Pages

Ads 468x60px

Wednesday, May 30, 2007

Tuesday, May 29, 2007

KISAH MURTAD HARTINA KAMARUDDIN

http://www.mail-archive.com/tumpat@yahoogroups.com/msg00113.html

Mon, 13 Sep 2004 09:25:50 -0700


Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak) , jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelak India. Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang.

Setelah melihat keadaannya, baru terlintas di fikiran saya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut. Walaupun kami datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?" Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya . Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 .

Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka. Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu. Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung?.

Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00 petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30 malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu . Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan India , seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India. Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.

Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah di buat pada 24 Mac 1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari.

Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung. Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut. Saya bersama isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja.

Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis . Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.

Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27 Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis ,saya dan isteri pulang ke rumah ,kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang ke rumah pada malam itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya " Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?. " Dia kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah .

Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal.

Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya. Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya. Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah.

Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya? Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.

Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India. Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak. Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam.

Pada 14 April, kira-kira pukul 12.00 tengah malam , Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.

Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar sayayang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan bantuan Jabatan Agama IslamPerak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami menetap di sana sehingga 1 Mei1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman JabatanAgama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinanmereka.

Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripadaHartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimahsyahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahanmengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali.

Surat itu kami hantar keKuala Lumpur. Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina. Rupa-rupanyaia tidak berhenti setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu suratsaman malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak30 juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan JabatanAgama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikanperkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk prosespenukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.

Setelah segala- galanyaselesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di PulauPinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara sepertibiasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelakimengatakan kami telah menculik isterinya.

Saya membawa Hartina ke Mahkamah PulauPinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadikami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996 saya bersamaanak saudara saya (Borhan) telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan peguam. Sayaberjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu Caves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada.Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.

Kemudiansaya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawaipolis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yangmengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa.

Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimanaperasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, sayaterpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, KualaLumpur dan Shah Alam.

Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan , tiada langsungtindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu oleh pihakberkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada.Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka . Empat minggu kawansaya mencari ,minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu memerlukan masa yang agak lamakerana dia menguruskannya seorang diri , tambahan pula dia bekerja di waktu siang.Menurut rakan saya ini, Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, JalanKlang Lama.

Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengaduke bahagian Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana polis tidak mahubertindak. Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM) , Pusat Islam. Merekamenyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, sayamengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telahmenetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu. Pada 5 Sept 1996kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang PegawaiPolis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut.

Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembalinamanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada namaHindu buat pertama kali , pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepadanama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya kembali kenama Hindu .Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang pada 9 Mei 1996hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermaknaproses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagianmenukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartinadan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Halyang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses pertukaran tidak berlakutentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah melakukan dengan sedayaupaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannyaseorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada sayasekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. KetikaPegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ketingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik danmenguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekakpinggang. Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi leaki Indiaterlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara denganlembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia bolehmengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di SeriSentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali , tetapilelaki India itu diam sahaja.Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamildengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendakmengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutukIslamdengan kata-kata yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yangterlibat, tetapi mungin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, sayatidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar- benar panas,saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itusaya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada dibelakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaranpecah pintu untuk membawa Hartina ke balai. Polis itu terkejut dan segera menahandarah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminanRM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi, hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan sayaselepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula berniaga jam 6.00petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun . Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empatatau lima meter di hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Sayameletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalahuntuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untukkembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai , Hartina bangun , seorangdemi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya,saya berpatah semula ke gerai saya untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu . Lelaki yang bertubuhbesar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakitjantung dan sakit belakang tidak mampu melawan. Saya jatuh tersungkur. Selepas itukawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak ,menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya. Ada juga yang melemparkan batuke arah saya. Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan.Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari HospitalKampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorangpolis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya , tetapi rupa- rupanyamereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah diatas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya menyoal polis itu:"Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untukminum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar sajadari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan hari.Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu. Bila sayamasuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum sayaditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindakmengambil parang dan membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata) . Selepas sembilan hari kamidibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas itu saya hanya berehat sahajadirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah, sayaterus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembanganHartina dan Rajeswaran.Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksiketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan. Maknanya sejak dari Mac 1996Rajeswaran tidak kena apa- apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepastarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka laporsebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya, orang pertama yangdisyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah ditahan sekali lagi di BalaiPolis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998. Saya diheret bersama Yazit yang turutjuga disyakki. Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketikaitu usianya baru 16 tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak seusia Yazityang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itupolis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohandan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa. Saya ikut nasihatnya,tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Takkanlah sayatergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanyamenurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal, Yazit telah dipaksamengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu. Selepas seminggu Yazitdibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu. Segala akuan saya disiasat. Merekabertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupahpenjenayah itu. Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Merekamemukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa denganteruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudahtidaktahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk,segala yang benar menjadi palsu dan pekara palsu menjadi benar. Saya tetap tidakmengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas dua minggusaya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes.Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kamisekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya lebih bertujuansebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain. Apa yang saya harapkan agar tidakada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu. Sebelumtidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapabegitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini?Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayatyang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dansesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkaratelah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukunIman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya sayamemujuk hati saya.
Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah diakembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.



Powered by ScribeFire.

Tertuduh dibenar dapatkan dokumen saksi

Tertuduh dibenar dapatkan dokumen saksi


PUTRAJAYA: Pindaan Kanun Acara Jenayah (KAJ) yang membenarkan tertuduh mendapatkan semua dokumen penting daripada pihak pendakwa akan mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan perbicaraan kes, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau yang menyifatkan pindaan KAJ itu sebagai inovasi berani berkata, ia juga akan memastikan perbicaraan berjalan lancar dan mengurangkan kes tertunggak tanpa dibelenggu proses dokumentasi seperti keterangan yang direkodkan daripada saksi, laporan perubatan atau DNA.

"Prosedur yang diguna pakai sekarang melambatkan prosiding sesuatu kes, terutama apabila dokumen hanya boleh dikemukakan melalui orang yang membuatnya (saksi).

"Sekarang, seorang tertuduh hanya boleh mendapat laporan polis dan percakapan beramarannya saja, manakala bagi dokumen lain, tertuduh perlu menunggu sehingga saksi yang membuat dokumen itu hadir untuk mengemukakannya secara peribadi di mahkamah ketika perbicaraan.

"Bagaimanapun, dengan peruntukan baru Seksyen 51A dalam KAJ, ia akan memastikan segala dokumen berkaitan yang dapat membantu sesuatu kes pembelaan diserahkan dengan segera kepada peguam tertuduh.

"Ini menjimatkan masa kerana pihak pembela boleh memutuskan lebih awal sama ada berbaloi untuk meneruskan perbicaraan atau memilih untuk mengaku salah atas bukti yang ada," katanya.

Ahmad Fairuz berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ke Arah Meningkatkan Keberkesanan Mahkamah Malaysia' di Forum Pembaharuan Kehakiman Asia Pasifik di Istana Keadilan, di sini, semalam.

Forum empat hari itu disertai 60 pegawai kehakiman dan penasihat perundangan dari negara Asia Pasifik termasuk China, Australia, Tonga, Timor Leste dan Vietnam serta wakil Bank Dunia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Pindaan kepada KAJ yang diluluskan Parlimen tahun lalu, bagaimanapun belum diwartakan.

Pada sidang akhbarnya sebelum itu, Ahmad Fairuz berkata, forum itu akan membincangkan secara terbuka masalah yang dihadapi sistem kehakiman di semua negara terbabit, dan mencadangkan mengenai cara untuk mengatasinya.

"Kita juga akan membincangkan kebebasan badan kehakiman di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, selain isu pelantikan dan kenaikan pangkat hakim.

"Pada masa ini, pemilihan dan kenaikan pangkat hakim dibuat melalui proses khusus, iaitu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan antara Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara.

"Jadi, forum ini adalah tempat sesuai bagi membincangkan sama ada proses itu masih sesuai untuk memastikan kebebasan badan kehakiman," katanya sambil menegaskan perkara utama adalah memastikan keadilan untuk semua.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Australia, Kenneth Madison Hayne, berkata UNDP juga bersetuju untuk menyumbangkan dana bagi membantu proses pembaharuan kehakiman di rantau Asia Pasifik.

BH-29/5/2007

Saturday, May 26, 2007

Keputusan rayuan Lina Joy diketahui 30 Mei

Keputusan rayuan Lina Joy diketahui 30 Mei

PUTRAJAYA 25 Mei – Penghakiman rayuan wanita Melayu yang mengaku murtad, Lina Joy terhadap keputusan dua mahkamah yang menolak permohonannya untuk memadamkan perkataan Islam dalam kad pengenalan MyKadnya akan diketahui pada 30 Mei ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam Benjamin Dawson yang merupakan salah seorang daripada barisan peguam mewakili wanita tersebut.

