bagi PAS Johor keceluparan dan kebiadapan ini adalah kelangsungan daripada usaha-usaha jahat segelintir pihak yang dengki terhadap perkembangan Islam.

Jika sebelum ini negara telah digegarkan dengan tindakan biadap pakatan IFC yang menyerang Islam secara terang-terangan sehingga membangkitkan kemarahan umat Islam maka tidak mustahil juga tindakan Parti Gerakan ini melalui Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan boleh diterjemahkan sebagai kelangsungan daripada usaha tersebut.

Malah bagi PAS Johor, keberanian Parti Gerakan bertindak biadap dengan menghina institusi Islam jelas berpunca daripada UMNO sendiri yang dilihat bukan sekadar memandang ringan kerisauan umat terhadap pelbagai isu yang melanda khususnya isu murtad malah merekalah jugalah yang memperlekehkannya. Ini dapat dilihat daripada isu fakta 250 000 orang murtad yang telah didedahkan oleh Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Begitu juga lewat isu IFC.

Maka dengan itu PAS Johor mencabar UMNO untuk memperjelaskan pendirian mereka didalam isu ini. Sensitiviti umat Islam telah diusik dan hanya dengan ketegasan UMNO untuk mengambil tindakan terhadap Parti Gerakan adalah ubat terbaik untuk merawatnya.

PAS JOHOR juga secara tegasnya mendesak dengan tegasnya agar Parti Gerakan menarik semula gesaan yang telah dibuat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Raja-raja Melayu atas sikap mereka yang biadap dan celupar tersebut.

Hanya undang-undang syariah yang boleh menentukan isu murtad: hakim

Hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan tidak memberi hak kepada seseorang Islam untuk mengamalkan agama itu sesuka hati, kata hakim Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini.

Hak perlembagaan itu tidak boleh diberi tafsiran yang luas sehingga ianya boleh membatalkan semua undang-undang Islam yang berkaitan dengan cara dan pengamalan yang ditetapkan oleh hukum syarak. "Ini adalah kerana kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan dari kedudukan agama-agama lain". "Pertama inya adalah agama bagi persekutuan dan kedua perlembagaan itu juga telah memberi kuasa bagi negeri-negeri untuk mengkanunkan hukum syarak," kata Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed.

Beliau berkata demikian ketika menolak rayuan habeas corpus oleh sepasang suami isteri Mohmad Ya, 57, Kamariah Ali, 51, dan dua orang lelaki yang lain iaitu Daud Mamat, 62, dan Mat Yaakob Ismail, 56, yang menuntut supaya mereka dibebaskan dari tahanan di penjara Pengkalan Chepa, di Kelantan.

Beliau yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk Allaudin Mohd Sheriff juga telah menolak rayuan mereka berempat yang telah mengaku keluar dari Islam, untuk mendapat pengisytiharan hak kebebasan beragama.

Mohamad Ya dan Kamariah adalah bekas guru agama, manakala Mat Yaakob dan Daud masing-masing bekerja sendiri. Mereka diwakili peguam Jahaberdeen Mohd Yunus, Haris Ibrahim dan Mohana Kumar.

Menurut Abdul Hamid, Seksyen 102 Enakmen Acara Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang memperuntukkan cara-cara sesorang itu memeluk agama Islam atau keluar dari agama itu adalah sah dan tidak bercanggah dengan hak kebebasan beragama.

Beliau juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa Seksyen 102 tidak terpakai keatas perayu berempat kerana mereka bukan lagi penganut agama Islam setelah membuat pengakuan untuk keluar dari agama tersebut.

Soalan samada perayu-perayu itu murtad atau tidak adalah persoalan hukum syarak dan bukan undang-undang sivil, katanya.

Dengan itu hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh memutuskan samada seseorang Islam itu masih beragama Islam atau tidak, walaupun mereka telah membuat pengakuan bahawa mereka telah keluar dari agama itu. Terlalu umum

Berkenaan dengan permohonan pengisytiharan hak kebebasan beragama pula, Abdul Hamid berkata permohonan itu terlalu umum dan bukanlah tugas mahkamah untuk mengkaji semua undang-undang negeri untuk menentukan keperlembagaannya.

Pada 1996, mereka telah dipenjara dua tahum oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru kerana terlibat dalam ajaran sesat.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan Syariah telah menggantikan hukuman itu dengan jaminan untuk berkelakuan baik untuk lima tahun dan memerintahkan supaya mereka melaporkan diri kepada Kadi daerah masing-masing untuk bertaubat.

Pada bulan Ogos 1998, mereka telah membuat pengakuan sumpah berkanun di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Kuala Lumpur bahawa mereka telah keluar dari agama Islam dengan kerelaan sendiri.

Pada Februari 2000 mereka dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang sama kerana mengikari perintah bertaubat yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Mereka juga telah didakwa atas kesalahan cuba keluar dari agama Islam tapi masih belum dibicarakan.

Mereka kemudian membuat perhomohanan habeas corpus dan pengisytiharan kebebasan beragama di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi telak ditolak.

Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah adalah pihak yang memiliki bidang kuasa tertinggi untuk menjalankan hukuman riddah di Malaysia

Ini kerana kedua-dua badan kerajaan itu dianggap paling berkuasa kerana ia di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan dibandingkan dengan badan-badan lain, justeru, keberkesanan peranan atau fungsinya bergantung kepada sejauh mana integriti dan kebebasan yang diberikan kepada keduanya.

Walau bagaimanapun, kita perlu melihat kepada peranan dan tujuan kewujudan kedua-dua badan berwibawa itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, sama ada benar-benar ia diberi kebebasan untuk bertindak menjalankan penguat-kuasaan undang-undang atau sebaliknya, ia dapat dilihat kepada carta aliran pentadbiran kedua-dua badan berkenaan.