Rayuan Lina Joy atau Azlina Jailani selesai didengar Julai tahun lalu di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd. Sheriff.

Pada rayuan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dinamakan pihak responden pertama, Kerajaan Malaysia (responden kedua) dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (reponden ketiga).

Lina Joy, 43, diwakili peguam Datuk Dr. Cyrus Das, merayu terhadap penghakiman majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalan.

Beliau yang mengaku bukan lagi penganut Islam, mendakwa bahawa pihak responden enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk mengamalkan agama pilihan iaitu Kristian.

Pada 13 April 2006, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Lina Joy untuk merayu di mahkamah itu berhubung permohonannya yang hendak memadamkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya (kini MyKad).

Tuesday, May 22, 2007

This is important information for females of ALL ages

Subject: Things girls should know



Through a Rapist's Eyes (No

Joke)



This is important information for females of ALL

ages.





A group of rapists and date rapists in p rison were interviewed on what they look for in a potential victim and here are some interesting facts:



1) The first thing men look for in a potential victim is hairstyle. They are most

likely to go after a woman with a ponytail, bun, braid or other hairstyle

that can easily be grabbed They are also likely to go after a woman with

long hair Women with short hair are not common targets.



2) The second thing men look for is clothing. They will look for women who's

clothing is easy to remove quickly . Many of them carry scissors around

specifically to cut clothing.



3) They also look for women on their cell phone, searching through their purse, or doing other activities while walking because they are off-guard and can be

easily over powered.



4) Men are most likely to attack & rape in the early morning, between 5:00a.m. and 8:30a.m.



5) The number one place women are abducted from/attacked is grocery store parking lots . Number two: is office parking lots/garages. Number three: is public

restrooms.



6) The thing about these men is that they are looking to grab a woman and quickly move her to another location where they don't have to worry about getting caught.



7) Only 2% said they carried weapons because rape carries a 3-5 year sentence but rape with a weapon is 15-20 years.



8) If you put up any kind of a fight at all, they get discouraged because it only takes a minute or two for them to realize that going after you isn't worth it because it will be time-consuming.



9) These men said they would not pick on women  who have umbrellas , or other similar objects that can be used from a distance, in their hands.



Keys are not a deterrent because you have to get really close to the attacker to use them as a weapon. So, the idea is to convince these guys you're not worth it.



10) Several defense mechanisms he taught us are: If someone is following behind you on a street or in a garage or with you in an elevator or stairwell, look them in the face and ask them a question , like what time is it, or make general small

talk: "I can't believe it is so cold out here," "we're in for a bad winter." Now you've seen their face and could identify them in a line-up; you lose appeal as a target.



11) If someone is coming toward you , hold out yourhands in front of you and yell STOP or STAY BACK !  Most of the rapiststhis man talked to said they'd leave a woman alone if she yelled or showed that she would not be afraid to fight back. Again, they are looking for an EASY target.



12) If you carry pepper spray (this instructor was a huge advocate of it and carries it with him wherever he goes) , yell I HAVE PEPPER SPRAY and holding it out will be a deterrent.



13) If someone grabs you , you can't beat them with strength but you can by outsmarting them If you are grabbed around the waist from behind, pinch the attacker either under the arm (between the elbow and armpit) OR in the upper inner thigh VERY VERY HARD . One woman in a class this guy taught told him she used the underarm pinch on a guy who was trying to date rape her and was so upset she broke through the skin and tore out muscle strands - the guy needed stitches. Try pinching yourself in those places as hard as you can stand it - it

hurts.



14) After the initial hit, always GO for the GROIN. I know from a particularly unfortunate experience that if you slap a guy's parts it is extremely painful. You might think that you'll anger the guy and make him want to hurt you more, but the thing these rapists told our instructor is that they want a woman who will not

cause a lot of trouble. Start causing trouble and he's out of there.



15) When the guy puts his hands up to you, grab his first two fingers and bend them back as far as possible with as much pressure pushing down on them as possible. The instructor did it to me without using much pressure, and I ended up on my knees and both knuckles cracked audibly.



16) Of course the things we always hear still apply.Always be aware of your surroundings, take someone with you if you can and if you see any odd behavior, don't dismiss it, go with your instincts!!!



You may feel a little silly at the time, but you'd feel much worse if the guy really was trouble.



1 . Tip from Tae Kwon Do: The elbow is the strongest point on your body. If you are close enough to use it, do!



2. Learned this from a tourist guide in New Orleans Ifa robber asks for your wallet and/or purse, DO NOT HAND IT TO HIM. Toss it away from you....chances are that he is more interested in your wallet and/or purse than you, and he will go for the

wallet/purse. RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!



3.If you are ever thrown into the trunk of a car, kick out the back tail lights and stick your arm out the hole and start waving like crazy. The driver won't see you, but everybody else will. This has saved lives.



4. Women have a tendency to get into their cars after shopping, eating, working, etc., and just sit (doing their checkbook, or making a list, etc.) DON'T DO THIS! The predator will be watching you, and this is the perfect opportunity for him

to get in
on the passenger side, put a gun to your head, and tell you where to go. AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR, LOCK THE DOORS AND LEAVE.



a. If someone is in the car with a gun to your head DO NOT DRIVE OFF, repeat: DO NOT DRIVE OFF! Instead gun the engine and speed into anything, wrecking the car. Your Air Bag will save you. If the person is in the back seat they will get the worst of it. As soon as the car crashes  bail out and run. It is better than having them find your body in a remote location.



5. A few notes about getting into your car in a parking lot or parking garage:



A.) Be aware: look around you, look into your car, at the passenger side floor, and in the back seat.



B.) If you are parked next to a big van, enter your car from the passenger door. Most serial killers attack their victims by pulling them into their vans while the women are attempting to get into their cars.



C.) Look at the car parked on the driver's side of your vehicle, and the passenger side. If a male is sitting alone in the seat nearest your car, you may want to walk back into the mall, or work, and get a guard/policeman to walk you back out.



IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)



6.

ALWAYS take the elevator instead of the stairs. (Stairwells are horrible

places to be alone and the perfect crime spot. This is especially true at

NIGHT!)



7. If the predator has a gun and you are not under his control, ALWAYS RUN! The predator will only hit you (a running target) 4in 100 times. And even then, it most likely WILL NOT be a vital organ. RUN, preferably in a zigzag pattern!



8. As women, we are always trying to be sympathetic: STOP! It may get you raped or killed. Ted Bundy, the serial killer, was a good-looking, well-educated

man, who ALWAYS played on the sympathies of unsuspecting women. He walked

with a cane, or a limp, and often asked "for help" into his vehicle or

with his vehicle, which is when he abducted his next victim.



9. Another Safety Point: Someone just told me that her friend heard a crying

baby on her porch the night before last, and she called the police because

it was late and she thought it was weird. The police told her "Whatever

you do, DO NOT open the door."



The lady then said that it sounded like the baby had crawled near a window, and she wa s worried that it would crawl to the street and get run over. The policeman said, "We already have a unit on the way, whatever you do, DO NOT open the door." He told her that they think a serial killer has a baby's cry recorded and uses it to coax women out of their homes thinking that someone dropped off a baby.



He said they have not verified it , but have had several calls by

women saying that they hear baby's cries outside their doors when they're

home alone at night.



Please pass this on and DO NOT open the door for a crying baby - This should be taken seriously because the Crying Baby theory was mentioned on America's Most Wanted this past Saturday when they profiled the serial killer in Louisiana.



I'd like you to forward this to all the women you know. It may save a life. A candle is not dimmed by lighting another candle. I was going to send this to the ladies only, but guys, if you love your mothers, wives, sisters, daughters, etc., you may want to pass it onto them, as well.



Powered by ScribeFire.

Halang keganasan suami





Oleh NORAZLITA MOHD. SIES (WARTAWAN UTUSAN)

MESKIPUN hubungan seks dalam institusi perkahwinan suatu yang sah lagi halal namun ada kalanya pasangan tersasar jauh hingga meninggalkan nilai kasih sayang yang sebenar.

Dalam usia perkahwinan yang agak lama, tidak dapat dinafikan ada kalanya kasih sayang pasangan semakin pudar dan terhakis mungkin disebabkan gangguan beberapa faktor dalaman mahupun luaran.

Walhal kasih sayang, kelembutan, belaian antara suami isteri sepatutnya berterusan dan perlu sentiasa digilap demi menjamin kelangsungan dalam sebuah perhubungan.

Masalah kerenggangan hubungan suami isteri, tanpa disedari akan memberikan impak yang mendalam termasuklah mengganggu hubungan seksual yang harmoni dan seterusnya bakal menjejaskan kewujudan sebuah keluarga yang bahagia.

Apa yang terpancar setelah melayari kehidupan berumah tangga bersama, situasi telah pun berubah. Perasaan cinta dan sayang antara mereka semakin terhakis sehingga mewujudkan jurang yang amat ketara.

Pelbagai cara dan gaya ditunjukkan termasuklah menyakiti, memukul, mendera mental dan fizikal pasangan sehinggakan pihak yang lemah terpaksa mendapatkan perlindungan walaupun mereka pada awalnya enggan berbuat demikian demi menjaga maruah serta kepentingan bersama.

Melihatkan kesan kerenggangan hubungan suami isteri, penggubal undang-undang memikirkan ada perlunya mereka membuat pembahagian baru yang lebih spesifik berhubung definisi rogol di dalam Kanun Keseksaan agar lebih jelas lagi bersistematik.

Lantaran itu, Parlimen meluluskan satu seksyen baru iaitu Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang kini telah diwartakan iaitu suami mendatangkan kecederaan dalam usaha mendapatkan hubungan seks.

Seksyen tersebut menyatakan: Mana-mana lelaki sepanjang perkahwinan yang sah didapati mendatangkan kecederaan atau ketakutan mati atau cedera kepada isterinya atau orang lain dalam usaha mendapatkan hubungan seks dengan isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun.

Pengamal undang-undang Ariff Azami Hussein melihat penambahan dalam definisi dan hukuman rogol di bawah Kanun Keseksaan sebagai suatu langkah yang positif.

Menurut peguam itu, hukuman yang diperuntukkan di bawah kesalahan ini terutama yang melibatkan elemen keganasan, tidak cukup untuk membendung jenayah ini.

Secara peribadi, ujar Ariff, beliau berpendapat pengenalan seksyen tersebut bukanlah menjadikan marital rape (rogol dalam perkahwinan) sebagai satu kesalahan. Sebaliknya ia memperuntukkan kesalahan bagi seorang suami yang menggunakan unsur keganasan untuk mendapatkan hubungan seks.

"Pada pendapat saya, ia seolah-olah satu kategori baru bagi kesalahan mendatangkan cedera dan bukannya kategori baru bagi kesalahan rogol,'' kata Ariff yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.

Ariff berpendapat, niat penggubal undang-undang adalah jelas iaitu biarpun hubungan seks suami isteri suatu yang halal di sisi agama, namun jika melibatkan unsur keganasan ia tetap menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan agama.

Dalam lain perkataan, hubungan seks suami isteri tidak salah tetapi perbuatan atau cara dalam usaha mendapatkannya itu yang menjadi satu kesalahan.

Aplikasi Seksyen 375A Kanun Keseksaan itu, menurut Ariff, seharusnya tidak mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.

Ia sebenarnya diwujudkan untuk menghalang suami daripada menggunakan keganasan bagi mendapatkan hubungan seks terhadap isteri sendiri ataupun mengasari isteri dalam usaha mendorong 'mangsa' memberikan seks.

Mengimbas semula tugasnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya suatu ketika dahulu, apabila meneliti kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan, sekiranya terdapat unsur hubungan seksual ia dikatakan sebagai rogol.

"Tetapi jika kejadian seperti itu melibatkan pasangan suami isteri, lazimnya dikategorikan sebagai kesalahan keganasan rumah tangga sahaja yang hukumannya tidak setinggi Seksyen 375A Kanun Keseksaan'', kata Ariff.

Justeru, pengenalan seksyen tersebut, pada pendapat Ariff, jelas adalah untuk mengisi kekosongan (lakuna) dalam undang-undang.

Ini kerana, menurut beliau, sebelum ini tiada sebarang kesalahan yang terperinci dalam kesalahan yang melibatkan hubungan seks suami isteri.

Satu lagi, perincian yang dimasukkan ialah dengan memperkenalkan Seksyen 375(f) Kanun Keseksaan iaitu kategori baru melibatkan orang yang diberi amanah dan kepercayaan oleh seseorang wanita misalnya, majikan tetapi telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberi untuk mendapatkan kepuasan seksnya.

Daripada perspektif peguam, Ariff melihat pengenalan seksyen tersebut seolah-olah mengurangkan sedikit beban pihak pendakwaan kerana elemen ketidakrelaan umpama sudah tidak perlu dibuktikan lagi. Desas-desus sesetengah pihak yang melahirkan kerunsingan bahawa kategori baru ini dikhuatiri boleh disalahgunakan.

Ariff berkata, kebimbangan juga timbul sekiranya pendakwaan berjaya membuktikan bahawa majikan (sebagai orang berkuasa) telah menggunakan kuasanya untuk mendapatkan hubungan seks dengan orang bawahannya maka isu kerelaan wanita (mangsa) seolah-olah tidak relevan lagi.

Pun begitu, dari segi praktikalnya, mahkamah tidak akan menerima sesuatu dakwaan rogol apatah lagi mensabitkan seseorang tertuduh tanpa keterangan sokongan (misalnya, keterangan perubatan, DNA, tindak tanduk mangsa yang konsisten).

Dari aplikasi undang-undang juga, mahkamah masih berpegang kepada prinsip penerimaan dan kepentingan keterangan sokongan sebelum mensabitkan seseorang tertuduh dengan tuduhan merogol.

Kesimpulannya, pindaan ataupun kemasukan definisi dan kategori baru dalam Kanun Keseksaan khususnya kesalahan membabitkan perbuatan merogol adalah suatu langkah yang wajar dan perlu dilakukan demi menjamin kepentingan dan keadilan semua pihak.

Pindaan tersebut juga menggambarkan undang-undang bukannya suatu yang statik tetapi berubah mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Pemantauan dari semasa ke semasa terhadap definisi undang-undang perlu diperluaskan skopnya agar tidak dilabelkan sebagai ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan.





Powered by ScribeFire.

Mahkamah nasihatkan wanita disyaki bersuami dua

KANGAR 21 Mei - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menasihatkan seorang wanita yang disyaki mempunyai dua suami pada satu masa supaya tidak tinggal sebumbung dengan suami keduanya bagi mengelak daripada melakukan perkara yang ditegah hukum syarak.

Ku Nas Hafiza Ku Halim, 26, diminta berbuat demikian selagi mahkamah belum memberikan sebarang keputusan berhubung status perkahwinan pertamanya.

Ku Nas Hafiza dinamakan sebagai defendan kedua dalam kes permohonan pembatalan nikah yang difailkan oleh bapanya sendiri, Ku Halim Ku Hassan manakala suami pertamanya, Hasrizal Harun yang dikahwininya di Songkhla pada 2002 sebagai defendan kedua.

Permohonan difailkan Ku Halim pada 12 september 2004 selepas tuntutan pengesahan nikah antara Ku Nas Hafiza dan suami keduanya, Mohd. Solhi Abd. Rahman yang dikahwini juga di Songkhla, pada November tahun lalu diarah ditangguhkan sementara status perkahwinan wanita terbabit bersama Hasrizal disahkan oleh mahkamah.

Penangguhan tuntutan pengesahan nikah itu diputuskan oleh Hakim Zaini Abdul Rahim selepas timbulnya kesamaran berikutan terdapat aduan daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) mengenai status wanita itu yang disyaki masih bersuami.

Rahsia

Berdasarkan rekod mahkamah, Ku Nas Hafiza dan Hasrizal berkahwin secara rahsia di Songkhla ketika wanita itu masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam empat tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas tindakannya itu diketahui keluarga, satu permohonan pembatalan nikah diuruskan di Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla pada September 2004 sebelum Ku Nas Hafiza dikahwinkan dengan Mohd. Solhi pada 30 November tahun lalu, juga di Songkhla.

Urusan perkahwinan terbabit terpaksa dibuat di Songkhla, berikutan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) enggan meluluskan permohonan yang dibuat kerana terdapat keraguan pada status perkahwinan pertama.

Pada prosiding sebutan hari ini, hanya Ku Halim yang diwakili peguam Mohd. Hilmi Sabri dan Ku Nas Hafiza yang hadir, manakala Hasrizal tidak kelihatan kerana masih belum menerima salinan permohonan yang difailkan plaintif.

Mohd. Hilmi kemudian memohon satu tarikh untuk sebutan semula kes terbabit, bagi membolehkan pihak plaintif menghantar saman kepada Hasrizal selaku defendan kedua.

Zaini menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan kes dan meminta pihak plaintif memastikan defendan kedua menerima saman berkenaan sebelum tarikh itu.





Powered by ScribeFire.