Tujuan & Peranan Penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia20 * Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. * Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam * Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. * Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. * Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga. * Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. * Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai * Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya. * Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar * Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat * Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan * Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa * Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

Mahkamah Syariah pula menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan, dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Tetrdapat negeri yang meletakkan Mahkamah Syariah di bawah pentadbiran Pejabat Agama negeri dengan bidang kuasa dan tugas yang berlainan.

Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Kadi Daerah * Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri * Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut * Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar * Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya * Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah * Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid * Menguruskan kes-kes rayuan * Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri) Mahkamah Rayuan Syariah * Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan * Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah * Mengurangkan hukuman * Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara * Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan * Setiap rayuan akan didengar tiga orang ahli daripada jawatankuasa termasuk mufti * Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Bidang Kuasa

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri. Perlembagaan Malaysia 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut: 1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja 2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau 3. Sebulan penjara atau 4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara) Perlembagaan Malaysia 1984 Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut: 1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja 2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau 3. Enam bulan penjara atau 4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau

5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan) Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut: Bil. Negeri Nama Akta / Enakmen Rujukan 1 Johor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 5/1990 2 Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 7/1983 3 Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 3/1991 4 Perak Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak 13/1991 5 Perlis Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis 4/1992 6 Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2/1985 7 Selangor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 4/1984 8 Terengganu Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor 12/1985 9 Kedah Enakmen Keluarga Islam Kedah 1/1984 10 Kelantan Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1/1983 11 Melaka Enakmen Keluarga Islam Melaka 8/1983 12 Sabah Enakmen Keluarga Islam Sabah 15/1992 13 Sarawak Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak 5/1991 14 WIlayah Persekutuan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (A303) 1983 pindaan / (A828)

VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Visi Untuk menjadikan sebuah agensi pusat yang berwibawa bagi merealisasikan penyeragaman sistem perundangan Islam demi menegakkan keadilan

Misi Untuk menyeragamkan peruntukan undang-undang Islam di seluruh negara serta pengendalian kes-kes rayuan secara berkesan dan bersistematik.

Objektif Objektif Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah : * Mewujudkan Undang-Undang Islam berhubung dengan pentadbiran. Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri * Memastikan semua negeri menggunakkan Skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah. * Memastikan kes-kes Mahkamah rayuan dikendalikan dengan adil,cekap dan teratur. * Memanfaatkan penggunaan sistem teknologi maklumat dengan meluas bagi melicinkan pentadbiran

Fungsi Fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah : * Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan penyelarasan prestasi organisasi Mahkamah Syariah di negeri-negeri ; * Menyelaras sistem perundangan Islam dan prosedur kehakiman syariah bagi diterima pakai oleh Negeri-negeri ; * Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah Negeri-negeri yang menerima Skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah ; * Mentadbir dan menyelaraskan kaedah-kaedah, etika dan arahan amalan serta peraturan ke atas semua Pegawai Syariah dan kakitangan di Mahkamah Syariah Negeri-negeri ; * Menguruskan keperluan dan pembangunan sumber manusia yang berkelayakkan dan mencukupi ; * Mentadbir dan menyelaraskan penggunaan sistem maklumat eletkronik di JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri-negeri ; * Membangunkan sebuah Pusat Sumber berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah bagi menyediakan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada para pegawai syariah di seluruh negara dan orang awam ; * Melaksanakan program penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah sesuai dengan kemajuan umat Islam dari segi sosial di negara ; * Merangka dan melaksanakan program pembangunan latihan kepada seluruh Pegawai Syariah dan kakitangan yang melaksanakan tugas samada di Mahkamah Syariah Negeri-negeri, Biro Bantuan Guaman, Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi yang mempunyai kader post perundangan syariah; * Mengendalikan kes-kes rayuan di Mahkamah Syariah Negeri-negeri dengan berkesan dan bersistematik berlandaskan perundangan negara dan enakmen negeri-negeri.

Rujukan

1 Al-Muntakhab Fi Tafzir al-Quran, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam - Kementerian Wakaf Mesir, m.s 50, cetakan September 1985M bersamaan Muharram 1406H.
2 Riddah dan murtad, Raudhah - http://raudhah.com/modules.php? op=modload&name=News&file =article&sid=277.
3 Akidah Akhlak -Riddah, e-Hadith -www.islam.gov.my
4 Faid al-Qodir Syarh Jami' as-Soghir, Imam al-Munawi, m.s 95, juzuk ke-6, Dar al-Ma'rifah, Beirut, 1972.
5 Op.cit.
6 Op.cit
7 http://ms.wikipedia.org/wiki/Saidina_Abu_Bakar"
8 Op.cit_Riddah dan murtad, Raudhah - raudhah dan e-fatwa-www.islam.gov.my.
9 Ibid.
10 http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/99.... dan Al-Mausu~at al-Fiqhiyyah, himpunan Fiqh Kementerian Wakaf negara-negara umat Islam seperti Mesir, Syria dan Kuwait.
11 http://grenbara.bravejournal.com/entry/19529
12 Harakahdaily, Isnin 3 Julai 2006.
13 Malaysia Today¸19 Julai 2006.
14 Bernama 30 November 2006
15 http://cetusan-hati.blogspot.com/2006/11/murtad-keprihatinan-sultan-perak.html
16 www.malaysia-today.net/Blog-s/2005/10/bantah-penubuhan-ifc.html
17 Harakahdaily, 15 April 2007.
18 http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=498&Itemid
19 http://www.malaysiakini.com/news/12437, 2 Ogos 2006 (Arfa'eza A.Aziz).
20 http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia
21 http://www.pmo.gov.my/website

 

Sample text

Sample Text

Sample Text