‘Buat kerja ikut ketetapan tugas’



PUTRAJAYA: Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Peguam Negara diingatkan supaya tidak mempedulikan percakapan negatif berhubung tugas mereka, sebaliknya memastikan keadilan dilaksana dalam setiap kes mahkamah yang dikendalikan.



Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata walaupun pihak pendakwaan kalah dalam beberapa kes, kadar sabitan tetap tinggi, iaitu 76 peratus termasuk melalui pengakuan salah tertuduh dan penyelesaian luar mahkamah bagi kes sivil.



"Jangan peduli apa kata orang, buat kerja anda untuk memastikan keadilan dilaksana," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Jasamu Dikenang di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri di sini, malam kelmarin.



Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun.



Abdul Gani berkata, peratusan sabitan kes yang dicapai jabatan itu juga adalah lebih tinggi berbanding di United Kingdom, sekali gus membuktikan kakitangan terbabit menjalankan tugas dengan baik.



Sehubungan itu, katanya, mereka tidak perlu bertindak balas secara beremosi terhadap tanggapan sesetengah pihak kononnya pendakwa dan peguam persekutuan tidak menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kekalahan beberapa kes.



"Tak apalah jika seluruh Malaysia beranggapan demikian terhadap anda semua. Selagi kita menjalankan kerja mengikut ketetapan tugas, tak perlulah kita jadi kurang ajar di mahkamah, kepada rakan setugas atau pun kepada peguam," katanya.



Abdul Gani berkata, analisis Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2006 Jabatan Peguam Negara menunjukkan 98 peratus daripada modal insan jabatan ini berjaya mencapai prestasi cemerlang dengan markah 85 peratus ke atas.



Sambil berharap pencapaian itu akan ditingkatkan lagi, beliau berkata dua peratus atau 74 kakitangan yang mendapat markah kurang daripada 85 perlu membuat penilaian terhadap kelemahan masing-masing.



"Mereka perlu mengambil tindakan segera bagi memperbaiki kelemahan itu," katanya.



Abdul Gani berkata, pelbagai inisiatif disediakan kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan kakitangan kerajaan perlu bersedia untuk ditegur bagi membantu mengenal pasti kelemahan masing-masing.



Katanya, usaha pengukuhan nilai murni seperti amanah, telus, bijaksana, adil dan bersyukur adalah satu kemestian bagi mempertahankan kewibawaan jabatan pada tahap tertinggi.



"Nilai negatif seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah antara gejala yang boleh melemah dan memberikan imej buruk kepada jabatan jika tidak dikawal," katanya.



Powered by ScribeFire.

‘Tangkis ajaran sesat guna laman blog’

'Tangkis ajaran sesat guna laman blog'



SHAH ALAM: Pendekatan baru termasuk mewujudkan laman blog di internet perlu dilakukan untuk mematahkan cubaan pergerakan atau kumpulan ajaran sesat memesongkan akidah umat Islam dengan menjadikan teknologi moden sebagai saluran menyampaikan fahaman salah itu.



Exco Agama, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata pergerakan dan kumpulan ajaran sesat ketika ini semakin berani menyebarkan fahaman salah itu secara terbuka termasuk menggunakan kemudahan teknologi terkini sebagai medium.



Sehubungan itu, beliau berkata, pendekatan digunakan pihak berkuasa agama ketika ini seperti ceramah penerangan dan mengedarkan buku serta risalah tidak lagi sesuai kerana tidak mampu menangkis fahaman itu daripada terus tersebar.



"Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meningkatkan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan, jumlah orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman terpesong itu didapati semakin meningkat termasuk di kalangan berpendidikan dan berjawatan tinggi di sektor awam dan swasta," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Muzakarah Ilmu, di sini, semalam.



Abdul Rahman berkata, untuk memastikan usaha membanteras ajaran sesat di negeri itu lebih berkesan, beliau mencadangkan Jais mewujudkan laman blog di internet untuk dijadikan medan menangkis ajaran dan mematahkan hujah kumpulan terbabit berlandaskan nas dan al-Quran.



"Kita amat bimbang sekiranya perkara ini tidak disekat, ajaran songsang ini boleh merosakkan kesucian agama serta perpecahan umat Islam," katanya.



"Saya melihat, kita tidak boleh menggunakan pendekatan statik lagi dengan hanya mengadakan kelas dan ceramah semata-mata.



"Sebaliknya, pendekatan yang lebih menyeluruh selaras perkembangan semasa perlu dilakukan supaya kita boleh menyaingi serta menghapuskan terus aktiviti ini daripada terus berleluasa di Selangor ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Muzakarah Ilmu yang dihadiri 150 Pemegang Tauliah Ceramah Dakwah, di sini, semalam



Powered by ScribeFire.

Wanita 26 tahun disyaki punyai dua suami



KANGAR: Seorang gadis berusia 26 tahun disyaki mempunyai dua suami pada suatu masa, termasuk seorang lelaki yang pernah dikahwininya secara rahsia di Selatan Thailand, ketika masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), empat tahun lalu.



Status gadis berasal dari Langkawi, Kedah itu terbongkar selepas dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, Februari lalu, untuk memfailkan pengesahan nikah bersama seorang lelaki yang dikahwininya juga di negara jiran, hujung tahun lalu.



Hakim Zaini Abdul Rahim, bagaimanapun terpaksa menangguhkan permohonan itu selepas Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menerima laporan berhubung status gadis berkenaan yang disyaki masih bersuami.



Difahamkan, gadis itu pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga rakan sekampungnya secara rahsia di Songkhla, pada Disember 2003 dan pasangan itu juga memiliki surat nikah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).



Sebaik perkara itu disedari keluarga, satu permohonan pembatalan nikah dibuat di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla pada 12 September 2004.



Bagi menutup kes berkenaan, gadis itu kemudian dikatakan dikahwinkan dengan seorang lelaki lain juga di Songkhla, pada 30 November tahun lalu.



Difahamkan, urusan perkahwinan kedua itu terpaksa dilakukan di Songkhla, berikutan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), gagal meluluskan permohonan dibuat, berikutan terdapatnya keraguan pada status perkahwinan pertama.



Sumber JAIPs berkata, satu permohonan pengesahan nikah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah, di sini pada Februari lalu, bagaimanapun terpaksa ditangguhkan selepas pihaknya menerima laporan gadis terbabit masih bersuami.



Malah, perkara itu turut diakui gadis terbabit ketika ditanya Zaini sewaktu hadir memfailkan permohonan terbabit di mahkamah.



Musykil dengan keterangan itu, hakim kemudian memutuskan permohonan terbabit ditangguhkan sehingga status perkahwinan pertama disahkan.



Berikutan keputusan itu, sumber berkata satu permohonan lagi dibuat pihak gadis terbabit untuk membatalkan status pernikahan pertama, bulan lalu. Hakim bagaimanapun memutuskan Isnin ini sebagai tarikh sebutan pertama kes.



BH-20/5/2007





Powered by ScribeFire.

Saturday, May 19, 2007

Pasangan lebih 10 tahun kahwin paling ramai cerai


SHAH ALAM 18 Mei – Kira-kira 1,000 pasangan Islam di Selangor yang
berumur 45 hingga 60 tahun dan sudah lebih 10 tahun berumahtangga,
bercerai dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat,
Datuk Abdul Rahman Palil berkata, jumlah itu menjadikan mereka sebagai
antara kumpulan umur yang paling tinggi bercerai di negeri itu.


Katanya, daripada jumlah tersebut, Shah Alam merupakan daerah paling
tinggi merekodkan pasangan lama berkahwin bercerai iaitu apabila 300
hingga 400 pasangan.


"Berdasarkan kajian yang dibuat, antara punca penceraian kumpulan
umur itu disebabkan masalah ekonomi, kesibukan bekerja, kehadiran orang
ketiga serta kekurangan ilmu kekeluargaan.


"Angka ini dilihat agak serius kerana ia melibatkan pasangan yang
telah lama berkahwin, bukannya daripada pasangan muda,’’ katanya di
sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran wajah baru
Al-Hidayah, sebuah program berunsurkan dakwah terbitan Sistem
Televisyen Malaysia Berhad (TV3).


Sehubungan itu, kata Abdul Rahman, kerajaan negeri akan
memperkenalkan program pemantapan keluarga kepada kumpulan umur
tersebut terutama yang mempunyai masalah dalam perkahwinan.


Katanya, kursus khas kepada pasangan lama berkahwin juga mungkin
akan diperkenalkan supaya ikatan perkahwinan mereka terus kukuh.


Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman menasihatkan pemilik bangunan
serta premis yang menyediakan surau di negeri itu supaya memeriksa
semula arah kiblat bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.


"Walaupun kita tidak meletakkan syarat serta peraturan mengenai
perkara itu tetapi pemilik premis boleh merujuk kepada pejabat agama di
daerah masing-masing sekiranya terdapat keraguan.


"Ini kerana arah kiblat akan berubah sedikit dari semasa ke semasa mengikut kedudukan bumi dan matahari," katanya.


Sebelum ini, media melaporkan terdapat sesetengah surau di negeri
itu yang tidak mengikut arah kiblat yang kerana ia ditentukan
berpandukan kepada kompas serta arah kiblat surau yang berdekatan.






Powered by ScribeFire.

Friday, May 18, 2007

Memartabatkan e-fatwa

Oleh: MOHD. NOR MAMAT

PORTAL Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mentakrifkan e-fatwa sebagai satu laman web yang menyediakan maklumat-maklumat fatwa iaitu keputusan fatwa dan fatwa yang telah diwartakan di negeri-negeri seluruh Malaysia. e-fatwa adalah aplikasi berasaskan web dan dibangunkan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan dikemas kini oleh Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada pegawai-pegawai di Jabatan-Jabatan Mufti di seluruh  Malaysia.

Secara teknikalnya, e-fatwa bukan sahaja berupa laman web tetap lebih berperanan sebagai aplikasi pengurusan pangkalan data fatwa secara elektronik yang telah dibangunkan bersama oleh autoriti Jakim dan Jabatan-Jabatan Mufti seluruh Malaysia. Kemunculan portal e-fatwa membuka lembaran baru ke arah menyemarakkan maklumat Islam di Internet.

Portal e-fatwa telah diusahakan oleh Jakim dan Jabatan Mufti seluruh Malaysia sejak 2001. Ia telah dilancarkan secara rasminya pada 23 Disember 2003 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Setelah lebih empat tahun digunakan, e-fatwa kini menerima 169,316 pelawat sejak 1 April 2003.

Mutakhir ini, kita sering didedahkan dengan istilah tekno-daie yang awalnya diperkenalkan secara meluas dalam negara kita oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kejayaan menggabungkan teknologi dan daie dalam projek portal e-fatwa membuktikan umat Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam suatu kumpulan ataupun secara kolektif.

Kejayaan berikutnya pula ialah usaha memberikan komitmen dalam mempelbagaikan lagi maklumat di dalam e-fatwa ini dan menggunakan aplikasi tambahan seperti e-forum di kalangan pentadbir pengurusan istinbat dan mufti seluruh negeri. Ini sudah tentu memberikan suatu manfaat yang baik dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bertemu di dalam sesuatu mesyuarat. Bahkan e-forum boleh memberi peluang berbincang secara langsung sebelum sesuatu muzakarah diadakan.

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr. Abdul Munir Yaacob membayangkan lamanweb itu bakal memberikan maklumat yang lengkap kepada umat Islam di negara ini. Ini boleh menjadi jalan penyelesaian kepada sikap sebahagian besar umat Islam tidak mengendahkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan kerana sukar memperoleh maklumat atau dokumen berkaitan sebelum ini.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menggambarkan pelancaran laman web e-fatwa itu tepat pada masanya dan orang ramai terutamanya golongan muda mudah mengetahui fatwa yang dikeluarkan.

Di Malaysia, e-fatwa telah menjadi satu sumber utama yang menghubungkan masyarakat Islam dengan mufti sebagai mewakili ulama yang autoritatif dalam menjalani kehidupan harian membabitkan aspek akidah, ibadah, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Portal e-fatwa ini mengandungi dua bahagian utama berkaitan fatwa iaitu fatwa yang diwartakan dan fatwa yang tidak diwartakan bagi setiap negeri di seluruh Malaysia.

Tinjauan ke atas kandungan fatwa dalam portal e-fatwa semasa mendapati sebahagian negeri memasukkan fatwa yang diwartakan sementara sebahagian negeri tidak berbuat demikian termasuk WP, Sarawak dan Sabah. Malah terdapat juga fatwa berkaitan penggunaan hormon umpamanya diletakkan dalam klasifikasi ‘perubatan’ sementara di negeri lain diletakkan dalam klasifikasi ‘lain-lain’.

Tinjauan juga mendapati klasifikasi fatwa yang digunakan adalah tidak terpiawai dengan satu kaedah yang tertentu. Ini dapat dilihat dengan kepelbagaian klasifikasi yang digunakan oleh setiap negeri malah lebih menarik apabila terdapat negeri yang menggunakan klasifikasi ‘lain-lain’ sebagai jalan mudah. Ini tentunya menyukarkan pengguna yang keliru dengan kedudukan fatwa yang sama di negeri yang berbeza.

Terdapat juga perbezaan dari sudut penyediaan maklumat keterangan kepada hujah sesuatu fatwa. Keterangan ini adalah sesuatu yang amat penting kepada masyarakat dalam memahami ketelusan sesuatu fatwa yang dikeluarkan. Didapati sebahagian negeri memasukkan ruang keterangan manakala sebahagian besarnya tidak. Keputusan fatwa semata-mata tanpa keterangan jelas bakal mengundang seribu satu perbahasan selanjutnya.

Dari sudut maklumat semasa fatwa yang dipaparkan dalam e-fatwa, didapati kandungan fatwa yang paling terkini adalah dikeluarkan pada 2002. Secara ironisnya, tiada sebarang fatwa diputuskan atau diwartakan oleh mana-mana negeri mahupun Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan sejak 2003 sehingga kini. Rintisan pembangunan portal e-fatwa adalah seharusnya mempercepatkan penyebaran fatwa kepada masyarakat umum yang sudah tentu tidak memerlukan tempoh lama untuk tujuan percetakan dan penjilidan seperti amalan konvensional.

Memandangkan dasar dan kandungan e-fatwa boleh ditentukan oleh negeri-negeri dengan persetujuan Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa Jakim, beberapa cadangan dikemukakan untuk dipertimbangkan bagi tujuan penyeragaman serta penambahbaikan e-fatwa.

Tinjauan evaluatif ini bukanlah dibuat secara komprehensif tetapi agak memadai untuk tujuan pemantapan portal e-fatwa yang sedia ada demi memartabatkan lagi kedudukan fatwa dan institusi mufti peringkat nasional dan global. Perhatian dan penelitian perlu ditumpukan kepada beberapa perkara yang asas iaitu:

Fatwa yang tertera dalam e-fatwa hendaklah sentiasa dikemas kini memandangkan masyarakat Islam memerlukan fatwa bagi tujuan rujukan kes

atau permasalahan yang berlaku dari semasa ke semasa.


Jenis klasifikasi yang digunakan hendaklah seragam dan konsisten antara setiap negeri agar tidak mengelirukan pengguna dan memudahkan carian maklumat fatwa oleh masyarakat Islam.

Kaedah klasifikasi hendaklah ditentukan oleh mufti atau jawatankuasa instinbat berdasarkan dominasi hukum yang lebih cenderung kepada permasalahan akidah, ibadah, muamalat dan sebagainya.

Keupayaan carian pantas menerusi enjin carian perlu disediakan untuk lebih efisien dan efektif berdasarkan kepada klasifikasi yang seragam.

Rujukan keterangan/ulasan adalah sangat penting untuk memberi kefahaman dan keyakinan masyarakat Islam terhadap sesuatu hukum yang diputuskan. Ia juga melambangkan ketelusan institusi mufti membuat sesuatu hukum berasaskan kepada prinsip dan premis yang tepat.

Sokongan grafik/multimedia juga boleh membantu mempertingkatkan kefahaman masyarakat Islam. Umpamanya, permasalahan berkaitan suntikan hormon yang disertakan dengan grafik hormon akan lebih memperjelaskan kepada pengguna yang tidak mengetahui tentang hormon.

Interaksi masyarakat dengan mufti menerusi e-forum juga wajar disediakan terutamanya yang membabitkan panduan kehidupan. Meskipun tidak memerlukan kepada keseluruhan panduan dan jawapan daripada mufti itu diwartakan atau disebarkan, namun panduan autoritatif daripada mufti adalah amat berharga bagi masyarakat Islam di samping mengelakkan kepelbagaian pandangan yang tidak autoritatif.

Komitmen kerajaan dalam menyebarkan sesuatu fatwa untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat sudah tentu memerlukan ketekunan masyarakat untuk mengakses fatwa serta menghormatinya dalam kehidupan harian mereka. Sebagaimana pengalaman di Brunei yang penguatkuasaan fatwanya agak mudah apabila jumlah masyarakat Islam yang kecil mudah menerima dan mengakses fatwa yang disampaikan. Aspek penambahbaikan yang perlu ditekankan, bagaimana pula fatwa tersebut juga boleh menjadi rujukan global umat Islam yang lain, sekurang-kurangnya rujukan umat serantau.

Secara mudahnya, kita memahami bahawa fatwa adalah sesuatu yang amat penting untuk umat Islam selepas terhentinya wahyu, al-Quran dan hadis.

Apatah lagi dalam suasana semasa yang semakin mengelirukan dan umat Islam berada dalam ketandusan ilmu, maka fatwa adalah jalan penyelesaian kehidupan yang paling bermakna. Dengan wujudnya e-fatwa, ia menjadi sumber rujukan autoritatif mudah akses, sebagai panduan kepada kehidupan masyarakat dengan hanya klik, sebagai medan forum interaksi masyarakat-mufti secara maya, sebagai sumber ilmu autoritatif akademik yang tersedia sepanjang masa dan juga sebagai penyelesaian kekeliruan dan salah faham isu semasa pada bila-bila masa dan di mana-mana secara global. Akhirnya, adalah amat wajar e-fatwa digarap secara lebih efisien dan efektif dengan kandungan yang terkini dan

sistematik.


- PENULIS ialah Koordinator Perhubungan Korporat dan Pensyarah Kanan Pusat



Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.





Powered by ScribeFire.

Subashini dibenar rayu di Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan seorang wanita mengemukakan rayuan mendapat perintah injunksi menghalang suaminya yang memeluk Islam daripada mendapat hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Syariah.

Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Abdul Aziz Mohamad membenarkan R Subashini merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mac lalu, yang memutuskan beliau perlu ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak, walaupun bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan injunksi interim (sementara) bagi menghalang suami Subashini, Muhammad Shafi Abdullah atau dulunya, T Saravanan daripada menyelesaikan kes itu terlebih dulu di Mahkamah Syariah.



Sementara itu, mahkamah juga meminta peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Mohamed Hanif Khatri supaya berhujah sama ada isu berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam ke sedemikian, boleh diputuskan pada peringkat injunksi interim.

Malik Imtiaz mewakili Subashini manakala Mohamed Hanif mewakili Muhammad Shafi. Tarikh rayuan itu akan ditetapkan kemudian.

Pasangan itu berkahwin pada Julai 2001 dan mempunyai dua anak. Muhammad

Shafi memeluk Islam Mei tahun lalu dan mendakwa anak sulung yang berusia empat tahun, juga memeluk Islam bersamanya.


Isu bidang kuasa itu ialah untuk menetapkan sama ada Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mengisytiharkan perceraian, selain perintah berhubung pembahagian aset perkahwinan,nafkah dan penjagaan anak, dalam keadaan membabitkan seorang mualaf yang pasangannya kekal dengan agama asal.

Jika mahkamah ini kemudian memutuskan bahawa ia perlu dibincangkan pada peringkat awal, pihak terbabit boleh berhujah lanjut mengenai sembilan isu yang

dikemukakan sebelum ini, antara lain membabitkan Perlembagaan dan

percanggahan antara bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Syariah dalam keadaan sedemikian.

Tarikh rayuan itu akan ditetapkan kemudian.

Pasangan itu berkahwin pada Julai 2001 dan mempunyai dua anak. Muhammad

Shafi memeluk Islam Mei tahun lalu dan mendakwa anak sulung mereka yang kini berusia empat tahun, juga memeluk Islam bersamanya.

Beliau kemudian memfailkan permohonan untuk hak penjagaan anak mereka di

Mahkamah Syariah. Berikutan itu, Subashini yang juga bekas setiausaha, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Tinggi Sivil.

Pada masa sama, Subashini juga memohon injunksi untuk menghalang Muhammad Shafi daripada menyelesaikan kes itu di Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi itu, tetapi membenarkan injunksi sementara sehingga rayuan terhadap permohonan injunksi induk itu selesai.

Mahkamah Rayuan pada 13 Mac lalu juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tetapi membenarkan injunksi sementara sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Powered by ScribeFire.

Thursday, May 17, 2007

Tips cegah jenayah











Azamin Amin



Thu | May 17, 07 | 01:43:38 PM


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Walaupun
secara asas, umum mengetahui dan pernah mendengar atau membaca sebelum
ini, beberapa info dan tips yang diperolehi kemungkinan dapat membantu
pembaca-pembaca Harakahdaily sebagai langkah awal mencegah dan
menghalang daripada berlakunya jenayah di persekitaran mahupun di
kawasan perumahan.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menghadiri taklimat ringkas dan sesi

dialog Polis Diraja Malaysia daripada cawangan Balai Polis Tun Razak bersama

dengan para penduduk di kawasan penempatan penulis yang dirasakan maklumat

yang diberikan dapat dikongsikan serba sedikit demi menjaga keselamatan

bersama dari segi harta lebih-lebih lagi nyawa.

Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :




Image1. Jangan melawan atau jadi hero!


Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi

anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero

dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh

penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian,

barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna

pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)

Image2. Penyamaran sebagai polis


Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu

menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin

terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda

dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan

kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai

Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad

yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan

tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

Image3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan


Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda

hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini

menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang

boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya.

Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak

kereta.

Image4. Mengeluarkan wang di bank


Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama

dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk

keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau

kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa

berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa

tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut

mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan

tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar

akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal

mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada

kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada

di dalam kereta!

Image5. Jogging di Taman Tasik


Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua

barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan

meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak

belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati

dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di

rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).

Image6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang


Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang

dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi

alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal

ini akan dirahsiakan.

Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta

kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk

direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.

Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan

jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu

atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi

mereka.

7. Pencegahan maksiat


Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang

kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri

masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika

berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta

kerjasama polis dalam hal ini.

Image8. Tangkapan Awam


Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan

anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak

boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian

penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian

hotline.

9. Wanita dan beg tangan


Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan

anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan

raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

Image10. Musim Perayaan


Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu

musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di

kawasan dan rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri


Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan

diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika

ditahan polis anda boleh didakwa.

12. Piawaian polis tiba di tempat kejadian


Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada

aduan atau laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan,

pembunuhan, rompakan, rogol, samun, pecah rumah dsb) dengan tiba ke tempat

kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Kuala Lumpur, masa tiba ke tempat

kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan

untuk menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan.

Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis

berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis

berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

Semoga, tips ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan jika ada

sebarang maklmuat, idea ataupun sesuatu untuk dikongsikan bersama atau

didedahkan kepada pengetahuan umum sila emailkan ke
azaminamin1@yahoo.com







Powered by ScribeFire.

Wednesday, May 16, 2007

Lelaki ‘hamil’ kembar sendiri


“BHAGAT tak malu, Bhagat mengandung, ada bayi di dalam perut
Bhagat.’’. Begitulah antara ejekan yang diterimanya daripada orang
kampung.


Perut Sanjay Bhagat, 36, sudah seperti wanita mengandung sembilan
bulan. Tambah malang, dia juga tidak boleh bernafas dengan lancar.


Pada suatu malam, Jun 1999, petani yang tinggal di Nagpur, India itu terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans.


Pada mulanya, doktor menyangkakan, ia tidak lebih dari kes
ketumbuhan gergasi lantas mereka mengambil keputusan untuk membedahnya.


‘‘Pada dasarnya, tumor itu terlalu besar sehingga menekan diafragma
Bhagat dan mengganggu pernafasannya,’’ kata Dr. Ajay Mehta dari Tata
Memorial Hospital di Mumbai.


Menurut Dr. Mehta, selalunya dia boleh mengenal pasti sesuatu ketumbuhan sejurus selepas memulakan pembedahan.


Bagaimanapun, semasa melakukan prosedur itu ke atas Bhagat, pakar
bedah berkenaan menjumpai sesuatu yang tidak pernah terlintas di akal
fikirannya.


Semakin dalam pisaunya menoreh perut Bhagat, bergelen-gelen cecair
tertumpah keluar sebelum sesuatu yang lebih luar biasa terjadi.


“Sungguh dahsyat. Saya boleh berjabat tangan dengan seseorang yang berada di dalam perutnya,’’ ujar beliau.


Seorang doktor lain mengimbas kembali hari berkenaan di dalam bilik
pembedahan: ‘‘Dr. Mehta menyeluk tangannya ke dalam perut pesakit dan
berkata, dia dapat merasa banyak tulang-temulang di dalamnya.


“Mula-mula, satu anggota badan keluar, kemudian keluar lagi satu
anggota badan. Berikutnya, bahagian alat sulit pula dikeluarkan,
diikuti dengan rambut, rahang, tangan, dan seterusnya,’’ katanya.


Sungguh aneh. Makhluk separuh terbentuk yang menumpang Bhagat selama
ini mempunyai kaki dan tangan yang sudah agak sempurna manakala kuku
jarinya pula panjang seperti puntianak. ‘‘Kami sangat ketakutan, keliru
dan kehairanan,’’ tambah Dr. Mehta.


Sekali pandang, Bhagat seolah-olah baru sahaja melahirkan seorang
bayi. Sedangkan sebenarnya, Dr. Mehta baru sahaja mengeluarkan tubuh
saudara kembar Bhagat daripada perutnya.


Kes Bhagat disifatkan sebagai salah satu keadaan perubatan yang paling pelik di dunia yang dikenali sebagai fetus in fetu.


Ia merupakan keganjilan yang sangat jarang berlaku di mana fetus
atau janin terperangkap di dalam tubuh badan salah seorang pasangan
kembar.


Janin yang terperangkap itu boleh hidup sebagai parasit sekalipun
selepas dilahirkan dengan membentuk struktur mirip tali pusat yang
meresap bekalan darah kembar mereka, sehingga ia menjadi begitu besar
dan menjejaskan ‘tuan rumah’.


Kurang 90 kes fetus in fetu yang pernah direkodkan dalam bidang
perubatan. Ia terjadi pada peringkat awal kehamilan kembar apabila
salah satu janin akan menyelaputi tubuh janin yang satu lagi.


Lazimnya, kedua-dua pasangan kembar itu akan mati di dalam perut
lagi dan tidak sempat dilahirkan akibat ‘pertarungan’ untuk berkongsi
uri yang membekalkan zat pemakanan.


Bagaimanapun, ada ketikanya, dalam kes-kes seperti Bhagat, kembar perumah (Bhagat) terus hidup dan dilahirkan seperti biasa.


Namun, apa yang menjadikan insiden ini sangat luar biasa, tiada
seorang pun yang mengesyaki Bhagat mengandungkan kembarnya sendiri
selama 36 tahun!


Tiada uri yang dijumpai di dalam perut Bhagat. Mungkin kerana kembar
parasitnya yang berselubung itu mempunyai kaitan secara langsung dengan
bekalan darah Bhagat.


Bhagat ternyata begitu lega selepas pembedahan itu. Dia langsung
tidak mahu ambil tahu apa yang telah Dr. Mehta lakukan ke atas dirinya
mahupun berminat untuk melihat objek yang berjaya dikeluarkan dari
dalam perutnya.


‘‘Dia enggan melihatnya kerana ia begitu mengecutkan perut,’’ kata
Dr. Mehta lagi sambil memberitahu, Bhagat kini berada dalam keadaan
yang stabil dan menjalani hidup yang normal walaupun sesekali dia masih
tidak dapat lari daripada terus dipersenda.


Glosari


Diafragma – otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan
ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam
pernafasan.

Utusan Malaysia 16/6/2007





Powered by ScribeFire.

Hakim Pertikai Fakta Kes Culik



Oleh AMIRUDDIN HARUN



KUALA LUMPUR 15 Mei – Seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini mempertikaikan fakta kes culik seorang wanita empat tahun lalu yang tidak mengaitkannya dengan tiga lelaki yang mengaku salah terhadap kejadian tersebut.



Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin berkata, menurut fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwa di hadapannya, ketiga-tiga tertuduh itu hanya ditangkap semasa mengira wang tebusan sedangkan dua lelaki lain yang menculik mangsa masih bebas dan gagal dihadapkan ke mahkamah.



‘‘Mereka bertiga ditahan semasa mengira wang, jadi apa penglibatan mereka dalam melarikan mangsa? Pertuduhan tidak mencerminkan penglibatan mereka,’’ katanya.



Timbalan Pendakwa Raya, Yaacub Chik yang mengendalikan pendakwaan menyatakan bahawa tuduhan tersebut dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan itu dilakukan secara bersama-sama.



Berikutan perkara yang ditimbulkan oleh hakim itu, pihak pendakwaan bersama pembelaan bersetuju menangguhkan kes itu sehingga Khamis ini sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.



Mengikut tuduhan pilihan, ketiga-tiga tertuduh, Chong Wai Keong, 28, mekanik; Soh Kee Chai yang berkerusi roda, 46, kontraktor; dan Ng Kim Leong, 48, pekerja di kedai peralatan logam didakwa bersama-sama dua orang yang masih bebas telah melarikan secara paksa Wong Yoon Far, 43, dengan niat untuk menahannya.



Kesalahan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan itu yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama didakwa berlaku pada pukul 8.30 pagi, 5 Disember 2003 di tempat letak kereta berdekatan kedai Diamond Marble, Jinjang, Sentul, di sini.



Ketiga-tiga mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan pilihan iaitu dalam milikan mereka wang RM84,950 yang diketahui merupakan sebahagian daripada wang yang diserahkan sebagai wang tebusan atas penculikan Yoon Far.



Bagi kesalahan mengikut Seksyen 5 Akta Culik 1961 ini, mereka didakwa melakukannya pada pukul 3.35 petang, hari yang sama di Restoran Kan Lon Tai, tingkat 2, Selayang Mall, Taman Selayang Utama, Batu Caves.



Ketiga-tiga mereka yang ditangkap pada 5 Disember 2003 mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan pilihan itu.



Mengikut fakta kes, mangsa bersama anak lelakinya berusia 17 tahun ketika itu, Yap Zhen Ming telah pergi ke kedai jubin milik mangsa pada hari kejadian dengan menaiki kereta Mercedes Benz dan selepas menurunkan anaknya di kedai, mangsa telah menuju ke tempat letak kereta.



Di situ, mangsa melihat dua lelaki (yang kini masih bebas) berada di belakang keretanya. Mangsa yang keluar dari kereta telah dihampiri oleh seorang daripada mereka yang bersenjatakan pistol dan dia kemudiannya ditolak masuk ke dalam kereta.



Kedua-dua lelaki itu turut menaiki kereta mangsa dan dibawa ke Rawang.



Anak mangsa yang sempat dihubungi oleh ibunya sebelum keluar dari kereta dan melihat kejadian itu telah menelefon Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan polis dan juga kepada bapanya, Yap Sim Lan.



Semasa di kedai, Sim Lan telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki meminta wang tebusan dan dengan bantuan polis, dia berjaya memujuk mereka menetapkan wang tebusan sebanyak RM100,000.



Selepas mengeluarkan wang tunai dari sebuah bank, Sim Lan sempat membuat salinan fotokopi bagi setiap wang tersebut.



Powered by ScribeFire.

Tuesday, May 15, 2007

Yoga Dan Muslim

Yoga Dan Muslim


Posted on Tuesday, May 15 @ 15:56:11 MYT by greenboc



Pelbagai
Oleh zul_mz



"yogaDewasa ini kedengaran di banyak tempat dimana YOGA telah dijadikan sebagai satu budaya baru dan ada diamalkan oleh mereka yang berugama Islam.



Di sini saya ingin menyorot kembali terhadap gejala yang membimbangkan ini kerana terlalu ramai umat Islam yang telah menerima "bulat-bulat" sesuatu ilmu tanpa dikaji latarbelakangnya terlebih dahulu yang mengakibatkan berlakunya fasad dan mungkar yang tidak disedari.




Sejarahnya Yoga



MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga' yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.



Pergerakan serta gaya fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.



Bukti
itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah Indus sekitar
3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk gaya Yoga dan inilah
bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.



Bagaimanapun, ada
pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta
dipercayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.



Gaya Yoga daripada
batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan
Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta
kaedah pengamalan meditasi.



Tradisional Yoga berasal dari India
beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan
cendikiawan (Maharishis).



Yoga juga pernah
disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas.
Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga.



Kemudian
amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu
cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama uoleh masyarakat
bandar.



Ada yoga yang telah disaring
sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang
penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah
kesesatan.



HUKUMNYA



Setakat ini
belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan
haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:



Asasnya
: Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidak
mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi
unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan
dengan keugamaan  dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.



Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa.



"Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam.
Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain
sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan
kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang
dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.




Powered by ScribeFire.

Wednesday, May 09, 2007

Hantaran tinggi dorong pasangan nikah di Thai

ALOR STAR 8 Mei – Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim tidak menafikan nilai hantaran kahwin yang terlalu tinggi mendorong segelintir pasangan Islam di negeri ini berkahwin di Thailand.

Kata beliau, gejala itu berlaku apabila pasangan kekasih yang sedang bercinta tidak dapat melangsungkan perkahwinan ekoran belanja tinggi dan mereka terpaksa mengambil jalan mudah dengan melangsungkan pernikahan di negara jiran.

"Ada pasangan pengantin yang terpaksa membuat keputusan berkahwin di Thailand kerana ia lebih murah dan berpatutan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu hantaran perkahwinan tinggi yang boleh menyukarkan pasangan pengantin menyebabkan sesetengah lelaki lewat mendirikan rumah tangga dan terpaksa membujang sementara menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin.

Sehubungan itu, Sheikh Hasbullah menasihati ibu bapa pihak perempuan supaya tidak menuntut belanja hantaran kahwin yang terlalu tinggi.

Beliau berkata, nilai belanja hantaran itu hendaklah bersesuaian dengan kemampuan pihak lelaki.

Malah, katanya, ibu bapa atau penjaga pihak perempuan juga seharusnya faham bahawa melangsungkan sebuah perkahwinan bertujuan mencari keberkatan hidup dan bukannya untuk bermegah-megah dengan meletakkan nilai hantaran yang tinggi.

"Pihak perempuan tidak sepatutnya membebankan pihak lelaki. Mereka seharusnya mempermudahkan perkahwinan anak mereka yang merupakan amanah Allah. Mereka juga patut bersyukur kerana anak mereka telah bertemu jodoh," katanya.

Sheikh Hasbullah berkata, ibu bapa juga perlu memikirkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pihak lelaki yang mungkin terpaksa meminjam semata-mata untuk memenuhi tuntutan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi.

Menurut beliau, bagi memudahkan semua pihak dalam soal hantaran kahwin, ibu bapa atau penjaga kedua-dua belah pihak perlu saling memahami dan bertolak ansur demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Monday, May 07, 2007

Terpaksa serah anak-anak kepada suami untuk dipelihara mengikut agama Hindu

Posted on Friday, May 04 @ 19:57:41 MYT by din-cryptos
Artikel leh pemudawilayah

"
Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah memutuskan agar Raimah Bibi Noordin seorang muslimah yang baru memeluk Islam untuk menyerahkan hak penjagaan 6 orang anaknya kepada suaminya yang masih beragama Hindu.


Bekas suami beliau, Marimuthu telah memfailkan tuntutan habeas corpus agar Mahkamah membuat perisytiharan bahawa tindakan Jais menahan isterinya, Raimah yang telah memeluk Islam dan enam anaknya serta membawa mereka keluar dari kediaman adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak sah sama sekali.

Perkara ini sudah berlaku, dan saya tidak pasti sama ada kita masih boleh berbuat sesuatu untuk membantu muslimat ini. Kita harus memahami perasaaan seorang ibu yang telah melahirkan 6 orang anak ini dan terpaksa membiarkan anak-anaknya terpisah darinya. Paling malang, anak-anak ini akan dibesarkan oleh ayahnya yang beragama hindu dan peluang untuk mereka mengenali Islam selepas ini mungkin agak terbatas ekoran kuasa penjagaan dibawah ayah mereka.

Berdasarkan fakta perbicaraan, isu perbicaraan banyak tertumpu pada tuntutan berhubung kesilapan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membawa mereka keluar dari rumah bekas suami beliau.

Namun, kita tidak melihat apa sebenarnya yang diingini oleh ibu ini. Isu ini telah diputar belitkan oleh Karpal Singh dan Ramkarpal Singh yang mewakili suami beliau. Mungkin kelemahan dipihak kita untuk tidak menyediakan penasihat undang-undang bagi Ibu ini yang mana beliau tidak tahu tindakan apa yang patut beliau ambil.

Tiada seorang peguam pun yang mencelah atau memberikan khidmat nasihat pada beliau dipihak kita. Ini yang saya risaukan. Adakah kes ini diketahui atau tidak oleh peguam kita.

Kita faham bahawa perlembagaan memberikan hak kepada anak-anak ini memilih agama mereka hanya selepas mereka berumur 18 tahun ke atas. Tetapi ibu ini juga berhak atas mereka pada masa ini, bukan ayah dia sahaja. Jadi adakah keputusan Mahkmah Tinggi ini adil dalam mana Ibu ini tidak diwakili atau tidak mendapat nasihat yang sewajarnya.

Saya tidak yakin pihak JAIS telah memberikan khidmat nasihat kepada ibu ini berkaitan hak beliau dengan baik. Dan paling penting Karpal mungkin memainkan hujah bahawa ibu ini bekerja sebagai penoreh getah dan tidak mampu menyara 6 orang anak ini, padahal ayah anak ini juga penoreh getah.

Serangan psikologi ini mungkin melemahkan si ibu ini yang akhirnya terpaksa mengalah lantaran tiadanya sokongan lain kepada beliau.

Kita seharusnya mewujudkan satu sistem sokongan yang kuat bagi mempertahankan hak saudara-saudara baru kita seperti Ibu ini. Bukan sahaja dari Khidmat Nasihat tetapi dari sudut ekonomi dengan membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Kadang kala kita melihat Jabatan-jabatan Kerajaan hanya tahu mengIslamkan mereka tetapi tiada satu sistem sokongan yang kuat untuk mereka survive dari sudut ekonomi. Saya juga tidak bersetuju untuk kita letakan beban ini pada Kerajaan 100% tetapi Kerajaan juga harus bersikap terbuka untuk menerima bantuan atau kerjasama dari NGOs dan parti Politik seperti PAS.

Dan saya harap agar PAS Selangor mencari jalan bagi membantu muslimah ini untuk mendalami Islam serta menjaga kebajikan beliau selepas ini. Sekurang-kurang kita dapat melakukan sedikit amal jariah kepada wanita malang ini yang sanggup meninggalkan keluarga dan anak-anak beliau demi Islam yang diyakininya. Pengorbanan ini amat besar bagi saya, dan kami sahabat-sahabat Wilayah sudi membantu apa yang termampu jika diperlukan. Jika PAS Selangor dapat mengenalpasti muslimah ini, diharapkan kita dapat bekerjasama membantu beliau.

Semoga Allah menguatkan lagi Iman Muslimah ini dengan ujian ini.

-Herman Samsudeen


-----------------------------------------------------------------------------

Serah enam anak
Oleh Meor Riduwan Ahmad

SHAH ALAM: Biarpun kelihatan sebak dan sedih, seorang ibu, Raimah Bibi Noordin, yang membuat keputusan untuk terus menganut Islam, merelakan keenam-enam anaknya dibesarkan suaminya, seorang penganut Hindu.

Persetujuan kedua-dua belah pihak itu direkodkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam selepas peguam Karpal Singh dan Ramkarpal Singh yang mewakili suami wanita itu, P Marimuthu menarik balik secara rasmi permohonon habeas corpus yang dikemukakan sebelum ini.

Dalam permohonannya yang difailkan pada 16 April lalu, Marimuthu menamakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selaku responden untuk mendapatkan perisytiharan bahawa tindakan Jais menahan isterinya, Raimah dan enam anaknya serta membawa mereka keluar dari kediaman adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak sah sama sekali.

Pada prosiding semalam, sebelum Karpal menarik balik permohonan itu, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Bee Loth Khan mengesahkan tiada sebarang tahanan terhadap Raimah.

Beliau berkata, Raimah seorang yang beragama Islam dan akan terus menganutinya selain bersetuju diberi hak berjumpa anak-anaknya tanpa sebarang sekatan.

Selepas mendengar penjelasan itu, Karpal memohon supaya Raimah, mengesahkan perkara itu secara rasmi di hadapan hakim demi keadilan semua pihak.

Raimah ketika ditanya Su mengesahkan beliau tidak ditahan sesiapa dan bersetuju menyerahkan anak-anak kepada suami untuk dipelihara mengikut agama Hindu.

Karpal selepas mendengar pengesahan itu menarik balik permohonan itu.

Hasil perkahwinan Marimuthu, 44, dan Raimah, 40, yang juga penoreh getah, mereka dikurniakan seramai enam orang anak iaitu M Yooneswary, 12, M Paramila,11, M Hariheren, 8, M Ravindran, 6, M Shamala, 5, dan M Keberan,4.

Dalam notis usul Marimuthu, dia mendakwa bahawa pada sebelah pagi, 2 April lalu, seramai tujuh pegawai dari Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Bahru menyerbu rumah kediaman mereka di No 32, Kampung Baru Tambahan, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Marimuthu mendakwa pegawai terbabit bertindak menahan isteri dan anaknya, dan membawa mereka keluar dari kediaman secara paksa.

Dia mendakwa, anak- anaknya kini berada di bawah tahanan atau kawalan atau jagaan responden di sebuah rumah di Kampung Melayu, Liga Emas di Batang Kali.

Marimuthu memfailkan permohonan tersebut kerana bimbang responden akan memaksa isteri dan anak- anaknya yang berada di bawah tahanan mereka untuk memeluk agama Islam sedangkan ia suatu perkara yang menyalahi undang-undang dan hak asasi.
" -------------------
di petik dari www.tranungkite.net

abd
 

Sample text

Sample Text

Sample Text